AKU MENULIS BUKAN KERANA NAMA


aku menulis bukan kerana nama ... kan??
Terpanggil menulis entry ini atas satu komen di shoutbox.  Terima kasih kerana prihatin atas blog ini.  Me rasa tidak ada istilah syok sendiri dalam berblogging.  Semuanya menulis dengan tujuan masing2 dan kalau syok sendiripun tujuannya tidak ada salahnya kecuali jika ia melanggar undang2 & hukum.  

Kalau di baca dari permulaan me berblog, tujuan asal me adalah menulis apa2 saja yang me suka dan rasa untuk dikongsi anak2 dan cucu2 yang mungkin entah sempat entah tidak untuk me jumpa.  Mana2 blogger friend yang terjumpa blog ini, me anggap sahabat yang dah ditentukanNya untuk kita berkenalan di alam ini, tapi me belum berniat untuk mempromosikan blog ini seperti blogger2 hebat lain kerana buat masa ini me menulis mengikut mood dan masa me, dan rasanya me tidak mengganggu sesiapa melalui blog ini, semua gambar adalah hasil google(seperti yg dinyatakan) atau hasil usaha sendiri, kalau resepi yg di copy, me linkkan kepada yang empunya blog.

Niat me teringin wariskan apa yang me tulis nanti kepada salah seorang anak me untuk menyambung blog ini.  Blog ini mungkin juga bakal bertukar wajah dan nama tapi isi dan link nya insyaAllah sama.

Mungkin inilah juga sebabnya saya kurang suka meng'expose' blog ini keluar, walaupun hampir hari2 me membaca blog2 yg di list kiri, tapi tidak meninggalkan jejak, mengambil yg baik2 sahaja; cukuplah dengan permasalahan seharian di dunia luar, me malas bermasalah di dunia maya, di sini tempat me mencari ketenangan, me mau jadi diri me sendiri.  Maaf andai post kali ini mengguris sesiapa ... inilah me.

1 comment:

  1. kak sy sokong pendapat kak .. sy pernah dpt komen yg menghentam sy kt blog .. sabojelah .. oh yer heppi belated bestday ..sy sokong kak nk smbg belajar .. ilmu tak mengira usia kak ;-)

    ReplyDelete