2017 February 21 - My journey from obesity

Tak sempat cuci sawang, just sapu2 tempat duduk sahaja.

Progress diet tahun 2016 sgt best.

For record utk 2016 carta berat adalah:

Early Jan16 72.6kg (dgn ketinggian 153cm saya adalah OBESITY)

Jan 71.8kg
Feb16 70.0kg
Mar16 71.2kg
Apr16 70.8kg
May16 70.0kg
Jun16 70.0kg
Jul16 70.0kg
Aug16 67.5kg
Sep16 65.5kg
Oct16 64.5kg
Nov16 63.5kg
Dec16 62.5kg

Jun17 59.5kg (updated 03/07/2017)
Jul 17 60.1kg (updated 23/08/2017)

22/08/17 58.5kg BMI 24.99 - NORMAL (updated 23/08/2017)

Harapnya 2017 saya bebas dari overweight. (ACHIEVED - updated 23/08/2017)
Harapnya by end 2017 dapat kekalkan tahap BMI NORMAL (updated 23/08/2017)

Diary Ramadhan 1437 Day 1

Sangatlah lama rumah ini dibiarkan sepi. Bukan tidak bertandang, tapi selesa membaca coretan kawan2 ..

Conteng2 sikit di sini .. di hari permulaan Ramadhan tahun ini .. ceritanya biasa2 sahaja .. cuma cabarannya saya berazam untuk tidak lagi masak2 di bulan ini .. seiring usia yang berbaki agak kurang, terasa ingin mempertingkatkan bekalan.

Di sini ramai yang tidak kenal saya .. biarlah kita kembalikan blog ini sebagai diari Ramadan tahun ini,

Azam Ramadhan tahun ini, kekalkan & tingkatkan amal tahun lepas dan tambah dgn azam ingin sekurang2nya sekali khatam sebelum Ramadhan berlalu .. Semoga Allah makbulkan niat ini

Cerita 02022015

Diet at*kins bertahan hingga ke malam 02022015, tapi penerimaan badan yang bakal menjejak setengah abad beberapa tahun lagi agak menggusarkan me .. badan rasa melayang2.. mcm kekurangan sesuatu .. may be kurang gula .. tgh malam me buka puasa at*kins minum segelas milo kosong .. beberapa minit lepas tu baru okay .. mungkin permainan minda or mmg betul kekurangan zat .. tapi maaf diet saya bukan untuk menyiksa badan .. diet saya untuk sihat ..

Selamat tinggal at*kins ..

Now back to balance food diet ..

Bekal hari ini

Grilled chicken
Salad
Roti
Cheese
Jambu air


2015 .. dan 2014 yang ditinggalkan

02/02/2015

Cuci2 sawang .. dah sebulan menjejak 2015 dan dah sebulan meninggalkan 2014

Merenung 2014 .. banyak suka duka cerita di situ.  

Perubahan terbesar untuk 2014 adalah dengan mencabar diri meninggalkan zon selesa me, menongkah jem.  Tanggal 13.11.2014, setelah sethn melepasi mid forties, me meninggalkan company lama me .. move to a new co.  The hardest part is to say good bye .. kita tinggalkan yg tidak enak, kita ingat yang manis2 sahaja, especially hari terakhir di sana yg sangat bermakna .. 10 lot share syarikat dihadiahkan untuk me sebagai 'farewell gift' .. i have to work hard not to let my tears drop infront of my director .. and the best gift i never expected .. despite his busy schedule, my ED drop by at our office just to have a good bye chat with me .. whatever others said .. he has been nice to me .. his regret message that he did not take care of my benefit .. again almost brought me to tears .. Allahu .. jika kita baik & kerja dgn ikhlas dan bersungguh2 .. the reward will not only be salary but also nice people who still want to be with you even though they will not be your boss anymore.  Alhamdulillah .. kesudahan yang amat baik di sana.
Dan minggu seterusnya, bermulalah perjalanan baru me .. di usia yang sebegini, untuk memulakan sesuatu yang baru adalah tak mudah .. rejection from peers and staffs were expected.. ada lirikan mata .. "why she has to be here, why cant the co promote me, i have been here so long" .. dan seumpanya .. tapi berbekalkan kekuatan "aku datang bukan untuk merompak hak orang, aku datang berjemput, aku berniat mencari rezeki yang halal" .. Alhamdulillah keadaan makin baik hari ke hari.

2015 .. Alhamdulillah .. setelah sebulan setengah di sini .. penerimaan semakin baik dari semua pihak.  Sabar & stay matured .. niat mencari rezeki halal ..

Since pindah kerja .. diet kurang terurus .. dah beberapa minggu terfikir nak kena try diet at*kins .. pagi ni naik weighting machine 7  ... owhhhh tidakkkkkkkkkkkk


Diet At*kins bukan terfikir lagi .. maka sudah jatuh terpaksa .. kita tunggu dan lihat ....

Happy Autism Day dear Luqman



Hati ibu mana yg tidak tersentuh
Kelopak mata ibu mana yg mampu menahan mengalirnya air jernih itu
Bila diberitahu anak comelnya autism
Seolah denyut nadi sendiri terhenti
Terdetik juga di hati lemah ini
"kenapa aku & anakku"
Astagfirullahal'azim...
Engkau Maha Mengetahui.. Ya Allah
Mama syg Luqman
Walaupun..
Mama tak reti tunjukkan sayang
Mama tak pandai ajar Luqman
Mama kurang tabah melayan adik
Mama tak kuat menahan sabar
Tapi mama yakin
Ada kelebihan mama
Dengan itu Allah beri mama peluang
Mengandungkan anak syurga
Menjadi ibu Muhammad Luqman
Anak syurga AnugerahNya..
Alhamdulillah

posted from Bloggeroid

20th anniversary

Today is our 20th anniversary. 20 years together with lots of ups and down and the path with full of party & drama.

Thanks Allah we are here today. What was, still is...



We decided that we need a renew mood for new decade so here we go



And at the end of the day



Next.. New decade
Stronger & better us pleaseee Ya Allah
Till Jannah InShaaAllah
Aamiin..

posted from Bloggeroid

Me on diet .. Day 11 already

Salah satu azam 2014.. Me wanna get back my minimum level of normal bmi.. Last week mampu utk tidak menjamah nasi selama 5 hari... Yeay... Chaiyok2.

Today.. Day 11 menu


Fried pasta with cili padi, grilled chicken & lots of salads..

9 days in 2014

A lot of things happened towards last year end & early this year new resolution has been set.

I will slowly be back 'cuci2' this blog.

Nasi beriani Johor

Menu hari raya haji yang diulang cetak dengan penambahbaikan sendiri, dan me berpuas hati untuk menyimpan menu ini untuk rujukan diri sendiri dan anak2 di masa depan.  Resipi nasi beriyani diubahsuai mengikut citarasa sendiri sumbangan dari resipi rakan2 di facebook dan daging briyani adalah dari mrs dayat @ myresipi.com.  Kesimpulannya me & family berpuas hati dengan resipi ini, nasinya lembut dan sedap, begitu juga dagingnya, cuma kena sedikit berlembut dengan nasi agar beras yang panjang tidak patah hatinya.  Daging pulak semakin lama di renih akan menjadi semakin sedap.


Bahan-Bahan:

  • 8 cawan beras Basmathi Faieza Kohinor
    9 cawan air (termasuk untuk mesin bawang & rempah)
  • ½ cawan daun pudina *(mesin)
    3 batang cili hijau *(mesin)
    10 biji bawang merah kecil @ 1 biji bwg besar ( *(mesin)
    10 biji bawang putih *(mesin)
    2 inci halia *(mesin)
    (mesin dgn 1 cwn air dr 9 cwn di atas)
  • 1 camca besar (1 pack kecil) rempah Beriani Faieza
  • 2 sudu makan minyak sapi
  • 2 senduk minyak masak
    5 tangkai bunga lawang
    5 biji buah pelaga
    2 batang kayu manis
    5 biji bunga cengkih
  • 1 cawan susu cair
    ½ cawan bawang goreng
    ½ tin kecil tomato puree
  • Gula & garam secukup rasa (boleh ditambah beberapa ketul tulang)


Untuk hiasan

  • Sedikit pewarna kuning telor
  • Sepokok daun ketumbar (potong 1")/sup/bawang
  • Segenggam kismis/biji gajus (goreng)
Cara:
  • Cuci beras & rendam 10 minit.Kemudian toskan.
  • Kisar bawang merah/besar, bawang putih,daun pudina,lada hijau,halia dengan secawan air. Bancuhkan rempah beryani kedalam bahan yang dimesin tadi.
  • Panaskan minyak sapi dan minyak masak kedalam periuk, masukkan bahan tumis diikuti dengan rempah yang telah dibancuh tadi.
  • Apabila telah naik baunya, masukkan air, susu, bawang goreng dan tomato puree (& daging/tulang jika suka). Tutup periuk.
  • Bila mendidih, masukkan beras. Kacau sebentar dan rasa garam gula secukup rasa. Pindahkan ke rice cooker. Alas dengan sehelai kain bersih di penutup periuk untuk mengelakkan wap keluar.
  • Bila air kering (rice cooker off) kacau nasi supaya baki air turun ke bawah & on rice cooker sekali lagi sehingga nasi masak, kemudian, kacau nasi perlahan2 dgn chopstick agar beras tidak patah. Letakkan sedikit-sedikit pewarna kuning dicelah-celah nasi sambil mengacaunya (perlahan). Taburkan daun ketumbar,tomato,daun sup,bawang goreng dan buah gajus. Tutup semula lebih kurang 10 minit.
Daging beriyani

 Bahan-bahan

  • 2 kg daging lembu + tulang (potong kiub)
  • 1 cup kecil yogurt
  • *15 ulas bwg merah / 2 biji bawang besar(blend)
  • *15 ulas bwg putih (blend)
  • *3 "halia (blend)
  • sedikit ghee
  • sedikit rempah tumis
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 4 biji tomato saiz besar (belah 4)
  • 10 biji cili hijau (tak perlu hiris)
  • 8 tbsp tomato puree
  • 4 tbsp sos tomato
  • 1 cwn susu cair
  • 12 tbsp (5 pack kecil) rempah baryani faieza
  • garam,gula secukup rasa
  • sedikit daun sup,daun bawang,daun pudina

Cara-cara

  • gaul daging dgn yogurt, perap sekejap
  • panaskan minyak sapi (anggaran rata bwh periuk) tumiskan rempah tumis dan bawang yg dihiris biar bwg agak garing sedikit
  • masukkan bhn2 yg diblend, kacau sampai naik bau
  • masukkan daging, gaulkan.
  • masukkan tomato dan cili hijau.
  • masukkan pula daun-daun, garam dan gula.kacaukan sebati
  • tutup periuk, biarkan lebih kurang 1/2 jam minit supaya daging lembut. (pastikan kuah tu sama rata ngan daging, kalau tak rata,tambah air)
  • bila daging dah agak2 empuk,masukkan sos tomato, tomato puree dan susu cair. Kecilkan api, kacaukan dan biar atas dapur.
  • Akhir sekali, masukkan rempah baryani dan kacaukan sebati..
  • Daging boleh diganti dengan kambing atau ayam (goring skjp)


Acar Mentah

  • 1 biji timun ( ptg memanjang)
  • 2 batang karot (ptg memanjang)
  • 1 labu bawang besar ( hiris nipis)
  • 1 biji cili merah & hijau ( dihiris nipis)
  • 2-3 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam
  • 4-5 sudu besar cuka makan ( jika tak suka cuka boleh guna jus limau nipis atau Sunquick mandarin ½ cwn)


Cara membuatnya

  • Satukan semua bahan. Sesuaikan rasa kemudian simpan dalam peti sejuk  selama 1/2 jam atau lebih sebelum menghidang.

Angah SPM 2013



Semoga Allah memberi ketenangan, kekuatan ingatan & ketajaman fikiran untuk Syafiqah menjawab spm kali ini dan semoga mendapat keputusan yang cemerlang seiring usaha gigih Angah dan akhir sekali semoga segala usaha Angah untuk menjadi muslimah cemerlang dunia dan akhirat diberkatiNya... aamiin.

posted from Bloggeroid