Me on diet .. Day 11 already

Salah satu azam 2014.. Me wanna get back my minimum level of normal bmi.. Last week mampu utk tidak menjamah nasi selama 5 hari... Yeay... Chaiyok2.

Today.. Day 11 menu


Fried pasta with cili padi, grilled chicken & lots of salads..

9 days in 2014

A lot of things happened towards last year end & early this year new resolution has been set.

I will slowly be back 'cuci2' this blog.

Nasi beriani Johor

Menu hari raya haji yang diulang cetak dengan penambahbaikan sendiri, dan me berpuas hati untuk menyimpan menu ini untuk rujukan diri sendiri dan anak2 di masa depan.  Resipi nasi beriyani diubahsuai mengikut citarasa sendiri sumbangan dari resipi rakan2 di facebook dan daging briyani adalah dari mrs dayat @ myresipi.com.  Kesimpulannya me & family berpuas hati dengan resipi ini, nasinya lembut dan sedap, begitu juga dagingnya, cuma kena sedikit berlembut dengan nasi agar beras yang panjang tidak patah hatinya.  Daging pulak semakin lama di renih akan menjadi semakin sedap.


Bahan-Bahan:

  • 8 cawan beras Basmathi Faieza Kohinor
    9 cawan air (termasuk untuk mesin bawang & rempah)
  • ½ cawan daun pudina *(mesin)
    3 batang cili hijau *(mesin)
    10 biji bawang merah kecil @ 1 biji bwg besar ( *(mesin)
    10 biji bawang putih *(mesin)
    2 inci halia *(mesin)
    (mesin dgn 1 cwn air dr 9 cwn di atas)
  • 1 camca besar (1 pack kecil) rempah Beriani Faieza
  • 2 sudu makan minyak sapi
  • 2 senduk minyak masak
    5 tangkai bunga lawang
    5 biji buah pelaga
    2 batang kayu manis
    5 biji bunga cengkih
  • 1 cawan susu cair
    ½ cawan bawang goreng
    ½ tin kecil tomato puree
  • Gula & garam secukup rasa (boleh ditambah beberapa ketul tulang)


Untuk hiasan

  • Sedikit pewarna kuning telor
  • Sepokok daun ketumbar (potong 1")/sup/bawang
  • Segenggam kismis/biji gajus (goreng)
Cara:
  • Cuci beras & rendam 10 minit.Kemudian toskan.
  • Kisar bawang merah/besar, bawang putih,daun pudina,lada hijau,halia dengan secawan air. Bancuhkan rempah beryani kedalam bahan yang dimesin tadi.
  • Panaskan minyak sapi dan minyak masak kedalam periuk, masukkan bahan tumis diikuti dengan rempah yang telah dibancuh tadi.
  • Apabila telah naik baunya, masukkan air, susu, bawang goreng dan tomato puree (& daging/tulang jika suka). Tutup periuk.
  • Bila mendidih, masukkan beras. Kacau sebentar dan rasa garam gula secukup rasa. Pindahkan ke rice cooker. Alas dengan sehelai kain bersih di penutup periuk untuk mengelakkan wap keluar.
  • Bila air kering (rice cooker off) kacau nasi supaya baki air turun ke bawah & on rice cooker sekali lagi sehingga nasi masak, kemudian, kacau nasi perlahan2 dgn chopstick agar beras tidak patah. Letakkan sedikit-sedikit pewarna kuning dicelah-celah nasi sambil mengacaunya (perlahan). Taburkan daun ketumbar,tomato,daun sup,bawang goreng dan buah gajus. Tutup semula lebih kurang 10 minit.
Daging beriyani

 Bahan-bahan

  • 2 kg daging lembu + tulang (potong kiub)
  • 1 cup kecil yogurt
  • *15 ulas bwg merah / 2 biji bawang besar(blend)
  • *15 ulas bwg putih (blend)
  • *3 "halia (blend)
  • sedikit ghee
  • sedikit rempah tumis
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 4 biji tomato saiz besar (belah 4)
  • 10 biji cili hijau (tak perlu hiris)
  • 8 tbsp tomato puree
  • 4 tbsp sos tomato
  • 1 cwn susu cair
  • 12 tbsp (5 pack kecil) rempah baryani faieza
  • garam,gula secukup rasa
  • sedikit daun sup,daun bawang,daun pudina

Cara-cara

  • gaul daging dgn yogurt, perap sekejap
  • panaskan minyak sapi (anggaran rata bwh periuk) tumiskan rempah tumis dan bawang yg dihiris biar bwg agak garing sedikit
  • masukkan bhn2 yg diblend, kacau sampai naik bau
  • masukkan daging, gaulkan.
  • masukkan tomato dan cili hijau.
  • masukkan pula daun-daun, garam dan gula.kacaukan sebati
  • tutup periuk, biarkan lebih kurang 1/2 jam minit supaya daging lembut. (pastikan kuah tu sama rata ngan daging, kalau tak rata,tambah air)
  • bila daging dah agak2 empuk,masukkan sos tomato, tomato puree dan susu cair. Kecilkan api, kacaukan dan biar atas dapur.
  • Akhir sekali, masukkan rempah baryani dan kacaukan sebati..
  • Daging boleh diganti dengan kambing atau ayam (goring skjp)


Acar Mentah

  • 1 biji timun ( ptg memanjang)
  • 2 batang karot (ptg memanjang)
  • 1 labu bawang besar ( hiris nipis)
  • 1 biji cili merah & hijau ( dihiris nipis)
  • 2-3 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam
  • 4-5 sudu besar cuka makan ( jika tak suka cuka boleh guna jus limau nipis atau Sunquick mandarin ½ cwn)


Cara membuatnya

  • Satukan semua bahan. Sesuaikan rasa kemudian simpan dalam peti sejuk  selama 1/2 jam atau lebih sebelum menghidang.

Angah SPM 2013



Semoga Allah memberi ketenangan, kekuatan ingatan & ketajaman fikiran untuk Syafiqah menjawab spm kali ini dan semoga mendapat keputusan yang cemerlang seiring usaha gigih Angah dan akhir sekali semoga segala usaha Angah untuk menjadi muslimah cemerlang dunia dan akhirat diberkatiNya... aamiin.

posted from Bloggeroid

Aidil Adha 2013

Agak kurang meriah kali ini sebab:
1) suasana sedih atas kehilangan arwah mak tok masih teraaa
2) Kakak akan menghadapi exam akhir sem 1 hujung bulan & Angah akan menghadapi SPM awal Nov nanti... kedua2nya menghabiskan masa dirumah hampir 50% di meja study, selebihnya tidur & makan.. 10% tgk tv ... okay lah untuk masa depan mereka

Tinjau2 menu aidil adha yg simple


Cuma briyani set untuk breakfast &lunch


Dan sup daging korban untuk dinner

Tiada family photo sebab semua tidak di dalam mood berhari raya.
Hari raya kedua disibukkan dgn aktiviti menghantar mereka balik.

posted from Bloggeroid

My 1st Florentine Cookies

Merasa cookies ni kat rumah my relative masa makan-makan raya, huish sedaplah sangat.  Teringat seorang rakan pernah post buat cookies ni, message and tanya dia, she ask me to look for florentine cookies mix kat kedai barang2 kek. Lepas tu me google for the recipe terjumpalah recipe ni kat blog Azlita Masam Manis.

Oleh kerana loyang me 12 x 12, me terpaksa sesuaikan sukatan dengan loyang agar tidak terlebih tebal ..


FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND
Rujukan : Azlita Masam Manis

(me sesuaikan dengan loyang 12 x 12)

150 gm tepung Florenta
150 gm badam keping
75 gm kuaci

15 gm bijan hitam

Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama lebih kurang 10 minit (ikut oven masing2).  Satukan semua bahan dalam bekas, gaul hingga semuanya bersalut sempurna.  Panaskan oven pada suhu 160C. Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis.  Bakar dalam oven selama 10-15 minit (ikut oven masing2).  Adunan ini cukup untuk satu loyang 12 x 12 - sederhana tebal & tak terlalu nipis.
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan. Simpan dalam bekas kedap udara.

dan kejadiannya :

bahan2nya

proses pembakarannya

 dan hasilnya tidaklah mengecewakan
Mr E sangat2 suka





Selesai sudah perjalanan seorang hamba .. Alfatihah

Rasa kurang selesa menulis yang sedih-sedih membuatkan entry ini tertangguh tapi perlu juga ditulis sebagai panduan dan pengetahuan anak-anak cucu nanti.



Tanggal 18 Sep 2013 lebih kurang jam 3.30 Mak Tok Rokiah Hj Ibrahim telah kembali ke rahmatullah di pangkuan anaknya Mr E.  Pengalaman pertama untuk Mr E & Me untuk mengesahkan ketiadaan nadi Allahyarhamah pada ketika itu, hati kedua-dua kami telah mengesahkan, mata saling berpandang tapi mulut berat mengucapkan, menunggu siapa yang mula dulu, akhirnya Me cakap, kita bawa hospital, lepas tu baru Mr E cakap, 'rasanya mak dah tak ada' .. seterusnya kami perlu fikir 'whats next'.  Permintaan Mr E yang ringkas "please be on my side".

Tidak semudah di kampung di mana bila dimaklumkan semua orang kampung akan berkumpul dan menguruskan.  Di sini, semuanya bekerja, tapi alhamdulillah dipermudahkan, mungkin kerana kerjasama semua yang ada, diuruskan oleh kariah setempat setelah Mr E membuat keputusan untuk mempermudahkan perjalanan terakhir ibunya di sini, selesai laporan polis dibuat dan disahkan pada jam 9 pagi, jenazah dibawa ke surau setempat, pengalaman pertama Me mandikan jenazah sebenar, dan seterusnya membantu proses mengkafan dan solat jenazah .. alhamdulillah selesai lebih kurang jam 11 pagi - sesuai dgn para ibu yang menguruskan jenazah perlu pulang untuk menguruskan anak-anak yang akan balik sekolah pula.  Jenazah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Garing lebih kurang jam 12 tengahari.

Pengalaman pertama menguruskan sendiri satu kehilangan, bermula dari mengesahkan hinggalah selesai pengkebumian adalah satu pengalaman yang tak mungkin Me lupakan hingga ke akhir hayat apatah lagi Mr E.

Alhamdulillah di penghujung hayat Allahyarhamah dijaga dan dibelai oleh anakanda-anakandanya walaupun kedua-duanya lelaki  dan Allahyarhamah sendiri telah menjalankan tanggungjawab menjaga ibunya (tok) hingga ke akhir hayat beliau.  Cuma Allah lebih sayangkan Allahyarhamah, beliau pergi dulu sebelum ibunya.  Sedih saat tok melepaskan anaknya, tapi kali ini nampaknya tok lebih redha dan bersedia dari saat tok nak melepaskan mak cik dulu.

Semoga roh Allahyarhamah Rokiah Hj Ibrahim ditempatkan bersama-sama hamba-hambaNya yg beriman.

selesai sudah perjalanan MBA

Alhamdulillah, selesai sudah perjalanan MBA me, yang bermula dengan niat untuk menyelesaikan hajat yang 20 tahun terpendam dan hampir terkubur.

Teristimewanya kesudahan ini sungguh indah bila diiringi keputusan luar jangkaan me.  My target is just to complete the MBA and done.  Aturan Allah sungguh indah, selesai sem 1, 2, & 3 result seolah2 menyebelahi dan merayu me meningkatkan usaha untuk mengekalkan result itu.  Syukur yang tidak terhingga, sem 4 masih mampu mengekalkannya dan awal pagi tadi bila kawan me sms result dia untuk satu subject debaran dan dia tak dapat A, me mula rasa cuak, gagahkan juga check thru hp, finally yesssss  final CGPA 4.00 - full result 10A & 4A+ .. Alhamdulillah

& from Mr E ...


Thank you Dear ...