Weekend & makan

Dah habis sebulan thn 2010 & blog ni mmg betul2 bersawang. Tak tau mana nak start, so biarlah ditulis about my weekend yg baru nih.
.
Hmm last weekend, kalau ikut original plan shd be cuti2 M'sia ke Kuantan, patutnya lepas ambik angah terus Kuantan and balik Sunday terus hantar angah balik hostel .. but hubby got to go alone selesaikan kerja dia coz Taufiq & Syiqin got tuisyen. So, another hectic weekend without abah at home.
.
Friday jemput angah, bawa keluar layan dinner at Santai, pastu balik layan Luqman meragam till 2,3 am, nasib baik friday kakak takde tuisyen, blh tlg layan.
.
Saturday after Taufiq tuisyen, layan the girls gi the curve .. 3 kali singgah makan (read betul2 makan), lunch at burger kings rnr jejantas, pastu jalan jer 2,3 tapak Ikano area, cari makan lagi, this time syiqin nak sushi lak, pastu round2 ikea, test segala katil & sofa, last sekali wajibla makan meatball kat food court ikea tuh. Balik melepek .. again, Luqman protes nak abah, 2nd nite ni sampai pkl 4 am tak tidur lagi.. tahan mengantuk dia wpun dah menguap2. Kejap2 tgk kat tingkap, dah terlelap, paksa mata dia buka juga .. kesian pun ada. Dlm dok melayan dia, tgk kat dinding eh, sapa pulak yg lukis logo toyota, pastu ada tulis perodua, nissan. Ish mana pulak budak ni baca, selak2 buku dia, terjumpa dia tulis minus, total .. betul2 nak belajar budak nih. Sabar nak, mama dah register nak gi training (next post will be the article), insyaAllah segalanya berjalan lancar.
.
Sunday, badan dah lembik coz tak cukup tidur, ikut ati nak tidur sampai petang tapi bangun gak bawa kakak gi bfast & pastu tuisyen. Balik siapkan homework Taufiq (read mama buat homework Taufiq tau!!!), coz kalau biar Taufiq type kat comp sampai esok tak siap (agaknya mcm manala bebudak yg tak de comp .. gi cyber cafe lah kot) .. pastu ambik kakak, balik angah dah siap dgn barang2 .. mak aii balik 2 hari, 4 beg, mama dulu satu bawa balik beg sekolah jer, letak anak2 jer & kalau ada baju sehelai 2, pastu buku yg ada hwork. Now, bebudak balik kebanyakkannya bawa baju kotor. Yelah, time dulu2 kalau bawa balik baju kotor pun kena basuh tangan gak .. mana ada washing machine. Lunch at pizza hut coz angah request nak the new cheese pizza .. so mama pun turut samalah makan makanan berkhasiat tu. Sambil tunggu order, mama berkejar gi binding assignment Taufiq. Drive to Kuala Selangor dalam keadaan badan yang tersangatlah letih & mengantuk. Banyak pulak lori hari tu .. lagi la letih. Sampai agak awal, kawan2 angah ramai yg tak sampai lagi, bawa lak keluar makan lagi .. this time snack kat auntie kopitiam KSel. Pastu terus hantar dia & we all balik. Abah dah sampai rumah, but mama terlalu letih, tapi abah ajak keluar dinner kat luar, rehat jap keluar lak makan lagi sambil dengar abah cerita about his trip this time. Balik jer, terus pengsan tidur.
.
Kesimpulannya .. weekend lepas penuh dgn aktiviti driving & makan,makan,makan dan hari ni mama kerja dlm keletihan.
.
P/s dah lama tak buat entry berfoto .. gambar byk tapi tunggu virus 'm' hilang. In fact dah test a few menu dari blog kawan2... hmm semuanya tak mengecewakan.

No comments:

Post a Comment