Showing posts with label Masak2. Show all posts
Showing posts with label Masak2. Show all posts

Panas Sejuk ...


Dalam rasa sejuk luar panas.. Panas sejuk debaran tunggu result PMR angah yang akan diumumkan esok..
Sementara tu kita makan ice cream goreng dulu. Favourite me kalau minum2 kat Ali Maju Rawang, tapi harganya agak mahal nak dibandingkan dgn mudahnya nak buat beserta kosnya....
Simple & easy... Just ambik dua keping roti, me guna gardenia, roll bg nipis, letak satu scoop ice cream atas roti pertama pastu lapiskan dgn roti kedua, gunakan cawan/apa2 yang berbentuk bulat utk takan & potong keliling roti, pastu tekan2 tepi roti dgn jari supaya melekat, masuk dlm plastik, & masukkan dlm freezer (tempat beku) selama sekurang2nya semalaman. Goreng dgn minyak yg banyak dan sangat panas hingga kekuningan.. Terus makan... Yummy2..
Mula2 buat me tak confident jadi takut ice cream meleleh dlm kuali, buat 6 piece shj... Sekali goreng selesai. Rakyat rumah ini amat berminat dgn ice cream goreng ini...
:)

New Gadget


teruja tgk gadget2 dari jepun kat blog Hana Family

Raya haji lepas terjumpa kat BWY Chow Kit, & smlm berjaya merasmikan

wpun kurang menjadi seperti resepi asal tapi cantiklah pulak

Teruja tgk mold cantik2 rakan2 blogger masakan.  Me berjaya cari BWY masa cuti raya haji lepas, tgk harga reasonable, terus beli.  Balik nak try, eksyen tak nak guna resepi kat dlm kotak, sekali jumpa resepi roti warna warni dari blog Hana Family, try malam tadi, color dia kurang menjadi tapi macam lorekan la pulak, cantik & sedap

Ingredients :

  • 250 g high protein flour
  • 30 g sugar (next time me perlu kurangkan sikit - agak manis)
  • 20 g milk powder
  • 6 g instant dried yeast
  • 1/2 teaspoon salt
  • 1/2 teaspoon dough softener
  • 2 egg yolks (telur biasa tinggal 1 biji jer, so satu lagi guna telur ayam kg .. okay jer)
  • 130 ml fresh milk
  • 30 g butter
  • Food coloring : pink, yellow, green - me cuma guna pink & green, satu lagi tu tak color
  • me tambah - bread improver (kalau rajin buat water roux lagi baik)

Method : (Breadmaker method)

  • 1. Pour fresh milk into the breadmaker pan. Add in salt, sugar and egg yolks
  • 2. Top it with sifted flour, dry yeast, milk powder and dough softener.
  • 3. Set the Breadmaker to Dough function.
  • 4. Once the dough is just combined, add in butter and leave the Breadmaker to continue doing it's job. This process will take about 1 1/2 hour including prooving.
  • 5. Remove dough from BM and punch down to release the air. Cut the dough to 6 portions. Add a bit of food coloring to the dough. 2 doughs for 1 color (part ni a bit fail may be sbb me guna color water base kot). Make into round balls and leave to rest for 10 minutes.
  • 6. Roll the dough flat. Place one color on top of the other to form 3 layers. Roll like a swiss roll and place in the well greased tin. Repeat the same procedure with the other 3 balls.
  • 7. Leave to proof till double the size.
  • 8. Bake in a preheated oven at 180 C for 40 minutes or so.
  • 9. Once out of the oven, brush with butter.

Kuchai bunga goreng daging berlada




Pergi pasar masa Aidil Adha ke2, nak beli daun sup dan cili merah, mak aiiii .. tak de walaupun me pergi awal pagi.  Cili merah tu yg adapun dah lemau, week before dah tau naik harganya dah sampai RM20 per kg, akhirnya terjumpa juga sikit2 kat penjual yg tanam sendiri, murah pulak tapi beli sikit2 dari beberapa penjual.  Pastu misi mencari daun sup, akhirnya cuma sorg penjual sayur yang dok kat ceruk pasar, tinggal pun tak byk.  Me rasa ramai yang beli in bucks bawa ke surau atau masjid untuk kenduri korban.  Tiba2 mata ternampak bunga kuchai, before this me pernah nampak resepi bunga kuchai in kat few blogs.  Teringin pulak nak rasa, terus beli.  Resepi masak sayur biasa me kawankan dengan daging korban yang kekanda bawa balik, tapi tulis jugak untuk tatapan anak2.  Mana tau ada yang terpaksa duduk jauh dari mama nanti, nak masak cari jer dalam blog mama hehehe...


Resepi Bunga Kuchai Goreng Daging Berlada

Bahan2:
Bunga kuchai, Daging, Capsicum traffic light, lada hitam, sos tiram, bawang besar, bawang putih & sedikit minyak

Cara2 (masak dlm api kuat & cepat):
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar, masukkan daging, bila daging masak (hilang warna merah) masukkan sos tiram, pastu serbuk lada hitam kacau hingga air hampir kering, masukkan kuchai dan capsicum, kalau perlu masukkan garam (me tak masuk sbb sos tiram dah masin), tutup api bila kuchai dah masak (tak perlu layu) .. sedap di makan panas2.  Anak2 me yang tak minat sayur pun teruja .. siap berebut2 coz kuchai bunga ni ada rasa bawang sikit ... ermmm yummy2

Pulut Serunding Ikan

 

pulut serunding
 Teringin nak makan pulut sambal. Me pernah makan pulut sambal paling best beli kat Kuala Kedah. Now tak tau ada lagi ke tak. He3 melalut ke Kuala Kedah la pulak dgn mood nak raya haji nie. Ermmm godek2 peti ais jumpa serunding ikan, pulut susu yang bawa balik dari kampung raya hari tu ada lagi, rendam mlm tadi. Pagi ni kukus buat pulut lemak (kukus sampai masak, pastu gaul dgn sedikit santan pastu kukus semula 5-10 min sampai pulut berkilat), pastu kepal2kan buat ball & golek2 dlm serunding ikan ... Sangat mudah & sangat sedap.


Pulut ikan masin & pulut serunding
 Sebenarnya bila kukus pulut ni, banyak permintaan, En Suami minta pulut makan dgn pisang, me tak suka manis, so makan dgn ikan masin so separuh drp pulut yg dikukus diasingkan sblm letak santan.  Pulut gaul dgn kelapa+garam makan dgn ikan masin amat menyelerakan.  Gambar pulut pisang takde, pulut kukus yg sama, diletakkan santan+garam, pastu makan dgn pisang mas macam makan pulut mempelam ... ermm segalanya pulut semalam ..

Ayam Grill Madu



My cousin cakap Ayam Golek versi Dayang Senandung
Selalunya kalau me beli ayam, semua me minta cut in pieces tapi hari tu sengaja minta sekor jangan dipotong utk buat ayam grill.  Dont play2, seminggu punya ration ayam at least 4 ekor (he3 S size).  Since Mr E selalu complaint tak sempat lunch & selalu lunch makan biskut, me bekalkan dia kasih sayang food for breakfast and lunch.  So malam2 me main masak2, masuk peti ais pagi bangun panaskan and buat simple breakfast (too early to eat at home).  Sebenarnya me lebih terikut2 blog2 kekawan yg dok overseas bekalkan the husband food.  Kat sana may be sebab susah nak dapatkan halal food, but to me its practical.  Jimat masa dan duit and masa selebihnya boleh take a nap kejap.  Me pun tumpang bawa bekal juga walaupun kerja dekat coz malas nak keluar balik ke rumah tengahari, panas boleh menyebabkan saya cair migrain and kurang focus pada kerja.  Eh melalut ke bekal la pulak .. sebenarnya nak cerita kenapa weekly shopping barang2 basah kena banyak.

Okay back to honey grilled chicken weekend lepas .. lets look at the recipe..

Ayam Grill Madu
  • 1 ekor ayam size M
  • 1 kiub ayam
  • 3 sudu besar kicap pekat manis
  • 3 sudu besar sos tiram 
  • 2 sudu besar sos mee goreng (me guna pes Char Kuey Teow he3)
  • 3 sudu besar madu
  • 4 ulas bawang putih(tumbuk)
  • 1in halia(tumbuk)
  • 1 sudu kecil lada hitam 
  • Sedikit olive oil
Cara-cara
1.  Bersih ayam. Kemudian gaul dengan semua bahan-bahan di atas.
2.  Perap 30 minit atau lebih (Lina perap semalaman, me perap sejam stgh).Kemudian bako dlm oven suhu 180 darjah selama 1jam
3.  Lina lapik alumium foil atas dulang pembakar (me tak lapik pun he3) , letak ayam.  Lumurkan sedikit myk(olive oil)
4.  Curahkan sekali air lebihan perapan ayam tadi ke atas ayam. (me panaskan balik air perapan tu sampai pekat baru curahkan separuh kat atas ayam - suka ayam tu nampak garing & berminyak)
5.  Selepas setengah jam, terbalikkan ayam dan simbah ayam dengan air perapan dalam dulang, (sebab kuah yg me curahkan tu pekat, takde lebihan tapi me curahkan baki air perapan yg dicurah no 4) supaya ayam tidak kering.

Hasilnya sangat superb ... kalau makan dengan nasi ayam pun okay.

Homemade Penang Char Kuey Teow...

One of our fav kalau makan kat luar is Char Kuey Teow. Teringin nak menghidangkan air tangan sendiri, pernah beli pes CKT dari penjual CKT kat pasar malam. Tried tapi tak memenuhi selera, last sekali google & jumpa resipi kat internet. Alhamdulillah, 1st time buat habis 2 pack kuey teow, me & my maid sorg sepinggan, lebihnya Mr E... mula2 semangkuk penuh, pastu minta lg, sbb CKT ni kena cook & serve immediately, masak sekali lagi utk dia.. Ermm taste macam yg selalu makan kat kedai CKT. Pes CKT ni masih byk lgWill paste the recipe later.

Resepi Char Kuey Teow
Sumber : http://www.kakinakl.com/2011/10/resepi-penang-char-kuey-teow.html



Bahan-bahan Untuk Paste (me buat 3x & simpan dlm peti ais)

  • 200 gm udang
  • 250ml air
  • 4 ulas bawang putih di ketuk
  • 6 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu kecil  kicap pekat
  • 3 sudu besar  kicap manis
  • 1 sudu kecil petis
  • 2 sudu besar pati ikan bilis / pati udang
  • 2  sudu kecil  garam (me tak letak, kalau kurang masin kemudian masa goreng letakkan)
  • 1 sudu kecil gula

Untuk Mee

  • 300 gm kuey teow
  • 1 sudu besar cili boh
  • kerang
  • sedikit kucai & taugeh
  • 2 biji telur

Cara-cara

1.  UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jangan buang....

2.Campurkan semua bahan unutk paste dengan air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat (KIna buat cair, me masak lama sket bagi pekat).  Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.

3.UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4 sudu besar paste tadi. Masukkan udang yang telah direbus tadi dan  kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.

4.Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min jer, pastikan api kuat semasa memasak.

5.**Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yang direbus memang depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tapi petis kena tambah lagi, jadi 1 sudu besar. Paste ini juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tapi kalau rasa cam tawar leh adjust eh..

Bagi me & Mr E yg hantu Char Kuey Teow, resepi ni perfect .. hehehe

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bingka Ubi aka bengkang



my bingka ubi
 Mr E & Angah's favourite.  Teringat zaman dulu2 kat kampung kalau membengkang (membingka), guna dapur minyak (api sederhana) dan diletakkan bara sabut diatas periuk besar.  Pastu acara memarut kelapa fresh, dan memarut ubi sebesen besar.  Zaman sekarang terlalu mudah, nak dgn tak nak.  Sudahnya jadi terlalu selesa membeli.  Sukar mencari yang mengikut citarasa sendiri sebenarnya ..

Me google resepi utk pastikan sukatan yang hampir sama dgn yang biasa my mak buat.  Inspirasinya dari cikmanggis .. thanks kerana sudi berkongsi.  Tapi disebabkan loyang me 7 x 7, me sesuaikan dgn keadaan dan me tulis apa yang me buat ..

Kuih Bingka Ubi Kayu
(Loyang 7 x 7)
 
Bahan-bahannya:
3 cawan ubikayu parut
90-100 g gula (me buat kurang manis, byk yg me kurangkan dari resipi asal)
1 1/2 cawan santan pekat.
1/4 tsp garam.
75 gm butter
2 biji telur.
2-3 titik pewarna kuning telur

Cara-caranya:
Gaul semua bahan2 di atas hingga sebati.
Tuangkan kedalam loyang 7 x 7
Bakar level paling bwh 180c, 45mins-1jam @ hingga masak , pindahkan ke bhg atas/ tgh bakar lg 10-15 minit supaya bhg atas garing keperangan..
Biarkan sejuk (abt 3 hrs) baru diptg.  

Gambar di atas adalah sebaik sahaja dikeluarkan dari oven.  Gambar dipotong tak sempat ambik sbb sebaik masak dah 1/3 bhg dimakan oleh Mr E dlm keadaan bingka lembik.  Pagi tadi tengok dah tinggal 1/3, kelam kabut nak masuk office tak sempat nak posingkan bengkang yang dah bengkok.  BTW my sis dah janji nak bawa ubi kayu lagi, rasanya sehari dua ni kena buat lagi sebab Angah (her super fav) akan balik petang nie ..

Choc cheese cake & puding marble for late nite's supper





Actually choc cheese cake nie request from puteri Kuala Selangor utk esok. Layan jer lah coz tengah exam. Cheese portion me buat half jer coz dia nak choc cake actually.. Tapi nampak kosong sgt without white line tu. I'll download d recipe later.

Marble pudding tu cuma tinggal color merah & hijau for marble, ada purple blueberry, salah pakai color oil based, jadi pahit pudding tu, so jadi hadiah utk che tong.

Tgh santai2 malam minggu ni, tiba2 Mr E minta for supper.. Inilah hidangannya & a cup of 2in coffee without sugar.. Enjoy dear...

Sorry, bukan puding marble tp puding mosaic .. he2 tgk recipe baru perasan



Mosaic Puddings

Coloured Puddings
7g agar2 powder (I used 10g) - me pun guna 10g
700ml milk
125g sugar (me - next time shd less to 100g)

Yellow coloured pudding
1/4 tsp pineapple essense
1-2 drops yellow food colouring
Blue coloured Pudding
1/4 tsp orange essence (I used blueberry)
1-2 drops of blue food coluring
Purple coloured Pudding
1/4 tsp orange essence
1-2  drops of violet food colouring

** me guna green w pandan flavour & red with strawberry flavour
Method
Prepare coloured pudding. In a medium pot, combine agar2 powder & milk. Stir until agar2 powder dissolves.
Stirring constantly, cook mixture over low heat and bring to boil. Add sugar & stir until dissolved. Remove from heat & divide into 3 portions in separate moulds. Stir in essence & food colourings separately in each mould to form different coloured puddings. Leave to cool & chill to set. When set died puddings into 1 cm cubes.

Vanilla Pudding
7g agar2 powder (I used 10g) - me pun guna 10g
750ml milk
150g sugar (me - next time shd less to 100g)
1/2 tsp vanilla
2 egg yolks , briefly whisked

Prepare vanilla pudding. In a medium pot, combine agar2 powder & milk. Stir until agar2 powder dissolves.
Stirring constantly, cook mixture over low heat and bring to boil. Add sugar, vanilla & egg yolks. Stir until sugar dissolves. remove from heat and fill moulf wih mixture up to 1/4 full. Sprinkle coloured pudding cubes. Leave to set briefly before laddling more vanilla pudding and topping with coloured pudding cubes. Chill to set.
Unmould & garnish as desired

utk Kek Choc Moist sila rujuk http://bakery2embroidery.blogspot.com/2011/09/kek-choc-moist-lapis-keju-kukus.htmlMe belum blh masuk my komen coz me dah buat versi derhaka, me cuma buat half cheese layer, so layer putih tu jadi nipis sgt .. & tak sempat buat topping pun .. tapi keknya sangat sedap.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Resepi - Macaroni goreng & Puding roti marble

Ini entry khas untuk rakan2 yg tanya resepi me copy paste dari source untuk future ref ..



Macaroni Goreng
- dari blog Che Mat Gebu

BAHAN-BAHAN
150 gram makaroni yang belum direbus (me pakai 1 packet)
1 keping daging burger, dihancurkan (me guna daging ayam kisar Ramly - now in block)
15 pokok daun kuchai, hiris kasar
1 biji bawang besar, dadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos cili
1 1/2 camca besar sos tomato
1 camca teh jintan manis, tumbuk hancur (mat guna serbuk) - me tak masukkan
1 cawan air
Garam secukup rasa
Cili merah, dibuang biji dan didadu kecil (me guna capsicum traffic light)

CARA
  1. Rebus makaroni dalam air mendidih bergaram hingga lembut, toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, tambah cili kisar, jintan manis dan tumis hinggga garing. Masukkan daging dan kacau rata.
  2. Tambah sos cili, sos tiram dan sos tomato. Kacau rata dan tuang air. Biar mendidih dan daging masak. Masukkan makaroni dan gaul. Tabur kuchai dan kacau rata. Tambah garam secukup rasa. Ok, boleh matikan api.
  3. Tabur cili merah yang telah didadu tadi sebelum dihidangkan - (me tabur cheddar cheese bila nak makan & can microwave 30 mins)
 Puding Roti Marble
- dari blog Hana's Family

Bahan-bahan

  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 10gram serbuk agar2 @ sepeket
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkan (me guna 190g)
  • 2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air
  • 2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco - me guna choc emulco
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
  5. Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
  7. Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.

Macaroni goreng & puding marble ...


My kid fav - pasta goreng. This time try buat macaroni. Add on some cheese & msk microvawe 30m before served .. Walla menjadi. Asalnya nak buat baked macaroni, tapi tak sempat dah tinggal sikit, semua tak sabar2 nak makan ... Next time kena buat diam2 dah siap baru btau.

And marble pudding, 1st time buat utk office potluck. A bit sememeh but taste .. mmm yummy2. Ini 2nd time buat & balance dari yg hantar kat angah. Choc portion terlebih & amat sedap. Creamy...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Barbie-q awal tahun

Lagi entry tertangguh.  Entry sepatutnya masuk awal January .. sekarang awal March suda .. nasib baik tak buat hujung tahun terus.  Apapun ini antara aktiviti2 family yang ingin diabadikan dlm blog kesayangan (lah sgt).  

Cuti awal tahun, semua orang keluar kota, tapi kesesakan di highway membuatkan kami mencipta aktiviti sendiri.  Barbecue dgn family member..

ermmm yummy yummy

pak usu melayan anak2 buahnya

oppps aku punyer la

amboi mak long & pak long
Kesimpulannya : - hepi seadanya walaupun tak gi jalan mana2

Me and my bread maker

Entry tertangguh Aidil Adha & birthday Taufiq terpaksa ditangguhkan sbb gambar byk sgt & belum diedit .. nanti masuk blog besar sgt. hehehe.. teruja nak tulis pasal gadget aka tukun baru ...

...
..
.
yeah .. setelah berlama2 berangan
me just purchased my 1st bread maker
.
..
...

Kenwood BM250
hajat hati tinggi sgt, nak beli noxxa - Amway coz, oven kat rumah comel sgt. Tapi bila mengingatkan penyakit hangat2 T ayam me, cukuplah dgn yg nie...
.
taraaa.. hasil pertama yg amat membanggakan. Org lain start dgn white bread, me start buat dough dulu .. coz teramatlah teruja dgn resepi Che Mat Gebu. Alhamdulillah percubaan pertama tidak mengecewakan. Malam ni baru nak try whitebread mcm resepi BM.
.
Actually buat roti smlm sementara menunggu lauk utk dinner sampai
hidangan istimewa dari Kuantan
...
..
.
Patin Buah Asam Tempoyak
(yummy..yummy..yummy)
.
... alang2 Mr E ada kerja kat Kuantan Me orderlah my favourite patin asam tempoyak .. kebetulan pulak dia jumpa patin buah asam tempoyak kat kedai patin pak ayob yg di cadangkan oleh my fren SN .. apa lagi berpeluh2 la semalam. Siap frozen lebihan kuah utk tambah isi this weekend .. memang sedap.

Jalan2 Ramadhan

Sat 21 August 2010, hubby ada training dan terus berbuka kat IOI, so me bawa kakak & Taufiq keluar jalan2 cari pasal kat Jalan TAR. Hajat beli baju melayu Luqman, alhamdulillah jumpa exactly colour yg dicari. Kakak nak berbuka kat KFC tapi kedua2 outlet pertama & Jln TAR penuh. At last, naik sogo, berbuka kat Restaurant Siang (the only one yg tak penuh). Food not bad but terlalu byk la .. ambik set for two, makan 3 org tak habis, siap boleh pack bawa balik sahur lagi. Taufiq suka makan kat sini coz ada aquarium kat dinding rest .. errmm lepas raya boleh dtg try the dim sum pulak...
Taufiq yang amat berselera, siap makan dgn tangan lagi.
...
Next day, Sunday, sessi mencari baju the girls & Me pulak. Inilah padahnya last minute tukar planning family theme. This time bergerak ke Shah Alam pulak. As usual the kids dgn perangai masing2 .. gaduh & merajuk .. letih agaknya bulan puasa. Dan hasilnya ...
tara.......
..
..

angah pose dgn baju raya

surprise .. kakak yg pilih baju penuh labuci ni

& the girls

Tak kisahlah baju raya kakak & adik dah basi, coz raya nanti tak sempat dah nak posing baju raya .. sibuk dgn ketupat & lauk pauk. Banyak planning tapi cutinya sekejapan sahaja .. entahlah.
...

dan menu berbuka minggu lepas yg sempat di snap

kurma daging yg kekeringan kuah
...

daging masak merah

Ramadhan Day 4

Sudah masuk hari ke empat puasa. Rasanya macam baru semalam countdown untuk menyambut Ramadhan. Intai2 kerja orang dapur di hari ke 4.
.

Sup Telur Puyuh & Cendawan
...
Resepi tumis air yg simple untuk orang yang mengadu tak sedap perut. Bila mendidih masukkan bahan utama telur puyuh rebus & cendawan. Me masukkan tofu & fishball (sesuka hati apa yg ada dlm fridge), last sekali bila mendidih, tutup api dan masukkan daun bawang & cili.
.
Bawal Tiga Rasa

Menu untuk anak yang baru balik dari asrama .. esok dah nak balik semula.
.
Resepi Bawal Tiga Rasa

Bahan2:
Ikan bawal (goreng kunyit biasa)
.
Bahan2 A (blend)
Cili
Halia
Serai
Bawang putih
Bawang merah
.
Bahan2 lain
Halia (potong memanjang)
Bawang Besar (potong bulat)
Cili merah @ capsicum
Carrot
Serai (ketuk)
Sedikit daun sup/bawang
garam secukup rasa
air asam
.
Tumis serai dan halia, masukkan bahan A yg telah diblend, kacau sampai rempah masak, masukkan air asam dan garam secukup rasa, masukkan bawang besar, carrot dan cili merah/ capsicum, kacau sekejap, matikan api dan masukkan daun sup/bawang. Sedia untuk dihidang.
.

Kerabu Mangga dan Daging Bakar

Resepinya dari blog Tertunailah Hasrat Hati - Kak Ina KL (kak ke? he3)

Saya suka resepi dari blog ni .. selalunya tak mengecewakan.

Daging Bakar
Me just marinate 15 minit dgn Sos Life oriental dan sedikit kicap manis pastu bakar.
.
dan lawannya air asam.
.
Me start masuk dapur jam 6 ptg .. rasa mcm tak sempat jer. Nasib baik, ngam2 jam 7.15 semuanya selesai termasuk shooting .. he3. Pastu yang kat dalam sinki macam tongkang pecah tu biar maid la pulak selesaikan. Yang bestnya semuanya berselera dan tinggal sikit jer untuk sahur. Alhamdulillah tak membazir, penat tapi puas hati tgk anak2 & Mr E makan berselera.

Ramadhan Day 2

Ingin kembali aktif tapi tak tau kat mana nak start. Sawang2 dah dicuci, lantai dah mop, dinding masih dgn cat lama tapi rasanya still cantik .. nanti2 boleh touch up.
.
Lets start with makan2 & recipe ..
.
Day 1, menjelajah pasar Ramadhan.. beli lebih kurang.. tapi selera tak menepati tekak. So Day 2, bermulalah sessi main masak-masak semula...

Gulai Ikan Kembung & Bendi
(teruja dgn posting my fren kat fb)
.
Hati Lembu Goreng Jintan
Resepi dari blog Lady of Leisure .. mmg ummph
tapi bila buka semula nak link to the entry dia tak jumpa pulak.
Me tulis semula
.
Resepi Hati Lembu Goreng Jintan
.
500 gram hati lembu (dipotong)
2 tangkai serai (diketuk)
1 inci halia (potong mancis)
1 biji bwg merah (blend)
2-3 biji bawang putih (blend)
sedikit jintan putih, jintan manis & ketumbar
2-3 tangkai cili merah & hijau
5-10 biji cili padi (belah dua - me tak letak)
1 biji bawang merah (potong bulat)
2 sudu besar kicap pekat manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar cili kisar
garam secukup rasa
.
cara-cara:
Tumis serai, halia, jintan manis, jintan putih dan ketumbar hingga wangi. Masukkan bahan blend(me tumbuk jer) dan tumis lagi sampai wangi. Masukkan cili kisar dan gaul sampai rempahnya garing. Masukkan hati lembu, goreng sehingga hati masak (keras). Masukkan cili hijau, cili merah, bawang, kicap pekat, serbuk lada hitam, cili padi dan garam. Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan. Hmm nyum nyum nyum .. thanks Lady for sharing.
.
ikan bakar
this time me bakar tawar - kata org Kedah
just lumurkan ikan tu dgn asam utk hilangkan hanyir
pastu terus masuk oven
.
.
dan terakhir air asam .. fuhh menyelerakan wpun simple



Steamboat & Asparagus Goreng Belacan

Dah lama 'ter'admire kat multi purpose cooker, tapi tak de good reason nak tambah tukun kat dapur. Tiba2 terjumpa satu at reasonable price & size ... yesss... Senang kalau travel especially kalau musim hujan.
.
Today awal Muharram secara rasminya merasmikan my multipurpose cooker dgn steamboat.
.
Resepi Steamboat Me
...
.
Sup
Tumis bawang putih
Masukkan air, tulang ayam & halia
Rebus tulang ayam dlm tempoh 1-2 hours
Utk sos hitam, me gunakan sos Lee Kum Kee (yg ada gambar perempuan mendayung)
Utk sos merah, blend cili merah, bwg putih, cuka, sos ikan, gula, garam
(tapi this time me gunakan sos bwg putih ayamas)
...
Bila sup dah siap masukkan kuah(tanpa ayam) sahaja ke dalam multipurpose cooker (B4 this me gunakan rice cooker). Untuk bahan2 steam boat selalunya me beli ready made fish ball yg mcm2 perisa, crab meat, hot dog, udang (penting utk maniskan kuah), sayur bayam, fucuk, mushroom etc.

...this is my 1st bowl .. had few rounds of this, plus nasi goreng cina (tak sempat ambik gambar) ..
puas hati buat sendiri sbb boleh pilih apa yg nak
and
Asparagus Goreng Belacan
Resepi simple
Sambal Belacan : Blend cili padi with belacan, air asam jawa, bawang putih, gula & garam
Masak dengan api yg kuat : Tumis bawang putih, masukkan sambal belacan, pastu masukkan asparagus, then bawang besar yg dipotong.. yess dah boleh makan
.....

Depaavali 2009 & penutup Syawal

As requested by my kids, Sabtu lepas, me organized makan2 for the kids & their primary school teachers. Sambil2 tu me jemput jiran2 4,5 family yg close. Gambar2 semuanya di snap by my eldest (baru2 belajar ambik gambar .. still malu2) .. itupun dah hampir petang baru dia sempat ambik gambar. Gambar my neighbours & some of their fren tak sempat ambik.
.
... dan inilah hasilnya...
..
..
The Food :
Nasi Briyani
Ayam Kurma
Laksa
Bubur Kacang
Kuih2 & Buah Nangka
(my neighbour bagi - thanks)
.
Antara Cikgu yg dtg:
Puan Siti Rohana (left) & Puan Rozimah (right)
.
frenz
.
frenz
.
frenz.. borak borak borak sampai lupa makan
.
Overall .. I'm Happy to see my kids happy

My 1st Briyani & my sis's Dalca

Mr Hubby dah lama request utk nasi briyani, semalam(02.08.09) baru dapat buat.
Kebetulan family masih ramai kat rumah.
And Angah pun last day b4 balik semula ke hostel.
So mereka semua menjadi org2 yg bertuah merasa my 1st briyani.

My 1st Briyani

Bahan2:
4 packet perencah nasi briyani maggi
(1 pack utk 4 org makan)
8 pot beras & 8 pot air
(me guna my normal jasmine pearl)
1 ekor ayam sederhana
(cut into 16 pcs)
8 sudu minyak sapi
Bawang putih & merah yg di racik utk menumis
sedikit air panas untuk rempah
..
Campurkan semua perencah nasi briyani maggi dengan sedikit air panas bagi menghasilkan rempah pekat, masukkan ayam dan gaulkan rata, biarkan lebih kurang 10 minit. Panaskan minyak sapi, tumis dgn bawang hingga kekuningan, masukkan ayam bersama2 rempah tadi .. kacau hingga ayam separuh masak. Keluarkan ayam, masukkan air & beras & masak dalam rice cooker sehingga mendidih & air hampir kering, masukkan kembali ayam dan tutup ayam dgn nasi/beras dlm rice cooker .. continue masak till cooker off. After 10 mins @ keep warm, you can serve your briyani.
Note : I did not follow strightly the pack instruction as my hubby love to have the chicken inside the rice.

My Sis's Dalca
Bahan2:
Kacang Dal (rendam 1/2 jam)
Ubi kentang (potong dadu)
Terung (potong besar)
Kacang panjang (potong 1 in)
Carrot (potong 1 inch belah 4)
Buah Tomato (potong 4)
Chili besar
Rempah kari daging
Sedikit Ayam (potong kecil bhg bertulang)
Bawang & minyak untuk menumis
air
..
Tumiskan minyak sampai bwg kekuningan, masukkan rempah kari yg telah dibancuh, masak till naik minyak, masukkan kacang dal, ayam, ubi kentang & carrot bersama2 air, masak hingga mendidih dan ubi separuh masak, masukkan kacang panjang dan cili, bila ubi telah betul2 masak masukkan buat tomato. After abt 3 minutes, dalca is ready to be serve.
Note : Sesuai juga dimakan dengan roti canai atau roti putih
Hmmm yummy yummy. I set aside 1 small tupperware utk Angah bawa balik hostel, after prep, she called, katanya, kwn dia tanya beli kat kedai mana .. mmm best. Tapi komen yg paling best is from dear hubby - mcm ni boleh invite his fren to try .. hehehe what a compliment. Semangat berapi2 nak mencuba menu2 baru (time tu jelah).

Cerita hari Sabtu

Seawal 6.15 pagi mula .. 7.30 siap (wow ...)
.
lemak ikan masin, goreng ikan masin, ulam2 & sambal belacan
pkl 8.30 pergi ambil rendang kat kedai siap bfast kat situ
.
Pkl 9.15 baru gerak ke sekolah ..
tgh jalan as usual membebel sbb abah lambat
tapi bila sampai ma kena bebel balik
sebab
.
programme start with talk on buli
hehehe abah tak suka dengar ceramah
cukup dgn bebel mama
.
habis talk baru start gi hostel makan with the student
..
mak aii banyaknya makanan
..
lepas tu
.
barulah sessi mawaddah .. see anak abah
she didnt get the result she expected
but to me & abah ..
good for a start tapi kena slow down other xtvt.

Permintaan Anakku

Esok ada program Mawaddah kat Kusess. Nama cam sedap jer .. ala2 Arab tapi sebenarnya sessi ambil result yg dah terbocor. Kebetulan parents nak datang diaorang buat sekali open hostel siap ada makan2. Anak manja mama sorang ni dengan bangganya telah menyanggupi mamanya untuk membuat ........
..
..
..
..

Rendang
.
.. mak aiii utk 20 student + mak ayah = minima 60 org makan tak kira hadek beradik lagi.. utk keselamatan kena buat utk sekurang2nya 75 orang. Agaknya dia teringat rendang yg mama buat masa farewell Std 6 tu. Pengalaman & peralatan yg mama ada cuma utk 3 ekor ayam jer maksima. Pastu kena ada kat sekolah seawal 9 pagi. Dengan kerajinan yg tidak seberapa, maka mama telah ambik jalan pintas meng'order' dari satu kedai tempat mama selalu breakfast kat Bt 16, Rawang .. sebab telah terbukti kesedapannya.
.
As usual, anak mama sorang ni memang tak senang duduk kalau mama tak menyumbangkan tenaga mama. Dengan nada sayu (anak dok kat hostel .. mesti mak kesian) .. ada pula permintaan untuk makanan kegemarannya.
.
Permintaannya........
masak lemak ikan masin dan nenas
.
Sapa pulak mama nak order lemak ikan masin hari ni utk ambik pagi2 buta esok .. hmm terpaksalah mama buat sendiri .. wahai anakku.
.
P/s Gambar sumbangan Encik Google dari internet .. I'll upload hasil tangan saya & kedai setelah segalanya selesai.