Selesai sudah debaran kakak untuk SPM. Keputusan kakak, me kategorikan sebagai cemerlang di tahap tersendiri. Syukur di saat2 akhir kakak temui momentum & keinginan untuk berjaya.
Anak sulung me ini sangat 'cool' orangnya. Sukar menduga apa di hati dan fikirannya. Walaupun tidak tersusun semuanya A tapi alphabet dalam keputusan kakak lebih baik dari target me. Tahniah kakak & syukur Alhamdulillah kepadamu Ya Allah kerana sentiasa memberi ruang dan peluang kepada kami yang selalu terleka.
Hari ini kakak tunaikan hajatnya untuk memberi hadiah buat cikgu yang telah membantu kakak mengubah G kepada A. Tidak mudah untuk seorang cikgu mendidik anak murid se'cool' kakak, kerana kakak tidak prrnah memberi respon negative walaupun dia tidak faham atau rasa 'tertinggal' dlm proses belajar. Tapi andainya cikgu berjaya menarik minat kakak, latihan menjadi mudah buatnya.
Terima Kasih yang tidak terhingga dari kami sekeluarga buat Cikgu Azrin Zakaria yang sanggup mengenepikan masa untuk keluarga demi memastikan anak kami Nurul Asyiqin bt Khairi Muhar terdidik sempurna. Mungkin tulisan ini tidak sampai kepada Cikgu Azrin tapi insyaAllah doa kami sekeluarga untuk kebahagiaan, kesejahteraan & rezeki yg murah lagi diberkati buat cikgu yg gigih lagi ikhlas. Hanya Allah yg benar2 membalas jasa guru2 yg berdedikasi sebegini. Aamiin.
-me-
Tahniah Me, anak. Kadang-kadang kejayaan mempunyai tafsiran tersendiri. Ia lebih bermakna untuk kita yang mencari hikmahNya.
ReplyDeleteSevendrops
Thx Dr Ira..... Sgt setuju
ReplyDeletesalam....
ReplyDeletecikgu Azrin Zakaria? macam nama my junior yg close to me dulu yg memang kebetulan bertugas sebagai guru sek. men. jugak....entah2 orang yg sama tak?
tahniah walau berapa pun resultnya...janji dah usaha kan...tringat anak saya selalu tanya "kalau kakak dpt no 1 mcm mana?"..sbb saya selalu challenge dia...hehehe..tp jawapan saya yg selalu adalah..dapat no 1 beserta tak tinggal solat dan mengaji baru hebat!...lain dari tu tak hebat sangatlaa..dgn doa dan harapan persepsi dapat no 1 dia akan berubah...
ReplyDeleteIna Hashim .. cikgu ni bertugas kat Selayang now ..
ReplyDeleteHanis .. ya betul .. A yang terbaik adalah A untuk Akhlak & A untuk Agama .. insyaAllah, kalau betul didikannya dari awal, akan terbentuk sempurna. Akak, di peringkat awal, diri sendiri pun agak kurang tapi insyaAllah sama2 berubah ke arah yang lebih baik ..