Asyiqin turns 14

.
NURUL ASYIQIN BT KHAIRI MUHAR
18.05.95

14 tahun yang lalu, kelahiran Asyiqin di bulan meraikan hari ibu, melengkapkan keluarga kami dan menjadikan kami mama dan abah. She is part of our learning process. Segalanya adalah pengalaman pertama untuk kami .. dari kelahiran, tangisan, meniarap, ke depan, merangkak, berjalan, tadika, hari mula sekolah, tuisyen, peperiksaan, debaran UPSR, memasuki sekolah menengah dan proses awal remajanya. Kami belajar menjadi mama dan abah darinya yang kadang2 agak mencabar kesabaran. Semoga Asyiqin membesar menjadi anak yang solehah dan berjasa kepada agama, bangsa, negara dan keluarga. As you know, mama amat sayangkan Syiqin.

Labour day @ Nasi Dagang Ulik Mayang

1 Mei 2009 - Nak lepas penat berkurung kat hospital .. Mr Hubby bawa gi jalan2 cari makan.
Dah lama tak datang makan kat sini .. adala dlm setahun lebih
.

nyam..nyam..nyam nasi dagang Trengganu
one of my favourite

Luqman @ PUSRAWI

After about 1 week demam, dipendekkan cerita, result blood test kat Klinik Amar menunjukkan Luqman borderline denggi. Berkejar ke PUSRAWI... ding, dong, ding, dong panjang cerita, sampai hospital pukul 10 mlm, pukul 1 pagi baru lah admit Luqman.

Tapi bila kat hospital Luqman perangai .. nak ambik darah punyalah meronta. Nasib baik Dr faham yg dia autisme. All the nurses are very nice .. thanks.
Pastu meragam tak nak tido kat atas katil ... maka:
.
suka hati adiklah kan? Apapun.. puas gak memujuk dia nak stay kat room, asal bangun je nak ambik beg nak pergi kat pintu. Nak balik lah tu. Nasib baik ada Mr Hubby.

aktiviti seharian Mr Hubby kat hospital

and Me too ..
hmm nampak gaya mcm notebook yg masuk hosp