Yeay .. Luqman is 10 .. Happy birthday dear. Semoga menjadi anak yang soleh dan beriman. Mama, abah, Kakak Iqin, Angah Fiqa & Abg Taufiq always love your - our baby forever ............
Perjalanan kakak seterusnya
Catatan ini untuk anak sulung mama Nurul Asyiqin binti Khairi Muhar. Pengalaman pertama mama menguruskan anak selepas usia persekolahan.
Kakak di plkn 2 bulan, tanggal 27 May 2013, kakak diberi pelepasan awal atas
alasan mendapat tawaran ting 6 Sek Men Sri Garing. Itu tawaran pertama
yang kakak dapat untuk meneruskan pengajian selepas spm, dgn tawaran berkenaan bermakna kakak telah gagal
mendapat ambilan pertama di matrik sebagaimana impian kakak sejak
sekolah. Semangat yang kakak dapat di plkn telah menjadikan kakak seorang yang begitu positive, kakak pasrah dan sanggup meneruskan pelajaran di ting 6 sambil menunggu keputusan UPU dan rayuan matrik.
Tawaran kedua yang kakak terima adalah dari Multimedia college, Diploma In Accounting, mama & abah di saat ini bersedia untuk memasukkan kakak ke Multimedia college dengan merayu pihak college agar membenarkan kakak mendaftar lewat seminggu dari pelajar2 lain iaitu pada 30 May 2013.
Tidak lama selepas tawaran Multimedia college, kakak mendapat tawaran Diploma in Accounting di Kolej Professional Mara B Penawar di bawah tajaan Mara. Mama kemudian merayu kepada pihak Mara agar di pindahkan ke kolej yang lebih dekat, dan rayuan mama di terima dan kakak dapat dipindahkan ke KPMAM Melaka. Alhamdulillah. Persediaan peralatan dan minda mama adalah untuk kakak mendaftar di KPMAM pada 3 July 2013. Yuran penerimaan juga telah dibayar kepada pihak mara.
Tanpa mama sedari kakak masih menyimpan hasrat untuk memasuki matrik. Masih mama ingat, kakak suarakan pada malam 6 June 2013, sempat tak keputusan rayuan matrik sebelum kakak masuk ke KPM. Mama jawab 'mungkin hujung bulan kot'. Kakak diam.
7 June 2013, hari Jumaat pagi mama berborak dengan jiran yang anaknya sebaya dengan kakak, mengenai pelajaran anak2. Dihujung perbualan mama ter'sebut' mama ada memberitahu beliau hasrat kakak untuk ke matrik walaupun persiapan borang dan lain-lain adalah untuk ke KPM hujung bulan, tapi mama beritahu keputusan ke KPM seolah2 muktamad untuk kita. Tengahari selepas makan, mama seperti biasa, sambil berborak dgn rakan office, buka web keputusan rayuan matrik, key in no ic, click tanpa apa-apa pengharapan (sebab kebiasaan mama sejak kakak di plkn mama hampir setiap hari check keputusan rayuan matrik dan upu), rupanya hari ini keputusannya berbeza dari hari-hari lain.
Keputusannya yg keluar kat screen hari ini, kakak dpt Matrik Melaka Mama terus watsapp abah dan kakak. Lepas tu mama call kakak, tanpa mama sedar kakak ketika itu baru sudah solat zohor dan antara doa kakak selepas solah adalah agar rayuan matriknya di terima. Di hujung talian, suara kakak sangat ceria, mama tanya "macammana" kakak jawab "nak nak nak". Mama call abah, seperti mama, abah agak kurang yakin untuk mengizinkan kakak ke matrik. Mama & abah memutuskan untuk berbincang semula malam nanti. Mama call acik untuk memaklumkan keputusan ini, kebetulan acik cuti. Acik dan tok seolah-olah menyokong kakak ke matrik.
Malam 7 June 2013, sessi perbincangan nampak agak berat sebelah di mana mama & abah berharap kakak ke KPM tapi kakak masih tidak berganjak dengan keputusannya, dan nampak sedikit kecewa sehingga terkeluar keluhan "mama & abah macam tak percaya kat iqin saja". Akhirnya mama & abah pasrah, plkn benar2 mengubah anak mama menjadi begitu yakin dengan keputusan sendiri. Mama bangga.
8 & 9 June 2013, mama perlu ke kelas sampai lewat petang. 10 June 2013 mama terpaksa ke pejabat menyelesaikan kerja2 urgent yang tak pernah selesai. Sebenarnya tuntutan kerja mama tidak membenarkan mama bercuti minggu ini, tapi melihatkan keyakinan dan kesungguhan kakak, mama bertegas untuk bercuti 11 & 12hb June 2013
11 June 2013, mama meluangkan masa bersama-sama kakak, mendapatkan barang-barang keperluan kakak. Kakak tak pernah ke asrama, baju kurung pun tak banyak, kalau adapun dah kecik, apatah lagi keperluan lain. Hujung minggu sebelumnya janji dengan tailor, nak ambik baju semua 10 pasang yang ditempah pada 22 June 2012, tapi sebaik mendapat tahu keputusan matrik mama minta dia siapkan separuh untuk diambil pukul 6 ptg 11 June, nasib baik dapat, dan 5 pasang lagi mama beli yang dah siap, kebetulan terjumpa baju kurung siap yang sesuai dengan size kakak. Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan, dan seolah-olah menyokong pendirian kakak.
12 June 2013, jam 6.30 pagi bertolak dari Rawang, singgah minum di RnR Dengkil, terus ke Alor Gajah, dan kemudian ke Masjid Tanah, jam 9.30 dah di sana. Singgah minum di warung tepi kolej, sambil meredakan debaran kakak, kemudian terus masuk untuk pendaftaran, segalanya seperti sudah di atur. Kakak selesai pendaftaran sebaik mama & abah selesai dengan taklimat, terus menuju ke bilik dan kemas semua barang. Keluar ke pekan Masjid Tanah untuk makan tengahari. Jam 2, hantar kakak ke asrama, kami bertolak balik dalam jam 2.30 ptg, tepat jam 4.30 petang mama dan abah sampai balik ke Rawang.
terlalu yakin dengan keputusannya |
Perjalanan yang tidak dirancang asalnya, tapi dipermudahkan dan harapan mama perjalanan kakak di sini juga dipermudahkan dan diberkati. Walaupun ambilan kedua mama yakin semangat anak mama kelas pertama dan kakak akan berusaha bersungguh2 kerana kakak telahpun maklum yang kehidupan di matrik memerlukan kakak untuk benar-benar focus dan berusaha, dan inilah kali pertama kakak benar-benar mempertahankan pilihan kakak.
18 tahun kakak bersama mama, sentiasa ada mama untuk membantu kakak membuat keputusan, tak seperti adik-adik yang ke asrama di usia 12 tahun, kakak agak bergantung pada mama. Berat hati mama untuk melepaskan kakak tapi mama yakin dengan kakak, insyaAllah.
Doa mama anak mama Nurul Asyiqin bt Khairi Muhar akan mendapat kejayaan yang cemerlang di sini, di dunia & di akhirat, insyaAllah .. Aamiin.
Subscribe to:
Posts (Atom)