Macaroni Goreng
- dari blog Che Mat Gebu
BAHAN-BAHAN
150 gram makaroni yang belum direbus (me pakai 1 packet)
1 keping daging burger, dihancurkan (me guna daging ayam kisar Ramly - now in block)
15 pokok daun kuchai, hiris kasar
1 biji bawang besar, dadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos cili
1 1/2 camca besar sos tomato
1 camca teh jintan manis, tumbuk hancur (mat guna serbuk) - me tak masukkan
1 cawan air
Garam secukup rasa
Cili merah, dibuang biji dan didadu kecil (me guna capsicum traffic light)
CARA
- Rebus makaroni dalam air mendidih bergaram hingga lembut, toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, tambah cili kisar, jintan manis dan tumis hinggga garing. Masukkan daging dan kacau rata.
- Tambah sos cili, sos tiram dan sos tomato. Kacau rata dan tuang air. Biar mendidih dan daging masak. Masukkan makaroni dan gaul. Tabur kuchai dan kacau rata. Tambah garam secukup rasa. Ok, boleh matikan api.
- Tabur cili merah yang telah didadu tadi sebelum dihidangkan - (me tabur cheddar cheese bila nak makan & can microwave 30 mins)
- dari blog Hana's Family
Bahan-bahan
- 4 keping roti
- 2 biji telur
- 1/2 cawan susu pekat
- 170ml susu cair
- 10gram serbuk agar2 @ sepeket
- 1/2 cawan gula - bleh kurangkan (me guna 190g)
- 2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
- 31/2 cawan air
- 2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco - me guna choc emulco
- Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
- Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
- Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
- Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
- Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
- Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
- Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.
penah sekali buat ni..masa zaman sekolah..time ERT hehee...
ReplyDeleteTQ Me share resipi.. :)
ReplyDelete