mencari ..



Dah lama dicari, belum berjodoh.  Kali pertama bertunang tak jadi, wang dipulangkan.  Jumpa di Amazon, mmg agak murah tapi delivery charge lebih 5 kali ganda harga barang yg nak di deliver .. hurmm

Harapnya peminangan kali ini berjaya .. hehhehehe...

.
.
.
.
.
.
.
.
 


menunggu EM21658039MY dengan penuh kesabaran ..... tak sabar nak mulakan project chocolate balik, tapi malas nak handle ke'sememeh'an ... kalau ada cara yg lebih baik apa salahnya kan??




Cinnamon Rolls & Tuna Pedas Mayonis rolls


Suka jalan2 sini sebab breadmaker dia sama dgn me.  Recipe pun simple .. tonight me buat Cinnamon Rolls resipi copy from Life is Colorful for my future ref.  Memang sangat sedap dan gebus....



Bahan-bahan (12 Cinnamon Rolls)

Roti
300g tepung roti
50g butter
1 biji telur
50g gula halus
100ml fresh milk
8g dry yeast
1 sudu kecil garam        

Filling (me buat half coz half lagi letak tuna pedas)
2-3 sudu kecil cinnamon powder (ikut suka )
60g gula perang
20g butter-suhu bilik                           

Icing (me tak buat .. makan dgn butter & jem)
50g cream cheese - suhu bilik
20g butter - suhu bilik
60g gula aising
secubit garam
beberapa titik vanila esen

Cara-cara
Masukkan semua bahan-bahan roti ke dalam breadmaker, pilih function uli dan BM akan uli selama 1 jam 30 minit (kalau guna kenwood BM350 function 8).  Selepas 1 jam 30 minit, siap diuli, keluarkan doh, tumbuk utk keluarkan angin. Bulatkan doh dan rehatkan doh selama 10 minit.

Satukan bahan-bahan filling dalam mangkuk kecil. Gaul sebati. 

Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian, canai lebih kurang ukuran 25cm X 20cm. Sapukan separuh bahan-bahan filling yang digaul tadi ke atas doh. Gulung doh dengan kemas. Potong doh kepada 6 bahagian. Letak roll dalam Muffin Cup. Susun atas loyang.
 Ulang langkah di atas untuk separuh lagi doh (kali nie me sapu tuna pedas mayonis pulak). Kemudian biarkan 12 rolls tadi sehingga naik lagi sekali ganda.

Panaskan oven 180 darjah. Bakar selama 10-15 minit.

Sediakan icing. Masukkan semua bahan icing ke dalam mangkuk. Putar guna mixer sehingga berkrim. Sudukan icing ke atas roll yang dikeluarkan panas-panas dari oven. (yg nie me tak buat .. tapi Luqman setakat ni dah makan 3 piece cinnamon roll .. ntah sempat ke tidak utk esok pagi).

World Autism Awareness day




masih mencari2 cahaya untuk Muhammad Luqman, insyaAllah bakal ketemu