Me and my bread maker

Entry tertangguh Aidil Adha & birthday Taufiq terpaksa ditangguhkan sbb gambar byk sgt & belum diedit .. nanti masuk blog besar sgt. hehehe.. teruja nak tulis pasal gadget aka tukun baru ...

...
..
.
yeah .. setelah berlama2 berangan
me just purchased my 1st bread maker
.
..
...

Kenwood BM250
hajat hati tinggi sgt, nak beli noxxa - Amway coz, oven kat rumah comel sgt. Tapi bila mengingatkan penyakit hangat2 T ayam me, cukuplah dgn yg nie...
.
taraaa.. hasil pertama yg amat membanggakan. Org lain start dgn white bread, me start buat dough dulu .. coz teramatlah teruja dgn resepi Che Mat Gebu. Alhamdulillah percubaan pertama tidak mengecewakan. Malam ni baru nak try whitebread mcm resepi BM.
.
Actually buat roti smlm sementara menunggu lauk utk dinner sampai
hidangan istimewa dari Kuantan
...
..
.
Patin Buah Asam Tempoyak
(yummy..yummy..yummy)
.
... alang2 Mr E ada kerja kat Kuantan Me orderlah my favourite patin asam tempoyak .. kebetulan pulak dia jumpa patin buah asam tempoyak kat kedai patin pak ayob yg di cadangkan oleh my fren SN .. apa lagi berpeluh2 la semalam. Siap frozen lebihan kuah utk tambah isi this weekend .. memang sedap.

2 in 1 Birthday Celebration - 6 Nov 2010

November is our birthday month
1 November - Mr E
13 November - Me
19 November - Taufiq
...
better late than never
...
*choc-cappucino layer cake *
wpun kek ni dah jadi sejarah
nak juga masukkan dlm blog sebagai kenangan
...
inilah kitaorang
Mr & Mrs E
...
dan kitaorg lagi
...
kdg2 seronok berangan hidup cam dlm fairy tales
indah saja
...
dan kisahnya bermula
...
pastu me dgn puteri sulung & putera sulung
...
me & puteri2
...
Mr & Mr E with their kids
hmm kenapa dgn muka angah (left) & me
...
dan cerita sebenar bermula .. actually angah yg beria nak cake this week, wpun pada asalnya me bercadang nak beli sekali dgn Taufiq (3 in 1 - jimat sket.. hehehe mama kedekut) kat kg masa raya haji .. tapi anak punya pasal tempah la jugak. Pastu nak bawa Luqman makan luar agak sukar dikawal (tunggu gambar2 seterusnya..), so order Mc D delivery .. pastu potong cake kat umah jer. Tapi biasalah angah, kalau dah tidur, bangunnya akan sedikit moody, tak nak ambik gambar. Dah la nak kumpulkan semua sekali dgn mood yg baik susah ... fuhh berpeluh juga nak mengawal keadaan. Maka, jadilah muka angah yg masam seperti di atas .. dan mama yg tak leh nak senyum sbb menahan geram .. abah pandai, bila situasi mcm ni dia mesti suruh mama contol yg mengamuk, sbb nanti muka dia dlm gambar nampak senyum .. pastu susunan ambik gambar pun tak sepertinya.
....
dan dalam kehidupan sebenar
ada masam manisnya
tak semuanya seperti yang dimimpikan
....
tontonilah aksi2 di belakang tabir
....
dah angah okay, Luqman pulak tanak ambik gambar
habis semua nak ditolaknya
...
tak puas hati dgn Taufiq pulak
...
yeah!!! kakak berjaya mengawal keadaan
...
aksi bila dgn abah pulak
...
dia jer nak menang
....
hampir berjaya meloloskan diri
....
tak puas hati lagi dgn abang
....
dan inilah anak2 kami ..
apapun mereka tetap permata hati kami
....
walaupun hidup tidak seperti fairy tales
insyaAllah inilah anugerah yang terbaik
....
semoga hari2 depan kita lebih baik dari hari semalam
insyaAllah

UPSR - kejayaan atau terkilan

Terpanggil menulis mengenai UPSR hari ini, walaupun tiada anak me yg terlibat. Mungkin banyak airmata yg tumpah di sekolah hari ini, samada airmata gembira atau sedih. Bagi yang dapat apa yang diimpikan, akan terharu dlm kegembiraan, dan yang tak dapat akan merasa sedikit terkilan. Me pernah berada dalam kedua2 situasi baik gembira atau sedikit terkilan, dan kedua2 situasi itu pernah me rasa samada sebagai seorang ibu & seorang anak. Tapi yang lebih penting apa yang kita pelajari dari keempat2 situasi itu.
.
Sebagai seorang anak, saat pertama me sedar apa itu kegembiraan atas kejayaan ialah apabila me dapat menjadi pelajar terbaik sekolah dalam peperiksaan penilaian drj 5 dan seterusnya terpilih ke salah sebuah sekolah berasrama penuh yang diidam2kan. Sebenarnya kejayaan waktu itu bukan desakan, tapi datang sendiri. Keluarga tidak pernah merencanakan apa2 sebelumnya, sehingga mendapat keputusan. Selepas itu, atas rasa turut menghayati dan menghargai kejayaan murid sekolah itu, cikgu2 termasuk guru besar membantu me memohon untuk mendapatkan sekolah dan merekalah yg menguruskan segala2nya. Parents me cuma perlu uruskan urusan barang2 dan membawa me ke sekolah sahaja.
Sebagai ibu, berpeluang turut merasai apa yang ayah & ibu rasai bila kita mendapat kejayaan. Alhamdulillah dua tahun yang lalu, angah telah memberi hadiah hari jadi yang amat bermakna buat me dengan mendapat 5A dlm UPSR. Tertitis air mata kegembiraan seorang ibu.
.
Bagaimana pula bagi yang tidak mendapat apa yang diimpikan?
Pengalaman terkilan pertama yang me rasai ialah semasa mengambil keputusan SPM. Keputusan itu sebenarnya bergantung kepada apa yg kita harapkan. Mungkin me mengimpikan sesuatu yg lebih dari apa yang me dapat, tertitis jua air mata terkilan melihat slip keputusan. Gred alhamdulillah tapi bukan aggregate target me. Bagaimana menghadapi saat itu sebagai anak & ibubapa? Sebagai anak, sudah semestinya rasa bersalah yang amat sangat terutama kepada aruah ayah yg setia menemani hingga ke sekolah dan tidak sabar menunggu melihat keputusan. Terpaku dia melihat me menangis, tapi bila dia melihat slip, mukanya berubah gembira yang amat sangat. Itu sudah cukup baik untuknya. Tak putus2 dia mengucapkan "ayah bangga".
Sekali lagi sebagai ibu, me juga berpeluang merasai apa yg ayah me rasai. Tiga tahun lepas, me terpaku bila kakak keluar dari dewan dengan muka yg sugul (tanda lepas menangis), dan guru BI kakak, yg juga kwn me memeluk erat me sambil berkata "maafkan akak, Iqin tak dpt A BI". Tapi bila me tgk slip keputusan 3A2B kakak .. muka me berubah tersenyum. Me bangga dengan keputusan kakak menyedari kemampuannya masa itu. Terbalik, me yg terpaksa pujuk cikgu BI tu menyatakan me puas hati dengan B untuk BI kakak. Bayangkan dari seorang yang berada di tahap galus (gagal lulus), keputusan kakak itu pada me adalah hebat. Dan keputusan itu jugalah yang telah membina semangat kakak yang dia sebenarnya tidaklah selemah yang dia selalu fikirkan - itu yg lebih penting buat me.
.
Apa yang me cuba kongsi di sini, dalam dua2 keadaan di atas (sebagai anak yang pernah berjaya & pernah terasa terkilan, dan sebagai ibu yang pernah melihat anak yang rasa berjaya & anak yang terkilan) adalah penerimaan dan harapan kita untuk tahap yang di katakan kejayaan & kegagalan. Sebagai ibu, me mengambil pendekatan untuk menggalakkan anak2 berjaya, dan me sebagai ibu betul2 membantu memastikan mereka betul2 belajar, tidak cukup dgn itu, me sendiri belajar bersama2 mereka. Tapi me juga mengajar mereka supaya pasrah dengan keputusan yang diberikanNya setelah puas berusaha .. dan teruskan berusaha untuk tahap selanjutnya. Yang penting bimbingan kita untuk kesedaran mereka untuk terus berusaha menghadapi hari2 akan datang, dan bekalan mereka & kita di alam yang kekal.
.
Berat sikit celoteh hari ini .. mood di luar pun hujan panas .. wahhh

Happy Birthday Mr E - 1 November 2010


Entry yg tertangguh 2 hari. Tak sempat nak post coz me kena attend 2 days course kat MIM yesterday. Tapi sempat upload kat fb ..

Ini entry special untuk org yg me kenal almost 42 years. He's a cousin, brother, friend, guru, partner, and a husband to me. Semakin meningkat usia, semakin lama kenal, semakin lama bersama semakin banyak kisah suka dan dugaan yg dilalui bersama, ada masa kita ketawa dan ada masa kita bersedih, tapi syukur kita harungi semuanya bersama. Dari zaman kanak2, saat kita diberitahu yang kita akan disatukan, proses percubaan, proses perkenalan semula, penerimaan, permulaan hidup bersama, proses memahami semula, mengendalikan insan ketiga yg lahir dari kasih sayang kita, menyayangi permata hati kita, manage our ups & down, and insyaAllah akan datang cucu dan cicit.

Doa me - semoga Allah memakbulkan semua doa2 abang, semoga Allah merestui dan merahmati hubungan kita dan keluarga kita dan semoga hubungan ini mendekatkan kita padaNya dan kekal ke akhir hayat, semoga kita dimurahkan rezeki yang halal dariNya, semoga semakin hari semakin dekat abang dengan Allah, dan akhir sekali semoga kita semua dipanggil nanti dalam Iman dan meninggal anak2 yg soleh untuk terus mendoakan yg terbaik untuk kita.

Luv U ME