Showing posts with label me. Show all posts
Showing posts with label me. Show all posts

.. suda 41 tahun la ...

Me typed few entries yesterday, tapi internet slow sgt .. hancus.. masuk blog org lain boleh baca jer, tak leh nak comment. Sound like nak tukar to maxis or digi lak ler.

Okay, back to my birthday .. looks like a normal day .. Mr Hubby kena balik lambat Thursday & yesterday. My eldest merajuk dgn me & me pun merajuk dgn dia coz of Thursday's incident .. & bcoz me merajuk Taufiq pun tak berani tegur me. Angah called Thursday nite but no wish from her ... penawar on my bday cuma Luqman bangun pagi senyum & pastu nak dok kat pangku mama (mak aih dah besyar la bucuk mama). Hmmm looks like anak2 pun dah tak ingat bday mama .. huhuhu sedih. Hmm belum cukup tua tu nak kecik2 ati dgn anak2 .. hehehe tersangatlah mengada2 .. tapi I'm happy sbb dapat byk wish kat fb & here. Kawan2 yg dah lebh 15 thn tak jumpa, even my fren yg dok katil atas (double decker) masa form one pun wish. Rasa meriah sgt kat situ.

Untuk menceriakan diri me, belanjalah diri sendiri ..........
..

tomyam seafood

..

ayam pandan

..

kerabu daging

..

.. dan semua itu me makan sorang2. Yessss me makan sorang.... Sepatutnya ada company farewell lunch tapi me tak ikut sebab ingatkan nak hantar my eldest pergi sekolah, sekali nak ponteng la pulak dia. Malas nak marah2 .. ikut jer la.

Petang, balik kerja baru la my eldest & Taufiq nak ngendeng2 nak wish .. hati mama biasalah cair .. but since abah tak blk lagi .. mama cuma gi McD drive thru balik makan sama2 sambil tgk TV ...

Nampak mcm sedih kan my 41 bday, tapi sebenarnya me happy.. hehehe .. gambar2 di atas diambil dari my bday present tapi disebabkan kat kedai makan & dok sorg2 me tak pakai flash pun .. me beli hadiah untuk diri sendiri .. let me call it as 'black' - my new toy - a phone with 8.1mp camera, beli 3 in 1, hp-camera-mp4 .. and 'black' is from the brand that i never use before .. sblm ni motorola (ni zaman hp mcm botol air budak sekolah), nokia..&..nokia..&..nokia&..&.., pastu few pda's ..O2.. dopod..htc.. pastu back to nokia .. & last sekali this one. Nampak mcm 'black' akan berlama2 dgn me coz dia menepati apa yg me nak .. reason me pilih dia sbb malas nak bawa 2 sekali .. hp & camera .. & most of the time malas nak ambik gambar sbb malu nak keluarkan camera. With 'black' me tak guna flash pun gambar okay .. MP4 agak jarang me guna sbb tak sempat .. tapi sesekali boring2 apa salahnya.

So .. moral di sini .. anda boleh ceriakan diri anda sendiri ...............

Menjelang 41

41 tahun yg lalu, agaknya di masa ni my mum keresahan membawa perut yg sarat, risau apakah dugaan kelahiran anak ke3 ini. As a mum tak kisahlah anak ke berapa, sudah pastinya kelahiran adalah sesuatu yg dinantikan. Kelahiran me ketika mak dan ayah masih tinggal bersama tok. Me merupakan cucu ke 4 selepas kakak(1965), abang(1966), my hubby(1967) and me (1968) .. unik bukan urutan tahun kelahiran kami.. dan itu menjadikan kami agak rapat bersama, main bersama .. bergaduh pun bersama.
Ingatan me pada kehidupan masa kecil hanyalah bermain sekitar kawasan kampung tok yg dipenuhi pokok2 buah sawa, mempelam(mangga), jambu air, jambu batu, belimbing dan cermai. Satu lagi yang me ingat ialah kutip buah nam-nam jiran sebelah rumah tok, Tok Su Wan namanya. Kejiranan dulu amat rapat malahan kebanyakkannya asal kami bersaudara, Tok Su Wan, seingat me adalah seorang tua yg dah tak berapa sihat duduk di atas rumah .. sesekali kalau nampak me atau kawan2, dia akan panggil dan bagi duit atau buah.
Sewaktu me berusia 3 tahun me dapat adik, tapi sebelum tu kami dah pindah rumah sendiri di belakang rumah tok. Me tak berapa ingat tentang kelahiran adik, tapi yang me tau, ada nurse datang rumah .. me takut dan sembunyi balik pintu .. lepas tu kalau orang datang diaorg akan refer to me yg sembunyi balik pintu.
Selepas dapat adik, rasanya kehidupan me lebih bebas sebab mak sibuk dgn adik yg sakit. Selalu masuk hospital. Me belajar menjadi kakak from there. Me still remember semasa ayah hantar me pergi sekolah darjah satu, me suruh ayah balik tinggalkan me sorang sebab takut adik sakit tapi ayah tetap tunggu sampai waktu rehat. Memang me ada kakak dan abang, tapi abang dan hubby me bersekolah di sekolah lain - kononnya anak lelaki sekolah Inggeris, anak perempuan sekolah Melayu. Me dan kakak masa tu agak kurang rapat sebab masa tu kakak tinggal dengan tok (& tok mmg saaaayang sgt kat dia).
Darjah satu merupakan tahun me menyesuaikan diri dgn kawan2. Me tak tau kenapa rasa rendah diri me amat tinggi. Me selalu merasakan diri ni serba serbi kurang. Persekolahan rendah me dipenuhi dgn rasa rendah diri atas kekurangan sehingga me tidak sedar akan kelebihan diri me. Semangat me datang dari kejayaan Pak Lang yang merupakan anak kampung me yang pertama ke England. Semasa pertandingan pakaian beragam, me memperagakan baju yang Pak Lang beli dari London, me berjaya dapat no 1 wpun tak pandai nak jalan (siap cikgu pegang tangan ajar pusing).
Alhamdulillah Sekolah Kebangsaan Gunung telah berjaya mengurangkan rasa rendah diri me sehingga me berjaya masuk ke salah sebuah sekolah berasrama penuh. Tapi rasa rendah diri itu datang semula bila masuk hostel, abt 50% dormmate me anak staff kedutaan Malaysia di luar negara. Me jadi culture shock bila diaorg speaking. Nasib baik classmate me ramai yg same background. Sedari form 1 me dah belajar balik kampung sendiri, kalau cuti raya or cuti biasa naik bas ke Kulim, lepas tu naik bas dari Kulim ke Butterworth, lepas tu ambik bas express ke Alor Setar, lepas tu tunggu bas balik kampung. Kalau cuti semester, kami dapat tiket train .. bas sekolah akan hantar ke train stesyen kat Bukit Mertajam awal pagi, sampai di stesyen Alor Setar ayah dah tunggu bersama2 ayah kawan2 me. Belajar, main, belajar, main .. gossip, kutuk, gaduh etc .. sudahnya sampai SPM .. di sini baru terasa sedihnya nak berpisah dgn kawan2 yg tidur, makan, gaduh, kutuk etc bersama dlm satu compound selama 5 tahun. Lebih 80% kawan2 me memilih untuk keluar negara, tapi upon ayah's request, me tak isi langsung luar negara dalam borang untuk melanjutkan pelajaran lepas SPM.
To cut the story short, me kemudian sambung lagi matrix kat sekolah lama selama 2 tahun. Kali ni dengan kawan2 baru wpun di asrama yang sama dan kali ni me datang dengan semangat yang luar biasa, keyakinan diri me amat tinggi masa ni. Me sudah mula tau potensi diri, ditambah pula kerana me dapat course yang me minat. 2 thn matrix, 1st year & 2nd year .. alhamdulillah result setanding dgn usaha me.
Nak masuk 3rd year, banyak sgt dugaan .... uum sintok delay dan pembukaan semester baru lambat .. so, kami bercuti agak panjang, dan masa tu me kerja part time kat kedai bata .. bila dah nampak duit gaji .. semangat nak belajar dah kurang, ditambah pula dgn cinta monyet yg setengah jalan .. semangat jadi makin kurang bila mula masuk uum sintok dengan keaadaan serba kekurangan. Hostel yang separa, sebhg masih dlm construction, air tak de, panas terik, kering kontang, hostel & akademik jauh .. transport limited, lori hantu .. nak keluar dari kampus susah .. tgh2 tu ada pula yg tersampuk hantu (yelah kawasan tu hutan tegar b4). Dan paling sedih .. huhuhu.. ex-bf me bertunang .. syahdu. Result semester tu adalah yg paling merudum. Semesters after that me try kejar balik .. nasib baik my 1st 2 yrs result dah agak stabil. Cuti nak masuk semester terakhir me kerja kat library uum .. so jarang2 balik.
Masa tu juga, ayah yang merupakan pendorong kuat me, jatuh sakit. Me ingat tak serius, rupanya ayah pergi meninggalkan kami 2 minggu me register untuk final semester. Hitam, gelap, kelam rasanya dunia me. Semua tu kerana kami tak bersedia, segala2nya sebelum ni di bahu ayah. Abang & kakak berenti kerja semasa ayah sakit .. sekarang kami tak de punca pendapatan. Me almost left uni masa tu. Dalam kepala me cuma ingat nak kerja sebagai guru sandaran jer. Luckily my cousin (my hubby) strongly cuba sedarkan me, wpun masa tu hubungan kami tak lebih dari cousin. Kawan2 terlalu byk membantu. Terasa diaorg mcm saudara sendiri.
My family then proposed me dgn my hubby. Hahaha lagi terkejut .. ada nazar rupanya sebelum kelahiran me. Kami tak janji apa2, but we'll try. Bayangkan dari sepupu yg ber'hang''aku' .. we have to try on serious relationship .. lepas grad me mencuba nasib di kl & my cousin still kat Sintok, alhamdulillah me, after 2 weeks here me dpt kerja .. after two years kerja, we decided to get married. Alhamdulillah .. kami selesa bersama .. ada masa tenang, ada masa hujan renyai2, ada masa ribut kencang .. now kami makin matang bersama2 4 org permata kami. Siapa kata dah kenal tak perlu mengenali. It takes time for us to know each other after marriage wpun dah 25 thn kenal sblm kahwin. And now I'm proud to say that arrange marriage actually can work. Kenal lama bukan alasan untuk kita bosan. Now after 41 years we still have a lot to talk to each other, sampai kdg2 kena tinggal anak2 untuk pergi dating. Semoga Allah merestui perhubungan ini.
Back to me's story, I started my career kat centre kl .. after 3+ years move to Selayang, 3+ years after that transferred to Rawang, 6+ years then transferred to Shah Alam .. a year plus there, me resign and dapat kerja kat Rawang, very nearby my house. Keseluruhannya, 41 tahun ini, setiap detik amat bermakna buat me .. me bersyukur pada Allah untuk 41 tahun yang telah diberikan pada me .....and from now on .. tak de toleh ke belakang .. me will continue with my harapan in next entry tomorrow....

pening .. & bertambah pening

Me MC today. Mcm biasa migrain & stress. Actually Dr dah lama advise to go for another round of scan .. rasanya last me buat wave & scan kat Tawakkal more than 10 years ago. My record kat this clinic pun dah almost every other mth me minta injection .. so dah 3 kali rasanya dia advice me. Cuma bertangguh coz nak tunggu hubby free (last time pegi sorg gak) .. & at this age rasanya kalau ada yg pelik2 lebih baik tak tau dari tau.
.. tersangatlah tak laratnya .. lepas balik clinic terus berkurung kat bilik till just now turun nak cari makanan sket .. sekali ternampak Luqman dgn happynya tgh mengerjakan hp abangnya kat depan tv & my maid dok nearby kononnya tgh menjaga Luqman tapi mata kat tv tak sedar semua button2 hp Taufiq dah dicungkil Luqman (his fav kalau jumpa hp or keyboard). Bila me sergah barulah my maid terkejut & ambil hp tu dari Luqman. Leka betul dia dgn tv ... hmm rasanya ada orang akan kena kaunseling nih ... pening..bertambah pening. Apakah me sedang mengharapkan pagar? Me jarang sekat maid kalau nak tgk tv or rest provided cleaning & all selesai .. tapi jgn sampai abaikan anak. What if Luqman terjumpa medicine (read dia nipun suka memanjat & menyelongkar) .. & pagar itu leka dgn tvnya ... omg tak sanggup nak bayangkan. Peningku lagi pening .. siapkah yg perlu di scan.

Anak2 & Umur

Early this week, me start dok sibuk tengok exercise books for the kids especially Asyiqin & Taufiq. They will sit for their final term exam in less than 2 weeks. Next year Asyiqin dah nak PMR & Taufiq drj 5. This year mama really take a break from all tuitions & big exams .. a very long 1 year break for me menikmati my age of 40. Now I start worry .. calling & booking teachers for next years tuition, cari group for Taufiq & cari centre for Asyiqin cos dia reject my proposal private group tuition.
Fikir punya fikir, mak aii.. betullah, I only have this year break from kids exam .. starting from next year
.
2010 Asyiqin PMR
2011 Syafiqah PMR, Taufiq UPSR
2012 Asyiqin SPM
2013 Syafiqah SPM
2014 Taufiq PMR
2015 Luqman UPSR (pray that he recover & can go to normal school)
2016 Taufiq SPM
.
By the time Taufiq SPM, me dah 48 (kalau umur panjang), cepatnya masa dalam kesibukan mendidik anak2. So in next 3 years, nampaknya I might be blogging about kids tertiary education pulak, bila Asyiqin dah habis SPM. Hmm rasa mcm baru semalam sambut baby, bau bedak baby Johnson, usung pampers berbeg2 coz Asyiqin & Syafiqah selang setahun so stock kena banyak, pilih2 susu anak- yg mana sesuai etc.

Cerita hari Sabtu

Sabtu lepas kerja, kids as usual bising nak keluar,
since hubby nak ambil barang kat office,
sekali harung bawa diaorg minum2 area Jln Ampang.
..
Anak abah .. tak puas hati abah sikat .. style org tua2 la konon
..
across the road
..
menunggu
protes la konon .. nak gi klcc
me & hubby not in the mood for jalan2
..
simple mamak food tapi sedap
..
lepas makan
hubby jadi dinasour
kids as usual - mambaca amalan mulia (jgn terpedaya) comic
..
me .. meneruskan hobby
snap..snap..snap
wpun takde camera canggih
huhuhu .. sapa nak bg hadiah

Dating w/out kids

Last Sunday, terasa nak makan nothern food, tapi malas nak jalan jauh2 lagi sbb semalam dah pergi Shah Alam, hari ni pergi Penang jer...
.

opps .. Penang Express datang Selangor

Penang Char Kuey Teow here sedap sgt2

waaa.. promo tak de commission
..

Partner .. sudah semestinya Mr Hubby

sekali sekala mesti berdating w/out kids

Pavillion KL

.
Actually event ni sblm tgk wayang tu. Minggu ni byk pula agenda my hubby. One of it is coctail & fashion show at Pavillion. Layan jelah.......
.
view from the entrance

.. alamak cemana si merah ni dok kat sini lak tadi elok2 parking kat rumah

12 round @ GSC Gold Class Pavillion

.
..after 15 years tak pernah masuk panggung..
.
.. last nite at
GSC Gold Class Pavillion KL
.
.
watching
12 Round
(action movie)

Terasa out of date bila masuk sini.
Remember last tgk wayang time single dulu2 jer. Itupun never with my hubby, selalunya dgn my girls fren or if ada guys pun one of my frens bf, pegi tgk ramai2. Time tu cineplex yg paling grand ...
Now, siap ada Gold Class lagi, seated at pair of single recliner seater plus blanket one each seat and small table in between 2 seat. Rasa macam dalam 1st class flight. Sound system tak yah cakap la .. sbb tgk action movie, so rasa cam nak tutup telinga bila bunyi glass break. Kalau tgk cerita hantu kepala dah masuk bawah blanket kot ...
Tengok ticket RM50 per seat ... my hubby dpt 2 free ticket plus cocktail kat lounge dia before the movie. Consider this is one of our 15th anniversary present
.... I really enjoy the movie, the place & the 1st class treatment. Thanks to the sponsor. Terima kasih daun keladi.

15 YEARS ANNIVERSARY

.


.

How much do you know about your spouse

1. He's sitting in front of the TV, what is on the screen?
-Sports or movie

2. You're out to eat, what kind of dressing does he get on his salad?
-Salad? hmm ulam & sambal belacan .. melayu dulu kini & selamanya

3. What's one food he doesn't like?
-katanya ... goreng2 yg ada taugeh .. tapi kat kedai hantam jer

4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
-teh tarik .. cam wajib jer

5. Where did he go to high school?
- Sek Men Jitra

6. What size shoes does he wear?
- 8 or 9 tak pasti .. tapi besor

7. If he was to collect anything, what would it be?
- segala barang kat Low Yat ..

8. What is his favorite type of sandwich?
- tuna

9. What would this person eat every day if he could?
- nasi

10. What is his favorite cereal?
- melayu tulen ... kureng minat cereal

11. What would he never wear?
- baju pompuan

12. What is his favorite sports team?
- semua yg menang ... opps hijau kuning kot

13. Who did he vote for?
- rahsia

14. Who is his best friend?
- me

15. What is something you do that he wishes you wouldn't do?
- he support anything that I do

16. What is his heritage?
- Malay ... hmmm Siam sket2 kot

17. What is his favourite colour?
- any colour that i choose

18. What is his habit?
- smoking ... eeeeeeeee

19. What is he proud of?
- me ... ye ke? perasanla kejap

20. Who he loves the most?
- his mum .. and me ... hehehe perasan lagi
.
.
... hmm coz this is my anniversary

HAPPY NEW YEAR

HAPPY NEW YEAR
from all of us

Me & Hubby

Asyiqin

Syafiqah

Taufiq

Luqman

Renungan Jumaat



Renungkanlah....
Pernikahan atau perkawinan
membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu
tidaklah semulia Muhammad saw
tidaklah setaqwa Ibrahim
pun tidak setabah Ayyub
ataupun segagah Musa
apalagi setampan Yusuf
Justru suamimu hanyalah pria akhir zaman
yang punya cita cita
membangun keturunan yang soleh
...Pernikahan atau perkawinan
mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung
kamu penghuninya
suami adalah nahkoda kapal
kamu navigatornya
suami bagaikan balita yang nakal
kamu adalah penuntun kenakalannya
saat suami menjadi raja
kamu nikmati anggun singgahsananya
seketika suami menjadi bisa
kamulah penawar obatnya
seandainya suami sinis yang lancang
sabarlah memperingatkannya
...Pernikahan ataupun perkawinan
mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt
kerana memiliki suami
yang tak segagah mana
justru kamu akan tersentak dari alpa
kamu bukanlah Khadijah
yang begitu sempurna didalam menjaga
pun bukanlah Hajar
yang begitu setia dalam sengsara
cuma wanita akhir zaman
yang berusaha menjadi solehah
... amin...
(forwarded by a friend)

Cuti Keputeraan Sultan


11/12/2008 Cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor
Hubby tumpang cuti wpun kerja kat Wilayah
layan Asyiqin & Syafiqah boring cuti
bawak diaorg jejalan kat Shah Alam
last2 diaorg yg kena layan mama shopping .. adatla pompuan

hotels cake promo & demo
in the middle, junior chef tgh wat demo
nice view .. deko for Christmas

Christmas hse from wafer & biscuit

bebudak ni kena dera makan sampai habis
sapa suruh nak makan kat Nando's
which tak kena dgn tekak mama & abah
terlepas nak bawa my hubby makan Curry Mee kat Only Mee
my favourite lunch spot masa kerja kat Shah Alam

Muka org dera anak makan
Me .. nasib baik aku dapat baju baru
hubby .. muka tak puas hati sbb kena tunggu Me shopping

Countdown 40 [2008 Mar] - Cameron Highland

A trip to Cameron Highland - Mar 2008
kat cactus farm

kat belakang apartment .. nice view

kids

kat Strawberry Farm

kat ladang teh.. me with the kids

just arrive at tea shop

me & hubby with the kids kat ladang teh
... 8 mths to go ...

Countdown 40 [2007 Dec] - Genting Highland

Genting Highland - Dec 2007
Syafiqah tak dapat ikut Asyiqin & Taufiq balik kampung
sbb program tuisyen 4 UPSR masa cuti,
so terpaksa layan bawa short trip to Genting Highland.
Me, Syafiqah & Izzat kat dlm bot

Anak manja Abah
Syafiqah ..

..and Syafiqah kat dinasourland

Izzat & Syafiqah .. dah puas main

.. dan Syafiqah lagi dgn tren
... 11 mths to go ...

Countdown 40 [2007 - 38] - UUM & Fraser

1/1/2007 Back to School (UUM)
1st time kembali ke UUM after Konvo Aug 1992
Nostalgia & teruja, now we bring the kids together.

Hubby kat depan Dewan Muadzam Shah

Me kat lanscaping Jam depan dewan

The kids .. kat padang depan Dewan


Feb 2007 - Fraser Hill

Me & Hubby

Hubby & kids kat depan Map

Me & kids kat depan jam besar

Countdown 40 [2005 - 36] - Sydney

My trip to Sydney, Australia in May 2005.


at Harbourside

at a convention centre

in front National Maritime Museum


Sydney Harbour Bridge

Paddy Market

Sydney Aquarium

Sydney Convention Centre

Sydney Entertainment Centre