2 in 1 Birthday Celebration - 6 Nov 2010

November is our birthday month
1 November - Mr E
13 November - Me
19 November - Taufiq
...
better late than never
...
*choc-cappucino layer cake *
wpun kek ni dah jadi sejarah
nak juga masukkan dlm blog sebagai kenangan
...
inilah kitaorang
Mr & Mrs E
...
dan kitaorg lagi
...
kdg2 seronok berangan hidup cam dlm fairy tales
indah saja
...
dan kisahnya bermula
...
pastu me dgn puteri sulung & putera sulung
...
me & puteri2
...
Mr & Mr E with their kids
hmm kenapa dgn muka angah (left) & me
...
dan cerita sebenar bermula .. actually angah yg beria nak cake this week, wpun pada asalnya me bercadang nak beli sekali dgn Taufiq (3 in 1 - jimat sket.. hehehe mama kedekut) kat kg masa raya haji .. tapi anak punya pasal tempah la jugak. Pastu nak bawa Luqman makan luar agak sukar dikawal (tunggu gambar2 seterusnya..), so order Mc D delivery .. pastu potong cake kat umah jer. Tapi biasalah angah, kalau dah tidur, bangunnya akan sedikit moody, tak nak ambik gambar. Dah la nak kumpulkan semua sekali dgn mood yg baik susah ... fuhh berpeluh juga nak mengawal keadaan. Maka, jadilah muka angah yg masam seperti di atas .. dan mama yg tak leh nak senyum sbb menahan geram .. abah pandai, bila situasi mcm ni dia mesti suruh mama contol yg mengamuk, sbb nanti muka dia dlm gambar nampak senyum .. pastu susunan ambik gambar pun tak sepertinya.
....
dan dalam kehidupan sebenar
ada masam manisnya
tak semuanya seperti yang dimimpikan
....
tontonilah aksi2 di belakang tabir
....
dah angah okay, Luqman pulak tanak ambik gambar
habis semua nak ditolaknya
...
tak puas hati dgn Taufiq pulak
...
yeah!!! kakak berjaya mengawal keadaan
...
aksi bila dgn abah pulak
...
dia jer nak menang
....
hampir berjaya meloloskan diri
....
tak puas hati lagi dgn abang
....
dan inilah anak2 kami ..
apapun mereka tetap permata hati kami
....
walaupun hidup tidak seperti fairy tales
insyaAllah inilah anugerah yang terbaik
....
semoga hari2 depan kita lebih baik dari hari semalam
insyaAllah

UPSR - kejayaan atau terkilan

Terpanggil menulis mengenai UPSR hari ini, walaupun tiada anak me yg terlibat. Mungkin banyak airmata yg tumpah di sekolah hari ini, samada airmata gembira atau sedih. Bagi yang dapat apa yang diimpikan, akan terharu dlm kegembiraan, dan yang tak dapat akan merasa sedikit terkilan. Me pernah berada dalam kedua2 situasi baik gembira atau sedikit terkilan, dan kedua2 situasi itu pernah me rasa samada sebagai seorang ibu & seorang anak. Tapi yang lebih penting apa yang kita pelajari dari keempat2 situasi itu.
.
Sebagai seorang anak, saat pertama me sedar apa itu kegembiraan atas kejayaan ialah apabila me dapat menjadi pelajar terbaik sekolah dalam peperiksaan penilaian drj 5 dan seterusnya terpilih ke salah sebuah sekolah berasrama penuh yang diidam2kan. Sebenarnya kejayaan waktu itu bukan desakan, tapi datang sendiri. Keluarga tidak pernah merencanakan apa2 sebelumnya, sehingga mendapat keputusan. Selepas itu, atas rasa turut menghayati dan menghargai kejayaan murid sekolah itu, cikgu2 termasuk guru besar membantu me memohon untuk mendapatkan sekolah dan merekalah yg menguruskan segala2nya. Parents me cuma perlu uruskan urusan barang2 dan membawa me ke sekolah sahaja.
Sebagai ibu, berpeluang turut merasai apa yang ayah & ibu rasai bila kita mendapat kejayaan. Alhamdulillah dua tahun yang lalu, angah telah memberi hadiah hari jadi yang amat bermakna buat me dengan mendapat 5A dlm UPSR. Tertitis air mata kegembiraan seorang ibu.
.
Bagaimana pula bagi yang tidak mendapat apa yang diimpikan?
Pengalaman terkilan pertama yang me rasai ialah semasa mengambil keputusan SPM. Keputusan itu sebenarnya bergantung kepada apa yg kita harapkan. Mungkin me mengimpikan sesuatu yg lebih dari apa yang me dapat, tertitis jua air mata terkilan melihat slip keputusan. Gred alhamdulillah tapi bukan aggregate target me. Bagaimana menghadapi saat itu sebagai anak & ibubapa? Sebagai anak, sudah semestinya rasa bersalah yang amat sangat terutama kepada aruah ayah yg setia menemani hingga ke sekolah dan tidak sabar menunggu melihat keputusan. Terpaku dia melihat me menangis, tapi bila dia melihat slip, mukanya berubah gembira yang amat sangat. Itu sudah cukup baik untuknya. Tak putus2 dia mengucapkan "ayah bangga".
Sekali lagi sebagai ibu, me juga berpeluang merasai apa yg ayah me rasai. Tiga tahun lepas, me terpaku bila kakak keluar dari dewan dengan muka yg sugul (tanda lepas menangis), dan guru BI kakak, yg juga kwn me memeluk erat me sambil berkata "maafkan akak, Iqin tak dpt A BI". Tapi bila me tgk slip keputusan 3A2B kakak .. muka me berubah tersenyum. Me bangga dengan keputusan kakak menyedari kemampuannya masa itu. Terbalik, me yg terpaksa pujuk cikgu BI tu menyatakan me puas hati dengan B untuk BI kakak. Bayangkan dari seorang yang berada di tahap galus (gagal lulus), keputusan kakak itu pada me adalah hebat. Dan keputusan itu jugalah yang telah membina semangat kakak yang dia sebenarnya tidaklah selemah yang dia selalu fikirkan - itu yg lebih penting buat me.
.
Apa yang me cuba kongsi di sini, dalam dua2 keadaan di atas (sebagai anak yang pernah berjaya & pernah terasa terkilan, dan sebagai ibu yang pernah melihat anak yang rasa berjaya & anak yang terkilan) adalah penerimaan dan harapan kita untuk tahap yang di katakan kejayaan & kegagalan. Sebagai ibu, me mengambil pendekatan untuk menggalakkan anak2 berjaya, dan me sebagai ibu betul2 membantu memastikan mereka betul2 belajar, tidak cukup dgn itu, me sendiri belajar bersama2 mereka. Tapi me juga mengajar mereka supaya pasrah dengan keputusan yang diberikanNya setelah puas berusaha .. dan teruskan berusaha untuk tahap selanjutnya. Yang penting bimbingan kita untuk kesedaran mereka untuk terus berusaha menghadapi hari2 akan datang, dan bekalan mereka & kita di alam yang kekal.
.
Berat sikit celoteh hari ini .. mood di luar pun hujan panas .. wahhh

Happy Birthday Mr E - 1 November 2010


Entry yg tertangguh 2 hari. Tak sempat nak post coz me kena attend 2 days course kat MIM yesterday. Tapi sempat upload kat fb ..

Ini entry special untuk org yg me kenal almost 42 years. He's a cousin, brother, friend, guru, partner, and a husband to me. Semakin meningkat usia, semakin lama kenal, semakin lama bersama semakin banyak kisah suka dan dugaan yg dilalui bersama, ada masa kita ketawa dan ada masa kita bersedih, tapi syukur kita harungi semuanya bersama. Dari zaman kanak2, saat kita diberitahu yang kita akan disatukan, proses percubaan, proses perkenalan semula, penerimaan, permulaan hidup bersama, proses memahami semula, mengendalikan insan ketiga yg lahir dari kasih sayang kita, menyayangi permata hati kita, manage our ups & down, and insyaAllah akan datang cucu dan cicit.

Doa me - semoga Allah memakbulkan semua doa2 abang, semoga Allah merestui dan merahmati hubungan kita dan keluarga kita dan semoga hubungan ini mendekatkan kita padaNya dan kekal ke akhir hayat, semoga kita dimurahkan rezeki yang halal dariNya, semoga semakin hari semakin dekat abang dengan Allah, dan akhir sekali semoga kita semua dipanggil nanti dalam Iman dan meninggal anak2 yg soleh untuk terus mendoakan yg terbaik untuk kita.

Luv U ME

PMR Iqin - 05 Oct 2010

Saat ini kakak sedang melalui satu lagi phasa ujian penting dalam sejarah hidup kakak, dan mama juga melalui ujian debaran anak sulung menduduki peperiksaan PMR. Kakak nampak tenang dan bersedia pagi tadi. Semoga kakak tenang dan dapat menjawab semuanya dengan sempurna dan semoga kejayaan menjadi milik kakak. Mama sayang kakak..

Masuk cepatttt... TTM buat LUCKY DRAW!!

Masuk cepatttt....TTM buat LUCKY DRAW!!

*STICKYPOST*
Entry baru sila scroll ke bawah
Yieeehaaaa...*sambil lompat keluar*
Berita gumbira untuk andaaa!! *Kalau tak gumbira pun buat2 je la gumbira ye..macam la tak biasa kannn :D*
TTM korang ni dah sampai seru nak buat LUCKY DRAW kat Dapur Malus Domestica hari ini.
Semua yang layak memenuhi syarat2 di jemput untuk menyertai LUCKY DRAW ini.*haku ni kalau bab bagi ayat formal memang lemah*
TOPSYTURVYMUM FIRST LUCKY DRAW!
INI HADIAHNYERR..
TENG TENG TENG!


Click on above image to view full picture
16 Pc Dinner Set
Email to a Friend
Be the first to review this product
Product Information
4 Dinner Plates, 4 Bread & Butter Plates, 4 Soup / Cereal Bowls, 4 Stoneware Mugs
Additional Information
Item Code1065856
Weight 4,275g
CategoryDinnerware
Pattern Geometric
Product Description
Corelle Dinnerware range is break, chip, scratch and stain resistant. Its made from a unique material called Vitrelle which compresses two layers of different glass compositions, so it's incredibly tough. It's microwave. Dishwasher and oven safe.

Syarat-syarat penyertaan:
1. Anda adalah seorang blogger. (InshaAllah lain kali aku buat lucky draw utk blogger dan reader pulak ye)
2. Beralamat/mempunyai alamat di Malaysia.(Bermakna yang berada di luar negara juga boleh menyertai kalau ada alamat di Malaysia.)
3. Penyertaan mesti dibuat di dalam bentuk entry secara STICKY POST di blog anda. Caranya, copy je la entry ni.(1 profile cuma layak masuk satu penyertaan sahaja.)
4. Setelah siap buat entry, sila hantar link penyertaan anda di ruangan komen entry ini. (Nanti aku masukkan link blog anda kat entry ni)
5. Tarikh tutupnya adalah bila-bila masa sahaja dalam minggu ni(Sebelum Isnin depan 04/10/2010). Aku akan buat entry kalau dah tutup. Bila dah tutup, maka boleh hilangkan sticky post tu.
6. Pemenang akan dipilih DI SINI.
TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI
TUAH ANDA SIAPA YANG TAHU
*tak koser feeling2 cam abg karam hahaha*

Jalan2 Raya @ Dato' Hasnul (ex-boss)

Last weekend .. sedih sgt2 tak dpt ikut Mr E balik kampung. Cuti office lepas, cuti driver anak tak lepas, anak tak dapat dicutikan sendiri.. cikgu sudah bagi warning, kalau ada yg ponteng minggu ni kena buang sekolah. PMR suda dekat lor ...
.
Enjoy gambar2 beraya di rumah ex-boss....
.
me with Datin Nora
(me panggil dia Lisa coz masa mula2 kenal dia menyamar nama dia Lisa)
.
Me & Zu with Dato' & Datin
.
Jumpa member2 company lama
Zainon & Pali, Cik Din & Zue
.
.. dah mcm budak2 la pulak
Zue, Masnah & me
.
Masnah, Zainon & Zue
.
Zainon & Cik Din
.
borak.. borak.. dan borak lagi
.
CT makan tak ingat
.
Dato' men'sumbang'kan lagu
'biarlah bulan bicara'
.
feeling lagi tu
.
.. dan terubatlah sedikit kesedihan & kekecewaan tak dapat balik kg bila jumpa kawan2 lama. Rasa muda 10 thn ...

Aidil Fitri 1431 (2010)

Entry yang terlalu lama tertangguh. Some of the photos dah masuk dlm fb, but as usual, blog kan anak emas .. so mestilah dapat lebih photo.
.
Erm.. where to start.... 8 Sept, balik kerja, terus balik kg. Berbuka kat dlm keta on the way balik. Sampai agak awal, sahur kat kg, pastu tidur kejap. Next morning bermulalah aktiviti biasa, pergi cari brg2 basah utk masak. This year me masak rendang paru, mil buat sambal daging and my sis ditugaskan masak untuk berbuka. Selalunya hari terakhir puasa menunya dari seekor lembu, will be hati, perut, limpa, lidah etc. Sedap coz lembu2 tu semua baru disembelih .. fresh.
.
... dan di pagi Syawal yg penuh syahdu ... Aidil Fitri kali ini me dapat pergi solat Aidil Fitri kat masjid, balik tu terus ambik wuduk semula dan terus ke kubur sendirian.... this is my special time. Sesampai di kubur belum ramai orang, good .. me suka bersunyi2 di situ. Kubur bersih & cuci, my bro mesti kerap ke sana. Aidil Fitri kali ini air mata ini tumpah lagi mengenang yg tak ada .. sayuuu sgt. Terbawa2 sampai me balik rumah .. pastu bermulalah sessi photo....
.

me & dear hubby .. look at my face - muka sedih lagi
.
us with kids .. Taufiq dah pergi beraya
.
without Luqman (actually gambar ni diambik dulu sblm Luqman turun)
.
me, tok, iqin & fiqa
.
my sis, iqin, fiqa & my mum
me kat kubur time ni .. sempat jumpa mak masa dia pergi kubur after this
.
Mr & Mrs E
.
Me & Luqman
(Mcm kena dera Luqman nak dipegang)
.
Me & Luqman
(this time he behave)
.
Me & Iqin
.
me & fiqa
.
me & tok
.
hubby & tok
.
fiqa & iqin w tok
.
tok .. apa agaknya yg difikirkan
.
my sis & family
.
ptg raya .. beraya dirumah fil
.
suker nye dier
.
makan .. makan .. makan
.
hubby & the girls
.
guest pertama yg sampai di pagi raya
immediately after our photo shoot
.
guest yg datang malam raya kedua
.
ada cerita di sini
.
last year buat pertama kali me minta ambik gambar dgn this family .. link here
tahun ini beliau kehilangan suami tercinta
suaminya yg berbaju hijau memegang anak yg amat manja dgn beliau
beliau pergi meninggalkan mak cik muni yg tidak bekerja & 7 anaknya yg hampir semuanya masih kecil
.
apalah yang difahami oleh anak2 kecil ini tentang kehilangan
yg ber kaca mata hitam itu amat manja dgn ayahnya
.
anak keduanya (sulung perempuan) yg banyak membantu ibunya
seusia dgn fiqa tapi dari segi menguruskan adik2, me pun kalah

Salam Aidil Fitri


SALAM AIDIL FITRI
Maaf Zahir Batin
...
dari:
Me & Family

Nuzul Quran with family & jalan2 lagi

Salam Merdeka. Ini cerita long weekend Nuzul quran, Mr E ambil kesempatan bercuti sekali sebab angah balik. So few golden moment has been captured ...
Mr & Mrs E with Kakak & Angah
(Hitam Putih Kehidupan)
...
Ini betul2 golden moment.
Teramat payah untuk ambil gambar me & Luqman coz dia selalu tak nak duduk diam or tak boleh stay di peluk lama.
...
me & angah
...
me & kakak
...

me with angah & kakak
...
me w angah shopping @ Tesco Rawang
.....
...
.
dan
gambar paling mahal
.
...
.....

me & hubby
...
If my readers notice, dah lama me tak ambik gambar full body. Selalunya me publish gambar muka jer. This is bcoz diri sendiri pun tak sanggup tgk gambar sendiri ..
.
Now, I'm proud to announce, dgn makan yg sederhana (me makan nasi tau .. tapi dlm kuantiti separuh) dibantu dgn puasa dua minggu berat me dah di bawah 64 kg. If you've read this diet entry, and for info, berat me bermula dgn 75kg November tahun lepas .. dgn diet biasa berjaya turunkan ke 71.3 sehingga awal bulan April, selepas detox turun 2.8 kg ke 68.5 and last timbang last week mid August about 63.5. Kalau mampu me nak keluarkan 3.5kg lemak lagi from my body before November 13th ... penurunan 15 kg dlm masa setahun di usia 40an tanpa bantuan supplement atau ubat. Yessss .... MERDEKA