Showing posts with label Syafiqah. Show all posts
Showing posts with label Syafiqah. Show all posts

Sangkaku Ujian rupanya Hikmah di Awal Hijrah Penghujung Masihi



Me agak jarang menulis mengenai Luqman, bukan menyisihkan tapi sebolehnya me tak ingin ceritanya dipandang sebagai simpati.  Pada me  Luqman punya kekuatan sendiri tapi seringnya bila kekuatannya ditonjolkan camera tidak ready.  Kali ini berjaya juga merakamkan sweet moment anak bongsu me.

Pembantu Me balik kampung untuk menziarahi keluarganya 2 minggu bermula Selasa lepas.  Asal perancangannya kakak2 menjaga adik manja Luqman, Mak sanggup menjadi org tua yg mengawasi mereka walaupun mak tak mampu mengawal keaktifan Luqman.  Isnin Mr E cuti, me hantar maid ke airport terus ke Senawang atas urusan kerja, balik agak lewat, katanya Luqman mengamuk seharian mencari kakak.  ermm hurmm ...

Esoknya seperti biasa me masak dan tinggalkan utk mereka, Luqman nampak okay with kakak.  Tengahari Me balik rumah everything goes as per plan.  Petangnya me dah beritahu, lepas ofis me nak pergi beli groceries yg dah habis, weekend tak sempat, Mr E teambuilding Sabtu & Ahad, Ahad pagi me ada tetamu, Isnin me bawa pembantu membeli barangan & buah tangan utk keluarganya .. So melihatkan keadaan yg tenang di pagi dan thari, me terus ke Giant, Mrs  E msg btau balik lewat .. ermm okay.  Sampai jer kat rumah, mak tgh baring, dgn anak2 me mengawasinya.

Rupanya mak jatuh ditolak Luqman dari belakang petang tadi sewaktu mak kat luar dan tak boleh berjalan.  Alahai dugaan, rasa bersalah pun ada sebab adik Me yang menjaga mak selama mak sakit sebelum2 ni macam menatang minyak yang penuh, dari sakit terbaring di hospital sampai mak mampu bangun dan berjalan ke sana dan ke sini .. sampai jer di rumah ni sehari dah jadi begini.  Kesal pun ada, tapi mak ke sini atas permintaannya sendiri, ingin mengawasi cucu2, sekarang ternyata jawapan pada detik hati untuk menolak permintaan mak asalnya tapi tak tersebut dek lidah.  Me berusaha memimpin mak untuk ke kereta utk bawa ke klinik utk x-ray tapi mak sakit sangat untuk digerakkan.

Hari sudah gelap, Mr E yang janjinya balik jam 8 belum nampak bayang, terlupa perut yang belum diisi dari tadi, terus me keluar sendiri, mengintai satu demi satu klinik di pekan Rawang, mana2 yang ada doktor sanggup datang ke rumah tapi hampa.  Terpaku sekejap dlm kereta dengan air mata yang meleleh tanpa sedar bersama hujan gerimis kat luar kereta, sungguh sedih, hampa, helpless, kesal, rasa bersalah dan 1001 perasaan.  Tiba2 datang suara, kenapa tidak aku tidak ambik saja dulu ubat tahan sakit dan ubat2 berkaitan.  Kalau jatuh risikonya mungkin bengkak, pressure, etc.  Terus me ke family klinik me, jumpa Dr dan minta nasihat ubat yang perlu sementara menanti esok .. akhirnya diberi ubat tahan sakit & ubat bengkak.  Cukuplah dulu utk mlm ini.

Balik bagi mak makan & makan ubat, pimpin mak dalam kepayahan pindah ke bilik atas (agak selamat dari keaktifan si comel sbb bilik bawah adalah tempat selesanya).  Akhirnya mak tidur wpun sakit.  Me tau mak lebih sakit dari yang ditunjukkan tapi mak tak nak menunjukkan kesakitannya sebab kesian kat me.  In fact bila adik dan mil me call pun mak tak cakap dia jatuh.  Siap cerita dia masak lagi .. thats my mum.  Next day me nekad, walaupun tugasan segera menimbun, me msg my boss & tell him i'll be on EL two days.  Nasib baik dia faham .. alhamdulillah.   Selepas itu dengan penuh rasa bersalah me msg beritau adik me cerita sebenar .. alhamdulillah sekali lagi dia faham.  Misi seterusnya selepas menjalankan tjawab sebagai ibu pada anak2, me bawa mak pergi x-ray, alhamdulillah sekali lagi tiada yang patah, cuma hentakan pada tulang pinggang.  Balik dibekalkan ubat2an yang perlu.

Luqman masih meragam, walaupun anak2 membantu ,me nampak keadaan macam tidak menyebelahi me, keadaan rumah berterabur, ditambah badan yang penat sejak weekend tak rehat, sesekali ingatan pada kerja ofis yang urgent dan Mr E dgn kerjanya yang tak mampu balik awal menambahkan tekanan dlm diri ini.  Sekilas hati yang nakal berkata "kenapa aku??" & "kenapa sekarang??" .. astagfirullahalazim .. mengeluh la pulak.

Hari 9 Muharram banyak pesanan dari rakan2 melalui facebook .. semuanya baik2 belaka .. tiba2 pagi 10 Muharram terdetik di kepala .. rupanya yang me sangka 'dugaan' dari Allah rupanya 'hadiah' kasih sayangNya untuk me.  Me tak pernah betul2 berpeluang menjaga mak sendiri semasa dia sakit dulu, sebab kerja, adapun balik sekejap, hanya abang dan adik yang jaga.  Di hari2 terawal Muharram ini, Allah bagi peluang me jaga mak dengan hati yang ikhlas, nasib baik seingat me, me tak merungut, cuma kesal dalam diri sendiri sebab rasa bersalah pada mak dan ahli keluarga yang lain.  Me rasa lebih dekat dengan mak, dapat masakkan mak dan untuk setiap kali waktu makannya me cuba serve ikut seleranya.  Alhamdulillah me rasa walaupun awalnya tertekan dengan keadaan me tenang mengingatkan mungkin ini peluang yang Allah bagi untuk me betul2 fokus masa me untuk mak.

"Hadiah' yg kedua ialah peluang betul-betul mengenali anak2 me dari Kakak, Angah, Taufiq & Luqman.  Kakak walaupun dalam kegarangannya, ada sifat anak sulung yang pelindung dan boleh di harap.  Angah dalam keanak-anakan dia, ada sifat ingin membantu dan sayangkan kakak.  Taufiq masih kanak-kanak dan perlukan perhatian, tapi boleh diharap menemani toknya dan yang paling special Luqman ... let the photo describe..

kerinduannya pada pembantu me merapatkan dia dengan kami

Kembali seperti dahulu .. dia amat sayangkan abah .. see tak nak lepas tgn abah wpun sgt lapar
Cair hati ini melihat adegan2 di atas .... sooo sweet.. :)

Good Luck Angah


Giliran angah menduduki PMR esok 4 Oct 2011. Semoga Allah memberi ketenangan untuk Angah mengingati segala yg dipelajari sepanjang 3 thn di KUSESS dan ketajaman fikiran untuk Angah menjawab semua soalan sepanjang PMR ini dgn betul & tepat dan doa mama seterusnya untuk Angah, semoga Angah berjaya dengan cemerlang dlm ujian ini dan ujian2 seterusnya di dunia & akhirat.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Happy Birthday Angah

Happy 15th Birthday Angah. Semoga Allah memakbulkan segala impian Angah & menjadi hambaNya yg beriman dan anak yg solehah.... Aaamin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

blog anakanda

.

dah besar anak mama
fiqa sudah ada blog sendiri
http://fiqakhairi.blogspot.com/

Air Mata Hijrah & Summer Camp

Air mata Taufiq pada 1 Muharram semasa perjanjian dgn abah
salah satu agenda dalam summer camp
.
perjanjian dgn mama
.
abah masih boleh tersenyum
.
11 tahun yg lalu, di hari yg sama, anak ini baru berusia 18 hari, masih di dlm incubator dgn berat lebih kurang 1.4kg. Siapa sangka anak ini membesar menjadi anak yg sihat dan setiap patah pertanyaannya agak mencabar minda. Inilah pertama kali Taufiq dilepaskan untuk pergi ke kem cuti sekolah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
.
Imbas kembali sblm bertolak ke kem
.

dlm perjalanan
.
Taufiq sebaik nampak mama & abah dtg ambik
.
semasa pendaftaran
.
minum sebentar slps pendaftaran sblm berpisah
.
sblm mama, abah & mak tok balik
.
kakak2 di hari akhir
.
kakak2 slps perjanjian
ada perubahan ker?
.
selepas selesai majlis
sempat mandi manda sekejap
.
Taufiq & Fiqa
.
mak tok
.
view
Impian Resort
Ulu Langat
.

Nuzul Quran with family & jalan2 lagi

Salam Merdeka. Ini cerita long weekend Nuzul quran, Mr E ambil kesempatan bercuti sekali sebab angah balik. So few golden moment has been captured ...
Mr & Mrs E with Kakak & Angah
(Hitam Putih Kehidupan)
...
Ini betul2 golden moment.
Teramat payah untuk ambil gambar me & Luqman coz dia selalu tak nak duduk diam or tak boleh stay di peluk lama.
...
me & angah
...
me & kakak
...

me with angah & kakak
...
me w angah shopping @ Tesco Rawang
.....
...
.
dan
gambar paling mahal
.
...
.....

me & hubby
...
If my readers notice, dah lama me tak ambik gambar full body. Selalunya me publish gambar muka jer. This is bcoz diri sendiri pun tak sanggup tgk gambar sendiri ..
.
Now, I'm proud to announce, dgn makan yg sederhana (me makan nasi tau .. tapi dlm kuantiti separuh) dibantu dgn puasa dua minggu berat me dah di bawah 64 kg. If you've read this diet entry, and for info, berat me bermula dgn 75kg November tahun lepas .. dgn diet biasa berjaya turunkan ke 71.3 sehingga awal bulan April, selepas detox turun 2.8 kg ke 68.5 and last timbang last week mid August about 63.5. Kalau mampu me nak keluarkan 3.5kg lemak lagi from my body before November 13th ... penurunan 15 kg dlm masa setahun di usia 40an tanpa bantuan supplement atau ubat. Yessss .... MERDEKA

Jalan2 Ramadhan

Sat 21 August 2010, hubby ada training dan terus berbuka kat IOI, so me bawa kakak & Taufiq keluar jalan2 cari pasal kat Jalan TAR. Hajat beli baju melayu Luqman, alhamdulillah jumpa exactly colour yg dicari. Kakak nak berbuka kat KFC tapi kedua2 outlet pertama & Jln TAR penuh. At last, naik sogo, berbuka kat Restaurant Siang (the only one yg tak penuh). Food not bad but terlalu byk la .. ambik set for two, makan 3 org tak habis, siap boleh pack bawa balik sahur lagi. Taufiq suka makan kat sini coz ada aquarium kat dinding rest .. errmm lepas raya boleh dtg try the dim sum pulak...
Taufiq yang amat berselera, siap makan dgn tangan lagi.
...
Next day, Sunday, sessi mencari baju the girls & Me pulak. Inilah padahnya last minute tukar planning family theme. This time bergerak ke Shah Alam pulak. As usual the kids dgn perangai masing2 .. gaduh & merajuk .. letih agaknya bulan puasa. Dan hasilnya ...
tara.......
..
..

angah pose dgn baju raya

surprise .. kakak yg pilih baju penuh labuci ni

& the girls

Tak kisahlah baju raya kakak & adik dah basi, coz raya nanti tak sempat dah nak posing baju raya .. sibuk dgn ketupat & lauk pauk. Banyak planning tapi cutinya sekejapan sahaja .. entahlah.
...

dan menu berbuka minggu lepas yg sempat di snap

kurma daging yg kekeringan kuah
...

daging masak merah

Berhari raya di Kusess

- Gambar2 angah berhari raya di Kusess -
...
.. eh budak tak cukup umur (soon to be 10) pun interfrem

Syafiqah's 13th Birthday

Jan 1996, went to clinic, nak ambik ubat demam, P****d shd be around the corner, before ambik ubat tu doc suruh buat test dulu, mana tau kot kot preggy .. sekali, positive. Tak expect langsung that result coz Asyiqin baru abt 7 mth masa tu. Nak adjust life dgn kerenah 1st baby pun tak settle lagi, pulak tu Asyiqin jenis menangis malam dengan Mr Hubby that time jenis 'lelaki melayu terakhir' yang tak sentuh langsung kerja rumah. Immediately lepas keluar klinik call hubby, he is happy, I dah nak nangis .. time tu juga dia promise nak berubah. Hard to believe, tapi, dia boleh berubah sekelip mata. Start dgn tolong buat susu anak sampai la masak his favourite curry, helping me with the kids, berkemas etc. Alhamdulillah kekal till now. Hikmah Allah, my 2nd pregnancy mudah sangat. Bersalin pun mudah, Mr Hubby terpaksa jadi bidan terjun. Doc predicted lambat lagi, masa dok borak2 sambil tahan sakit dlm labour room berdua jer dgn my hubby, sekali terasa mcm nak bersalin, ask him to inform nurse kat luar, nurse baru nak call dr, baby dah keluar. Alhamdulillah semuanya selamat.
Syafiqah masa baru balik rumah
(scanned photo)
..
Asyiqin excited dapat adik
..
Kakak baru 1+ yo nak dokong baby tembam
..
Syafiqah 1 yo .. tgh main PC abah
..
2 yo .. tgh nak melawa kasut w heels
..

3 yo .. we just move to our own house in Rawang
..
3 yo Syafiqah w kakak 4 yo
..
4 yo angah masa kakak's sport day kat kindy
..
6 yo .. masa orientasi nak masuk drj 1
(rasa mcm baru semalam)
..
7 yo .. with Luqman 3-4 mth
..

8 yo with kakak
..
8 yo with Taufiq
..
Syafiqah's 9th bday at PTGC s pool
..
10 yo .. notty
..
10 yo Hari Raya Haji @ Tok Lang's Hse
..

10 yo @ Fraser
..
10 yo @ mama&abah's uni
..
11 years old
..
11 yo with abah @ Genting
..
11 yo .. with kakak & Luqman @ Cameron
..
masa std 6 after UPSR b4 Raya with Nadia AF6
..
.. with Stacy AF6
..

NOW - form 1

Angah yg sentiasa ceria

..

Syafiqah dah 13 tahun, anak mama dah bertambah matang sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Dah tak moody lagi. Be a good girl and jangan lupa Allah. Doa mama untuk Angah, semoga berjaya mencapai segala cita-cita dan impian Syafiqah, semoga menjadi hambaNya yg beriman dan mendapat lindunganNya, anak yg Solehah, murid yang menghargai dan menghormati guru, saudara yang baik dan boleh diharap, sahabat yang di senangi rakan dan rakyat yang berguna.