I like ..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Resepi - Macaroni goreng & Puding roti marble

Ini entry khas untuk rakan2 yg tanya resepi me copy paste dari source untuk future ref ..



Macaroni Goreng
- dari blog Che Mat Gebu

BAHAN-BAHAN
150 gram makaroni yang belum direbus (me pakai 1 packet)
1 keping daging burger, dihancurkan (me guna daging ayam kisar Ramly - now in block)
15 pokok daun kuchai, hiris kasar
1 biji bawang besar, dadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos cili
1 1/2 camca besar sos tomato
1 camca teh jintan manis, tumbuk hancur (mat guna serbuk) - me tak masukkan
1 cawan air
Garam secukup rasa
Cili merah, dibuang biji dan didadu kecil (me guna capsicum traffic light)

CARA
  1. Rebus makaroni dalam air mendidih bergaram hingga lembut, toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, tambah cili kisar, jintan manis dan tumis hinggga garing. Masukkan daging dan kacau rata.
  2. Tambah sos cili, sos tiram dan sos tomato. Kacau rata dan tuang air. Biar mendidih dan daging masak. Masukkan makaroni dan gaul. Tabur kuchai dan kacau rata. Tambah garam secukup rasa. Ok, boleh matikan api.
  3. Tabur cili merah yang telah didadu tadi sebelum dihidangkan - (me tabur cheddar cheese bila nak makan & can microwave 30 mins)
 Puding Roti Marble
- dari blog Hana's Family

Bahan-bahan

  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 10gram serbuk agar2 @ sepeket
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkan (me guna 190g)
  • 2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air
  • 2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco - me guna choc emulco
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
  5. Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
  7. Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.

Macaroni goreng & puding marble ...


My kid fav - pasta goreng. This time try buat macaroni. Add on some cheese & msk microvawe 30m before served .. Walla menjadi. Asalnya nak buat baked macaroni, tapi tak sempat dah tinggal sikit, semua tak sabar2 nak makan ... Next time kena buat diam2 dah siap baru btau.

And marble pudding, 1st time buat utk office potluck. A bit sememeh but taste .. mmm yummy2. Ini 2nd time buat & balance dari yg hantar kat angah. Choc portion terlebih & amat sedap. Creamy...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Taufiq upsr sudah ..

Huh .. suda besar anak bujang mama seorang ni.  Hari ini 1st day upsr, ujian terbesar pertama dalam alam persekolahan Taufiq.  Taufiq aka "Mr Tau" everythg mama sebagaimana biasa .. rilex saja.  Apapun mama doakan yang terbaik untuk Taufiq.  Semoga Taufiq tenang menjawab dan mengingati semua yang Taufiq pelajari selama 6 tahun di sekolah rendah.  Mama yakin walaupun dalam rilex, Taufiq sebenarnya dah bersedia untuk ini.  Ini satu permulaan untuk Taufiq sebelum memasuki era sekolah menengah.  Selain dari ujian untuk Taufiq, ini juga adalah ujian dan cabaran untuk mama mendidik anak lelaki mama menjadi manusia dan hambaNya yang soleh.  Mama & abah will always luv u ..