Panas Sejuk ...


Dalam rasa sejuk luar panas.. Panas sejuk debaran tunggu result PMR angah yang akan diumumkan esok..
Sementara tu kita makan ice cream goreng dulu. Favourite me kalau minum2 kat Ali Maju Rawang, tapi harganya agak mahal nak dibandingkan dgn mudahnya nak buat beserta kosnya....
Simple & easy... Just ambik dua keping roti, me guna gardenia, roll bg nipis, letak satu scoop ice cream atas roti pertama pastu lapiskan dgn roti kedua, gunakan cawan/apa2 yang berbentuk bulat utk takan & potong keliling roti, pastu tekan2 tepi roti dgn jari supaya melekat, masuk dlm plastik, & masukkan dlm freezer (tempat beku) selama sekurang2nya semalaman. Goreng dgn minyak yg banyak dan sangat panas hingga kekuningan.. Terus makan... Yummy2..
Mula2 buat me tak confident jadi takut ice cream meleleh dlm kuali, buat 6 piece shj... Sekali goreng selesai. Rakyat rumah ini amat berminat dgn ice cream goreng ini...
:)

Back to school

Seawal jam 9 pagi Sabtu, me dpt panggilan.. "Pihak kami telah menerima senarai pelajar yg berjaya melanjutkan pelajaran, dan puan salah seoragn darinya...". Kalau 25++ years ago, mendapat panggilan sebegini, waktu itu dlm bentuk surat, melompat kegembiraan. Even seawal darjah enam mendapat surat tawaran ke asrama penuh, hati berbunga kegirangan. Tidak bermakna kali ini me tidak gembira, tapi tawaran ini sampai di saat genting. Maid yang sepatutnya kembali minggu lepas tidak kembali. Cuma sms dari perantara memberitahu. Sedih juga teringatkan panggilan terakhir darinya tatkala kakinya menjejak bumi Jogjakarta, memberitahu yg dia telah sampai. Kecewa mengingatkan berkali me ulangi bertanya samada dia mahu terus di sini atau tidak sblm dia pulang, berkali jua dia meyakinkan yg dia akan kembali. Tiba2 bila keputusan dibuatnya utk tidak kembali, hanya insan lain yg menyampaikan. Berkali me minta dia hubungi tapi tidak berjaya, tutup sudah kisah maid itu, terpaksa me buka cerita maid baru. Kalau tidak kerana anakanda Luqman, me dah tak sanggup bermaid lagi. Tapi sekali lagi perlu redha mungkin ada hikmah terbaik dari apa yg berlaku.
Berbalik pada berita sambung belajar, hasrat yg dah tertangguh terlalu lama, setelah berbincang dgn Mr E, kali ini, insyaAllah apapun rintangannya, me akan usahakan untuk teruskan. Terima kasih Mr E, yg betul2 ikhlas memberi galakan. Mama akan gunakan peluang ini sebaiknya insyaAllah.

Semoga segalanya dipermudahkan ...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sangkaku Ujian rupanya Hikmah di Awal Hijrah Penghujung Masihi



Me agak jarang menulis mengenai Luqman, bukan menyisihkan tapi sebolehnya me tak ingin ceritanya dipandang sebagai simpati.  Pada me  Luqman punya kekuatan sendiri tapi seringnya bila kekuatannya ditonjolkan camera tidak ready.  Kali ini berjaya juga merakamkan sweet moment anak bongsu me.

Pembantu Me balik kampung untuk menziarahi keluarganya 2 minggu bermula Selasa lepas.  Asal perancangannya kakak2 menjaga adik manja Luqman, Mak sanggup menjadi org tua yg mengawasi mereka walaupun mak tak mampu mengawal keaktifan Luqman.  Isnin Mr E cuti, me hantar maid ke airport terus ke Senawang atas urusan kerja, balik agak lewat, katanya Luqman mengamuk seharian mencari kakak.  ermm hurmm ...

Esoknya seperti biasa me masak dan tinggalkan utk mereka, Luqman nampak okay with kakak.  Tengahari Me balik rumah everything goes as per plan.  Petangnya me dah beritahu, lepas ofis me nak pergi beli groceries yg dah habis, weekend tak sempat, Mr E teambuilding Sabtu & Ahad, Ahad pagi me ada tetamu, Isnin me bawa pembantu membeli barangan & buah tangan utk keluarganya .. So melihatkan keadaan yg tenang di pagi dan thari, me terus ke Giant, Mrs  E msg btau balik lewat .. ermm okay.  Sampai jer kat rumah, mak tgh baring, dgn anak2 me mengawasinya.

Rupanya mak jatuh ditolak Luqman dari belakang petang tadi sewaktu mak kat luar dan tak boleh berjalan.  Alahai dugaan, rasa bersalah pun ada sebab adik Me yang menjaga mak selama mak sakit sebelum2 ni macam menatang minyak yang penuh, dari sakit terbaring di hospital sampai mak mampu bangun dan berjalan ke sana dan ke sini .. sampai jer di rumah ni sehari dah jadi begini.  Kesal pun ada, tapi mak ke sini atas permintaannya sendiri, ingin mengawasi cucu2, sekarang ternyata jawapan pada detik hati untuk menolak permintaan mak asalnya tapi tak tersebut dek lidah.  Me berusaha memimpin mak untuk ke kereta utk bawa ke klinik utk x-ray tapi mak sakit sangat untuk digerakkan.

Hari sudah gelap, Mr E yang janjinya balik jam 8 belum nampak bayang, terlupa perut yang belum diisi dari tadi, terus me keluar sendiri, mengintai satu demi satu klinik di pekan Rawang, mana2 yang ada doktor sanggup datang ke rumah tapi hampa.  Terpaku sekejap dlm kereta dengan air mata yang meleleh tanpa sedar bersama hujan gerimis kat luar kereta, sungguh sedih, hampa, helpless, kesal, rasa bersalah dan 1001 perasaan.  Tiba2 datang suara, kenapa tidak aku tidak ambik saja dulu ubat tahan sakit dan ubat2 berkaitan.  Kalau jatuh risikonya mungkin bengkak, pressure, etc.  Terus me ke family klinik me, jumpa Dr dan minta nasihat ubat yang perlu sementara menanti esok .. akhirnya diberi ubat tahan sakit & ubat bengkak.  Cukuplah dulu utk mlm ini.

Balik bagi mak makan & makan ubat, pimpin mak dalam kepayahan pindah ke bilik atas (agak selamat dari keaktifan si comel sbb bilik bawah adalah tempat selesanya).  Akhirnya mak tidur wpun sakit.  Me tau mak lebih sakit dari yang ditunjukkan tapi mak tak nak menunjukkan kesakitannya sebab kesian kat me.  In fact bila adik dan mil me call pun mak tak cakap dia jatuh.  Siap cerita dia masak lagi .. thats my mum.  Next day me nekad, walaupun tugasan segera menimbun, me msg my boss & tell him i'll be on EL two days.  Nasib baik dia faham .. alhamdulillah.   Selepas itu dengan penuh rasa bersalah me msg beritau adik me cerita sebenar .. alhamdulillah sekali lagi dia faham.  Misi seterusnya selepas menjalankan tjawab sebagai ibu pada anak2, me bawa mak pergi x-ray, alhamdulillah sekali lagi tiada yang patah, cuma hentakan pada tulang pinggang.  Balik dibekalkan ubat2an yang perlu.

Luqman masih meragam, walaupun anak2 membantu ,me nampak keadaan macam tidak menyebelahi me, keadaan rumah berterabur, ditambah badan yang penat sejak weekend tak rehat, sesekali ingatan pada kerja ofis yang urgent dan Mr E dgn kerjanya yang tak mampu balik awal menambahkan tekanan dlm diri ini.  Sekilas hati yang nakal berkata "kenapa aku??" & "kenapa sekarang??" .. astagfirullahalazim .. mengeluh la pulak.

Hari 9 Muharram banyak pesanan dari rakan2 melalui facebook .. semuanya baik2 belaka .. tiba2 pagi 10 Muharram terdetik di kepala .. rupanya yang me sangka 'dugaan' dari Allah rupanya 'hadiah' kasih sayangNya untuk me.  Me tak pernah betul2 berpeluang menjaga mak sendiri semasa dia sakit dulu, sebab kerja, adapun balik sekejap, hanya abang dan adik yang jaga.  Di hari2 terawal Muharram ini, Allah bagi peluang me jaga mak dengan hati yang ikhlas, nasib baik seingat me, me tak merungut, cuma kesal dalam diri sendiri sebab rasa bersalah pada mak dan ahli keluarga yang lain.  Me rasa lebih dekat dengan mak, dapat masakkan mak dan untuk setiap kali waktu makannya me cuba serve ikut seleranya.  Alhamdulillah me rasa walaupun awalnya tertekan dengan keadaan me tenang mengingatkan mungkin ini peluang yang Allah bagi untuk me betul2 fokus masa me untuk mak.

"Hadiah' yg kedua ialah peluang betul-betul mengenali anak2 me dari Kakak, Angah, Taufiq & Luqman.  Kakak walaupun dalam kegarangannya, ada sifat anak sulung yang pelindung dan boleh di harap.  Angah dalam keanak-anakan dia, ada sifat ingin membantu dan sayangkan kakak.  Taufiq masih kanak-kanak dan perlukan perhatian, tapi boleh diharap menemani toknya dan yang paling special Luqman ... let the photo describe..

kerinduannya pada pembantu me merapatkan dia dengan kami

Kembali seperti dahulu .. dia amat sayangkan abah .. see tak nak lepas tgn abah wpun sgt lapar
Cair hati ini melihat adegan2 di atas .... sooo sweet.. :)

New Gadget


teruja tgk gadget2 dari jepun kat blog Hana Family

Raya haji lepas terjumpa kat BWY Chow Kit, & smlm berjaya merasmikan

wpun kurang menjadi seperti resepi asal tapi cantiklah pulak

Teruja tgk mold cantik2 rakan2 blogger masakan.  Me berjaya cari BWY masa cuti raya haji lepas, tgk harga reasonable, terus beli.  Balik nak try, eksyen tak nak guna resepi kat dlm kotak, sekali jumpa resepi roti warna warni dari blog Hana Family, try malam tadi, color dia kurang menjadi tapi macam lorekan la pulak, cantik & sedap

Ingredients :

  • 250 g high protein flour
  • 30 g sugar (next time me perlu kurangkan sikit - agak manis)
  • 20 g milk powder
  • 6 g instant dried yeast
  • 1/2 teaspoon salt
  • 1/2 teaspoon dough softener
  • 2 egg yolks (telur biasa tinggal 1 biji jer, so satu lagi guna telur ayam kg .. okay jer)
  • 130 ml fresh milk
  • 30 g butter
  • Food coloring : pink, yellow, green - me cuma guna pink & green, satu lagi tu tak color
  • me tambah - bread improver (kalau rajin buat water roux lagi baik)

Method : (Breadmaker method)

  • 1. Pour fresh milk into the breadmaker pan. Add in salt, sugar and egg yolks
  • 2. Top it with sifted flour, dry yeast, milk powder and dough softener.
  • 3. Set the Breadmaker to Dough function.
  • 4. Once the dough is just combined, add in butter and leave the Breadmaker to continue doing it's job. This process will take about 1 1/2 hour including prooving.
  • 5. Remove dough from BM and punch down to release the air. Cut the dough to 6 portions. Add a bit of food coloring to the dough. 2 doughs for 1 color (part ni a bit fail may be sbb me guna color water base kot). Make into round balls and leave to rest for 10 minutes.
  • 6. Roll the dough flat. Place one color on top of the other to form 3 layers. Roll like a swiss roll and place in the well greased tin. Repeat the same procedure with the other 3 balls.
  • 7. Leave to proof till double the size.
  • 8. Bake in a preheated oven at 180 C for 40 minutes or so.
  • 9. Once out of the oven, brush with butter.

AKU MENULIS BUKAN KERANA NAMA


aku menulis bukan kerana nama ... kan??
Terpanggil menulis entry ini atas satu komen di shoutbox.  Terima kasih kerana prihatin atas blog ini.  Me rasa tidak ada istilah syok sendiri dalam berblogging.  Semuanya menulis dengan tujuan masing2 dan kalau syok sendiripun tujuannya tidak ada salahnya kecuali jika ia melanggar undang2 & hukum.  

Kalau di baca dari permulaan me berblog, tujuan asal me adalah menulis apa2 saja yang me suka dan rasa untuk dikongsi anak2 dan cucu2 yang mungkin entah sempat entah tidak untuk me jumpa.  Mana2 blogger friend yang terjumpa blog ini, me anggap sahabat yang dah ditentukanNya untuk kita berkenalan di alam ini, tapi me belum berniat untuk mempromosikan blog ini seperti blogger2 hebat lain kerana buat masa ini me menulis mengikut mood dan masa me, dan rasanya me tidak mengganggu sesiapa melalui blog ini, semua gambar adalah hasil google(seperti yg dinyatakan) atau hasil usaha sendiri, kalau resepi yg di copy, me linkkan kepada yang empunya blog.

Niat me teringin wariskan apa yang me tulis nanti kepada salah seorang anak me untuk menyambung blog ini.  Blog ini mungkin juga bakal bertukar wajah dan nama tapi isi dan link nya insyaAllah sama.

Mungkin inilah juga sebabnya saya kurang suka meng'expose' blog ini keluar, walaupun hampir hari2 me membaca blog2 yg di list kiri, tapi tidak meninggalkan jejak, mengambil yg baik2 sahaja; cukuplah dengan permasalahan seharian di dunia luar, me malas bermasalah di dunia maya, di sini tempat me mencari ketenangan, me mau jadi diri me sendiri.  Maaf andai post kali ini mengguris sesiapa ... inilah me.

13.11.11 ... Happy Birthday to ME


Hadooi dah berbasi2 berlalu baru sempat nak update with photo and story.  Nothing extravaganza on this birthday, but so special to me.  Yang paling special adalah hadiah me to myself, me will proceed with my 20 years overdue plan to further study part time.  At this age mampukah??... pffff.  InsyaAllah next year start.  Lepas ni mungkin banyak story about part time study pulak.  Sebelum sessi pecah otak .. kita relax2 dulu .. tidak ada saat yang lebih indah bagi me selain dari masa santai bersama family ... celebration kat sekolah angah jer, tapi a day before we all keluar celebrate kat 1 utama plus jalan2 cari hadiah.  Me pun bingung nak minta apa .. teringin mixer Kitchen Aid or Kenwood tapi mengingatkan buat kek pun tak sebulan sekali tambah2 nak masuk belajar nie, minta yang perlu dulu .. tapi kepala dah set nak juga satu kitchen gadget, nak memudahkan kerja.  Teringin nak food processor macam ida 1001resipi pastu terpikat dgn brand kenwood coz berbaloi2 pakai bread maker kenwood, tapi takde stock, last sekali jumpa philip, ambik jer dulu sementara org nak bayar ..  Ada org tu cakap masih boleh minta hadiah ke dua .. hehehe tgklah sblm hujung tahun atau awal tahun depan bergantung kepada result masuk further study

a day before - before jalan2 cari hadiah .. he3 dpt new gadget

hu3 no cake for mama, dah muak .. makan choc chip bread pudding with custard sauce .. tungguuu recipe he4

teringin nak suapkan mama .. okaylah ..

tak blh dekat2 selalu .. asyik nak merajuk jer dua org nie ..

me with my girls

with abah & the girls

hu3 luqman tak ikut lagi

11.11.11 at 11.11am

Salam Jumaat .. penghulu segala hari

11.11.11 jam 11.11 pagi

untuk dihayati bersama di hari yang penuh unik dalam dunia yang mencabar kini



Kuchai bunga goreng daging berlada




Pergi pasar masa Aidil Adha ke2, nak beli daun sup dan cili merah, mak aiiii .. tak de walaupun me pergi awal pagi.  Cili merah tu yg adapun dah lemau, week before dah tau naik harganya dah sampai RM20 per kg, akhirnya terjumpa juga sikit2 kat penjual yg tanam sendiri, murah pulak tapi beli sikit2 dari beberapa penjual.  Pastu misi mencari daun sup, akhirnya cuma sorg penjual sayur yang dok kat ceruk pasar, tinggal pun tak byk.  Me rasa ramai yang beli in bucks bawa ke surau atau masjid untuk kenduri korban.  Tiba2 mata ternampak bunga kuchai, before this me pernah nampak resepi bunga kuchai in kat few blogs.  Teringin pulak nak rasa, terus beli.  Resepi masak sayur biasa me kawankan dengan daging korban yang kekanda bawa balik, tapi tulis jugak untuk tatapan anak2.  Mana tau ada yang terpaksa duduk jauh dari mama nanti, nak masak cari jer dalam blog mama hehehe...


Resepi Bunga Kuchai Goreng Daging Berlada

Bahan2:
Bunga kuchai, Daging, Capsicum traffic light, lada hitam, sos tiram, bawang besar, bawang putih & sedikit minyak

Cara2 (masak dlm api kuat & cepat):
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar, masukkan daging, bila daging masak (hilang warna merah) masukkan sos tiram, pastu serbuk lada hitam kacau hingga air hampir kering, masukkan kuchai dan capsicum, kalau perlu masukkan garam (me tak masuk sbb sos tiram dah masin), tutup api bila kuchai dah masak (tak perlu layu) .. sedap di makan panas2.  Anak2 me yang tak minat sayur pun teruja .. siap berebut2 coz kuchai bunga ni ada rasa bawang sikit ... ermmm yummy2

Salam Aidil Adha

Bila baca balik few entries lately, me rasa macam dah tukar jadi blog masak2 pulak.  That's ME .. semua ikut mood.  Tapi lately memang teruja sangat nak masak2 coz ramai tukang makan plus Mr E pun bawa bekal pergi kerja, means me masak for dinner and his lunch, siapkan his breakfast.

Back to entry Aidil Adha.  Kali ni Me & Luqman tak balik kampung.  Mr E balik dgn Kakak, Angah & Taufiq.  Itupun kakak asalnya nak temankan me kat sini, tapi kena pujuk balik coz yelah nanti sedih pulak Mak Tok yang menanti kat sana.  Dahlah Abah, Mak Tok & Tok buat korban this year.  Me tak balik bersebab ..  Pengorbanan jugak tu .. Tue me ada due for submission, Sunday nite bos dah email remind, kalau balik mesti jadi kelam kabut, lagipun me standby kat sini, diaorang balik jer, makan terus siap2 me drive hantar Angah balik hostel.  Apapun all of us enjoy our Aidil Adha our way ..

ketupat palas 9 kupang sebiji beli kat Sogo takut kempunan pagi raya and serunding daging

Salam Aidil Adha Maaf Zahir & Batin.

Happy Birthday Mr E


 1.11.11



the daily chores of life
tends to get us so busy
the tensions we face everyday
gets our heads dizzy
BUT
even amist all this mess
i just want you to know dear
i love you more than i can show
i forget to remind you darling
how much i really care


happy birthday Mr E