Sangkaku Ujian rupanya Hikmah di Awal Hijrah Penghujung Masihi



Me agak jarang menulis mengenai Luqman, bukan menyisihkan tapi sebolehnya me tak ingin ceritanya dipandang sebagai simpati.  Pada me  Luqman punya kekuatan sendiri tapi seringnya bila kekuatannya ditonjolkan camera tidak ready.  Kali ini berjaya juga merakamkan sweet moment anak bongsu me.

Pembantu Me balik kampung untuk menziarahi keluarganya 2 minggu bermula Selasa lepas.  Asal perancangannya kakak2 menjaga adik manja Luqman, Mak sanggup menjadi org tua yg mengawasi mereka walaupun mak tak mampu mengawal keaktifan Luqman.  Isnin Mr E cuti, me hantar maid ke airport terus ke Senawang atas urusan kerja, balik agak lewat, katanya Luqman mengamuk seharian mencari kakak.  ermm hurmm ...

Esoknya seperti biasa me masak dan tinggalkan utk mereka, Luqman nampak okay with kakak.  Tengahari Me balik rumah everything goes as per plan.  Petangnya me dah beritahu, lepas ofis me nak pergi beli groceries yg dah habis, weekend tak sempat, Mr E teambuilding Sabtu & Ahad, Ahad pagi me ada tetamu, Isnin me bawa pembantu membeli barangan & buah tangan utk keluarganya .. So melihatkan keadaan yg tenang di pagi dan thari, me terus ke Giant, Mrs  E msg btau balik lewat .. ermm okay.  Sampai jer kat rumah, mak tgh baring, dgn anak2 me mengawasinya.

Rupanya mak jatuh ditolak Luqman dari belakang petang tadi sewaktu mak kat luar dan tak boleh berjalan.  Alahai dugaan, rasa bersalah pun ada sebab adik Me yang menjaga mak selama mak sakit sebelum2 ni macam menatang minyak yang penuh, dari sakit terbaring di hospital sampai mak mampu bangun dan berjalan ke sana dan ke sini .. sampai jer di rumah ni sehari dah jadi begini.  Kesal pun ada, tapi mak ke sini atas permintaannya sendiri, ingin mengawasi cucu2, sekarang ternyata jawapan pada detik hati untuk menolak permintaan mak asalnya tapi tak tersebut dek lidah.  Me berusaha memimpin mak untuk ke kereta utk bawa ke klinik utk x-ray tapi mak sakit sangat untuk digerakkan.

Hari sudah gelap, Mr E yang janjinya balik jam 8 belum nampak bayang, terlupa perut yang belum diisi dari tadi, terus me keluar sendiri, mengintai satu demi satu klinik di pekan Rawang, mana2 yang ada doktor sanggup datang ke rumah tapi hampa.  Terpaku sekejap dlm kereta dengan air mata yang meleleh tanpa sedar bersama hujan gerimis kat luar kereta, sungguh sedih, hampa, helpless, kesal, rasa bersalah dan 1001 perasaan.  Tiba2 datang suara, kenapa tidak aku tidak ambik saja dulu ubat tahan sakit dan ubat2 berkaitan.  Kalau jatuh risikonya mungkin bengkak, pressure, etc.  Terus me ke family klinik me, jumpa Dr dan minta nasihat ubat yang perlu sementara menanti esok .. akhirnya diberi ubat tahan sakit & ubat bengkak.  Cukuplah dulu utk mlm ini.

Balik bagi mak makan & makan ubat, pimpin mak dalam kepayahan pindah ke bilik atas (agak selamat dari keaktifan si comel sbb bilik bawah adalah tempat selesanya).  Akhirnya mak tidur wpun sakit.  Me tau mak lebih sakit dari yang ditunjukkan tapi mak tak nak menunjukkan kesakitannya sebab kesian kat me.  In fact bila adik dan mil me call pun mak tak cakap dia jatuh.  Siap cerita dia masak lagi .. thats my mum.  Next day me nekad, walaupun tugasan segera menimbun, me msg my boss & tell him i'll be on EL two days.  Nasib baik dia faham .. alhamdulillah.   Selepas itu dengan penuh rasa bersalah me msg beritau adik me cerita sebenar .. alhamdulillah sekali lagi dia faham.  Misi seterusnya selepas menjalankan tjawab sebagai ibu pada anak2, me bawa mak pergi x-ray, alhamdulillah sekali lagi tiada yang patah, cuma hentakan pada tulang pinggang.  Balik dibekalkan ubat2an yang perlu.

Luqman masih meragam, walaupun anak2 membantu ,me nampak keadaan macam tidak menyebelahi me, keadaan rumah berterabur, ditambah badan yang penat sejak weekend tak rehat, sesekali ingatan pada kerja ofis yang urgent dan Mr E dgn kerjanya yang tak mampu balik awal menambahkan tekanan dlm diri ini.  Sekilas hati yang nakal berkata "kenapa aku??" & "kenapa sekarang??" .. astagfirullahalazim .. mengeluh la pulak.

Hari 9 Muharram banyak pesanan dari rakan2 melalui facebook .. semuanya baik2 belaka .. tiba2 pagi 10 Muharram terdetik di kepala .. rupanya yang me sangka 'dugaan' dari Allah rupanya 'hadiah' kasih sayangNya untuk me.  Me tak pernah betul2 berpeluang menjaga mak sendiri semasa dia sakit dulu, sebab kerja, adapun balik sekejap, hanya abang dan adik yang jaga.  Di hari2 terawal Muharram ini, Allah bagi peluang me jaga mak dengan hati yang ikhlas, nasib baik seingat me, me tak merungut, cuma kesal dalam diri sendiri sebab rasa bersalah pada mak dan ahli keluarga yang lain.  Me rasa lebih dekat dengan mak, dapat masakkan mak dan untuk setiap kali waktu makannya me cuba serve ikut seleranya.  Alhamdulillah me rasa walaupun awalnya tertekan dengan keadaan me tenang mengingatkan mungkin ini peluang yang Allah bagi untuk me betul2 fokus masa me untuk mak.

"Hadiah' yg kedua ialah peluang betul-betul mengenali anak2 me dari Kakak, Angah, Taufiq & Luqman.  Kakak walaupun dalam kegarangannya, ada sifat anak sulung yang pelindung dan boleh di harap.  Angah dalam keanak-anakan dia, ada sifat ingin membantu dan sayangkan kakak.  Taufiq masih kanak-kanak dan perlukan perhatian, tapi boleh diharap menemani toknya dan yang paling special Luqman ... let the photo describe..

kerinduannya pada pembantu me merapatkan dia dengan kami

Kembali seperti dahulu .. dia amat sayangkan abah .. see tak nak lepas tgn abah wpun sgt lapar
Cair hati ini melihat adegan2 di atas .... sooo sweet.. :)

2 comments:

  1. Me,
    Kuncinya adalah redha. Apabila kita redha, Allah membantu kita mencari jalan keluar. Dan kita merasa kita amat istimewa di mata Tuhan.


    Sevendrops

    ReplyDelete
  2. Dugaan itu pelbagai...hikmah itu juga pelbagai. Di beri ruang untuk sesekali merasai kedua-duanya adalah hadiah terbaik dari Yg Maha Kuasa. Sekurang-kurangnya DIA masih memandang kita sebagai hambanya yg masih perlu diingat-ingatkan sekali sekala. Itu adalah lebih baik dari kita ini tidak diendahkan langsung olehNYA. Gambar Luqman menyuap dan meletakkan tangan mulus pada abahnya memang adalah sangat sweet...

    ReplyDelete