Sangatlah lama rumah ini dibiarkan sepi. Bukan tidak bertandang, tapi selesa membaca coretan kawan2 ..
Conteng2 sikit di sini .. di hari permulaan Ramadhan tahun ini .. ceritanya biasa2 sahaja .. cuma cabarannya saya berazam untuk tidak lagi masak2 di bulan ini .. seiring usia yang berbaki agak kurang, terasa ingin mempertingkatkan bekalan.
Di sini ramai yang tidak kenal saya .. biarlah kita kembalikan blog ini sebagai diari Ramadan tahun ini,
Azam Ramadhan tahun ini, kekalkan & tingkatkan amal tahun lepas dan tambah dgn azam ingin sekurang2nya sekali khatam sebelum Ramadhan berlalu .. Semoga Allah makbulkan niat ini