UPSR - kejayaan atau terkilan

Terpanggil menulis mengenai UPSR hari ini, walaupun tiada anak me yg terlibat. Mungkin banyak airmata yg tumpah di sekolah hari ini, samada airmata gembira atau sedih. Bagi yang dapat apa yang diimpikan, akan terharu dlm kegembiraan, dan yang tak dapat akan merasa sedikit terkilan. Me pernah berada dalam kedua2 situasi baik gembira atau sedikit terkilan, dan kedua2 situasi itu pernah me rasa samada sebagai seorang ibu & seorang anak. Tapi yang lebih penting apa yang kita pelajari dari keempat2 situasi itu.
.
Sebagai seorang anak, saat pertama me sedar apa itu kegembiraan atas kejayaan ialah apabila me dapat menjadi pelajar terbaik sekolah dalam peperiksaan penilaian drj 5 dan seterusnya terpilih ke salah sebuah sekolah berasrama penuh yang diidam2kan. Sebenarnya kejayaan waktu itu bukan desakan, tapi datang sendiri. Keluarga tidak pernah merencanakan apa2 sebelumnya, sehingga mendapat keputusan. Selepas itu, atas rasa turut menghayati dan menghargai kejayaan murid sekolah itu, cikgu2 termasuk guru besar membantu me memohon untuk mendapatkan sekolah dan merekalah yg menguruskan segala2nya. Parents me cuma perlu uruskan urusan barang2 dan membawa me ke sekolah sahaja.
Sebagai ibu, berpeluang turut merasai apa yang ayah & ibu rasai bila kita mendapat kejayaan. Alhamdulillah dua tahun yang lalu, angah telah memberi hadiah hari jadi yang amat bermakna buat me dengan mendapat 5A dlm UPSR. Tertitis air mata kegembiraan seorang ibu.
.
Bagaimana pula bagi yang tidak mendapat apa yang diimpikan?
Pengalaman terkilan pertama yang me rasai ialah semasa mengambil keputusan SPM. Keputusan itu sebenarnya bergantung kepada apa yg kita harapkan. Mungkin me mengimpikan sesuatu yg lebih dari apa yang me dapat, tertitis jua air mata terkilan melihat slip keputusan. Gred alhamdulillah tapi bukan aggregate target me. Bagaimana menghadapi saat itu sebagai anak & ibubapa? Sebagai anak, sudah semestinya rasa bersalah yang amat sangat terutama kepada aruah ayah yg setia menemani hingga ke sekolah dan tidak sabar menunggu melihat keputusan. Terpaku dia melihat me menangis, tapi bila dia melihat slip, mukanya berubah gembira yang amat sangat. Itu sudah cukup baik untuknya. Tak putus2 dia mengucapkan "ayah bangga".
Sekali lagi sebagai ibu, me juga berpeluang merasai apa yg ayah me rasai. Tiga tahun lepas, me terpaku bila kakak keluar dari dewan dengan muka yg sugul (tanda lepas menangis), dan guru BI kakak, yg juga kwn me memeluk erat me sambil berkata "maafkan akak, Iqin tak dpt A BI". Tapi bila me tgk slip keputusan 3A2B kakak .. muka me berubah tersenyum. Me bangga dengan keputusan kakak menyedari kemampuannya masa itu. Terbalik, me yg terpaksa pujuk cikgu BI tu menyatakan me puas hati dengan B untuk BI kakak. Bayangkan dari seorang yang berada di tahap galus (gagal lulus), keputusan kakak itu pada me adalah hebat. Dan keputusan itu jugalah yang telah membina semangat kakak yang dia sebenarnya tidaklah selemah yang dia selalu fikirkan - itu yg lebih penting buat me.
.
Apa yang me cuba kongsi di sini, dalam dua2 keadaan di atas (sebagai anak yang pernah berjaya & pernah terasa terkilan, dan sebagai ibu yang pernah melihat anak yang rasa berjaya & anak yang terkilan) adalah penerimaan dan harapan kita untuk tahap yang di katakan kejayaan & kegagalan. Sebagai ibu, me mengambil pendekatan untuk menggalakkan anak2 berjaya, dan me sebagai ibu betul2 membantu memastikan mereka betul2 belajar, tidak cukup dgn itu, me sendiri belajar bersama2 mereka. Tapi me juga mengajar mereka supaya pasrah dengan keputusan yang diberikanNya setelah puas berusaha .. dan teruskan berusaha untuk tahap selanjutnya. Yang penting bimbingan kita untuk kesedaran mereka untuk terus berusaha menghadapi hari2 akan datang, dan bekalan mereka & kita di alam yang kekal.
.
Berat sikit celoteh hari ini .. mood di luar pun hujan panas .. wahhh

4 comments:

  1. selalu rasa terkilan, rasa ni sgt tak bestkan..
    "untuk hidup bahagia, perlu selalu redha.. "
    pasrah je, bak kate orang.. huhu, perlu belajar terima hakikat ek ;)
    tq kak..

    ReplyDelete
  2. SS... normal utk kita rasa terkilan, tapi jangan biarkan ia menghalang kita dari mencapai kejayaan seterusnya ...

    ReplyDelete
  3. terima kasih kak. really apprecaite your sharing on this. will make sure to do the same to my angels. insyaAllah.

    ReplyDelete
  4. ComeyBelako .. appreciate every single step you go with your angels ..

    ReplyDelete