Kampung

Sungai yg dah tercemar
***
Still dalam mood raya, terasa nak bercerita tentang my kampung. Setiap kali raya or balik kampung, me akan balik ke rumah tok. Sesuai dengan nama Kampung Sungai Baru Gunung, kalau belajar Geog dulu, perkampungan me merupakan penempatan di tepi sungai. Me tak pasti dari mana sungai ni start, tapi ia menghala ke Kuala Kedah. Sungai ini merupakan sumber air untuk sawah dan sebelum sungai ini tercemar, ia merupakan sumber air minuman dan juga dulunya (sebelum me lahir) merupakan jalan untuk ke bandar Alor Setar. Pengangkutan utama masa itu adalah perahu. Air sungai ini dulunya jernih, still remember during our kids time, bila air naik, air sungai ini penuh, selalu tahan tangkul kecil untuk udang & tangkul besar untuk ikan. Bila dah dapat udang tu, kitaorang cucuk udang yg masih hidup tu kat lidi banyak2 lepas tu bakar, mmmph bestnya. Kadang2 dapat hampir sebaldi udang kecil yg masih melompat2, buat cucur udang bestnya sbb udang lebih byk dari tepung. While, my hubb (masa tu my cousin) sibuk dgn taut (pancing kecil), memancing ikan keli & haruan. Bestnya ikan keli & haruan frest bakar tawar cicah air asam. Banyak dapat tapi time tu tak pandai menjual, kalau tak habis makan, maknanya mak or tok akan buat ikan kering.
*****
sedih sebab anak me tak dapat enjoy mandi sungai mcm kitaorg dulu
...
.. rumah tok..
...

kaki pancing yg cuba mewarisi hobi Pak Langnya

Aidil Fitri 1430 Hijrah (2009)

Hidangan Hari Raya
*****
Jemputlah .. jgn segan-segan
....
Menu utama orang utara
.
Ketupat pulut hitam & putih
...
.. cicah dgn rendang ayam
...
... atau sambal daging
.
ada lagi tak sempat ambik gambar
.
Hidangan 1 Syawal
....
gulai itik
lidah masak merah
sup tulang
kerabu perut
...
.
AKTIVITI HARI RAYA
...
My raya activities normally starts last day of Ramadhan. From early morning memburu .... This year, hasil tangkapan 5 kg daging lembu, 1 lidah lembu, 2 kg tulang, 2 kg perut, 3 ekor itik nila (serati), 3 ekor ayam + 2 ekor ayam (utk FIL). Itupun tak dapat testis lembu, semua dah habis di book org. This year my MIL awal2 lagi dah balut ketupat, so a day b4 raya tugasannya cuma masak rendang ayam, sambal daging & gulai itik nila (serati).
.
gambar beraya kat rumah Tok Wan
1st day raya as usual after solat Aidil Fitri, pergi beraya kat rumah FIL
...
.. balik tu siap kira duit raya
...
.. antara guest 2nd day ..
.
2nd day, me jadi DO (Dapur Officer) .. awal2 pagi, planning nak buat bihun sup .. goreng mee utk breakfast (ada 4 families in a hse), then my 2nd cousins sampai 1 MPV & 3 cars meriah coz ramai kids. Since they are in rush, so another round of mee goreng add on to ketupat pulut. After this group balik, my hubby got call from his staff, they are on their way .. so, tak sempat nak prepare utk bihun sup, another round of mee goreng ...Bihun sup simpan utk esok.
.

3rd day raya, now its our time for jalan2 pulak. Had lunch at home, lepas tu rehat2 kejap, lepas tu bihun sup pulak .. lepas asar baru gerak utk jalan2. This time, went to Perlis Indera Kayangan.

.

..kunjungan balas ke Perlis

&

Dinner at Mak Njang's

kenduri 4th day

4th day, my mum ajak masak2 kat my youngest sis's hse, me got kenduri at my hubby's fren's hse. So lunch makan2 kat rumah my sis, then pergi kenduri.

.

Balik kg tak lengkap kalau tak de lawatan ke Pekan Rabu. Petang balik, lepas maghrib pergi shopping kuih2 kg kat Pekan Rabu utk bawa balik KL. Hasil tangkapan kali ini, dodol, serunding ikan & daging, bahulu, putu kacang, kuih beras, kuih kacang, kerepek bawang & tak dapat tinggal asam jawa.

5th day, lepas masak morning, me rehat sepuas2nya sebelum malamnya kami bertolak balik KL. But my hubby & his brother got their own agenda .. coming soon in next post.

p/s This year tak sempat nak ambik family photo ..

MY BIZ BLOG

Visit my biz blog http://mas-collection.blogspot.com/

More photos will be uploaded soon.

SELAMAT HARI RAYA

>> sticky entry <<


Kad ini untuk semua follower, reader & silent reader

...

Hari Raya dah semakin hampir, dengan ini

Me & Family ingin mengucapkan

Selamat Hari Raya

Maaf Zahir & Batin

untuk

semua follower, reader & silent reader
dan sesiapa juga yg pernah terjumpa & terbaca

"Life Begins at 40"

...

Maaf andai ada tulisan yang menyentuh,

komen2 yg tak terjawab,

or ter'over' menulis komen di blog anda

...

Berhati2 di perjalanan bagi yg balik kg dan menziarahi rakan2.

..

P/S Lepas Raya kita open blog..layan selera makan.. so kalau nak buka blog kena pakai baju cantik2.

Spice of India - KLCC

Lepas ambik Angah fr hostel yesterday 3.30pm, berkejar ke KL konon2nya nak cari baju raya Angah. Tengok jalan pun okay jer .. but .. to early to judge. Coming to KL dah start jem, tengok traffic hala Jln Sultan Ismail fr Jln Kuching tak bergerak, last sekali masuk Jln Tun Razak, traffic slow but merangkak-rangkak. Ikut flow jelah, masuk Yap Kwan Seng terus masuk Jln Ampang parking kat depan office hubby abt 6.30 already. Terus call hubby, gerak to KLCC cari tempat berbuka dulu. Excited sbb tgk byk rest kosong, konon2 nak pilih la, pergi House of Sundanese..'Sorry fully booked' .. Hmm then pergi Madam Kwan, pun sama .. lps tu.. Little Penang, Chakri Palace pun sama .. Sebelah Chakri Palace ada one rest ...
***

Spice of India, mula2 tu mmg tak tertarik sbb dok tgk Madam Kwan & Hse of Sundanese, but no choice, last sekali sembang2 tanya2 menu ... why not give a try.

Order ikut suggession waiter ... prawn masala, chicken (tak ingat masak apa), briyani, lamb gohst, plain nan & dhal. May be bcoz dah jadi last choice so my expectation pun very low, tgk harga, nak order rasa mcm tak berbaloi, tapi bila dah makan .. hmmm sedapnya... 1st word keluar from my mouth bila rasa nan & dhall .. then bila dah makan briyani & others .. hilang segala rasa kesal & tak berbaloi. Memang rasa nak datang lagi.
Syafiqah .. still in her uniform
.
me & Taufiq
(Taufiq muka cam kena dera)

p/s gambar kurang clear coz guna camera hp

Ramadhan Kali Ini

Ramadhan dah nak sampai penghujung. Imbas kembali, Ramadhan kali ni rasa mcm cepat jer. Sedih lak nak meninggalkannya. Tapi ada gak yg bestnya .. mlm ni nak balik.. yeah yeah... tapi barang tak kemas lagi. Persiapan ala kadar, kuih raya since anak2 dah pandai order kat cikgu2 nih .. mamanya tak yah beli. Actually semenjak 2,3 thn kebelakangan ni dah jarang order kuih raya coz pengalaman sebelum2 ni, kdg2 still berbaki pada Raya Haji. I prefer masak kalau ada tetamu datang .. 2,3 jenis kuih, kacang2 & maruku cukup. Baju raya bebudak, smlm last bawa Syafiqah gi beli baju dia lepas ambik dia kat hostel.
.
SESSI TAYANGAN HIDANGAN BERBUKA
..
Cuma hari pertama & hari barbeque jer yg sempat ambik gambar.
.
1st Day
.


Ikan Puyu goreng
.


..dan lawannya budu..
. Tom yam Campur
.
Udang Goreng Asam
.

***

Menu Hari Barbeque (Ramadhan 10 rasanya)

Nasi Ulam
.
Sayur Keladi
.
Sambal Udang
.

Pulut Sekaya (Seri Muka) Bakar
.
..
dan
..
Barbeque
..
Ayam yg dah di marinate .. tunggu turn nak kena bakar
.
Daging yg dah dibakar & potong
...
*****
...
GBS tukang bakar..
diketuai oleh Pak Ucu encem (baju putih left),
Izzat yg asyik posing jer (baju hijau topi merah)
Amzar QC (Baju grey)
Iklil tukang kacau (baju tidur)
& Asyiqin yg dok tunggu nak makan
.
****
.
Paling tak tahan bila kids minta berbuka kat McD
..oh please..
tah kenapa gambar budak kecik ni kat sini
.. tgh bodek tu..
***
ni supper lepas buka puasa kat luar
.. layan jelah ..
.
***
last sekali
*** sessi tayang salah satu baju raya ***
(excited mengalahkan bebudak)
.
.
.
.
"SELAMAT HARI RAYA"
Maaf Zahir & Batin
***
Berhati-hati di jalanraya
Semoga semua selamat

Award from Lady of Leisure

AWARD DARI LADY OF LEISURE
5 FAKTA PEMBERI AWARD
  1. Lady - dari tulisan lady menunjukkan lady seorang yg terdidik & soft
  2. Mummy kpd Arri & Molly
  3. Anniversarynya 28/03 sehari slps me 27/03, dgn 15 tahun beza
  4. Lady berasal dari Perlis
  5. Graduan IIUM

Award ini dipanjangkan untuk semua follower Life Begins at 40

Entry Hari Raya

Terpanggil nak menulis entry ini lepas baca entry ini dan ini kat Little Parlour. Me minat gaya tulisan Lady bersahaja tapi berkesan.

Setiap tahun, samada Raya puasa atau Raya korban me & my hubby akan pastikan sampai kampung at least a day b4 raya untuk memastikan the kids merasa saki baki suasana raya yg masih ada. Kami berkongsi Tok(nenek) yg kebetulan merupakan satu2nya nenek yang kami ada kini my side & his side. Dengan kata lain, me & my hubby - cousin. Tok(80+ yrs) cuma ada 4 anak, makcik dah 2 thn meninggal, tapi 3 orang anaknya yg masih bujang akan beraya kat rumah nenek, 2 lagi anak perempuan nenek, my mum & MIL. MIL buat masa ini tinggal bersama nenek & anak2nya BIL yg masih single(& available) & my hubby bersama2 isteri tercintanya & 4 of our kids akan balik beraya di sini. My sis (yg dari kecil tinggal dgn nenek) & his hubby (both parents dah tak de) bersama2 3 heronya pun akan balik ke sini, my mum will stay at my sis's hse kat Alor Setar, but both of them akan datang pada hari raya. My bro's hse cuma sepelaung (kata org2 dulu). Suasana sehari sebelum raya, selalunya mengingatkan me pada zaman kanak2, melihat gelagat anak2 kami bermain, dan kami yg sibuk dgn ketupat dan gulai or sambal daging .. teringat dulu kami dok main kejar2, bila Tok, my mum & aunties dok balut ketupat & masak2. Bezanya dulu lagi byk asap sbb semua nak masak kat luar pakai kayu api sekarang kurang berasap sbb pakai dapur gas .. tapi seboleh mungkin kami cuba juga mengujudkan suasana itu untuk anak2 kami. Tok selalunya susah nak melepaskan tugas balut ketupat pada org lain, kononnya tak kejap nanti masuk air, tapi me lepas QC nenek since kids, & last year my eldest daug dah mewarisi mamanya, lepas QC balut ketupat, so now Tok dah ada pembantu baru.
Tugas me & my hubby a day b4 raya, sejak Tok Wan tak de, bangun pagi2 pergi beli daging. Tok Wan cerewet part beli daging, dia rela kayuh basikal jauh2 survey lembu muda kononnya dagingnya lembut dan manis. Time ni jugalah nak cari otak lembu, paru, hati dll.
Lepas beli daging, kami pergi pasar cari santan untuk ketupat. Dulu2 kopek kelapa dari pokok sekeliling rumah Tok, hantar kedai - mesin, now dah ada santan yg dah siap, tapi kena Q panjaaaaang sgt kat pasar besar Alor Setar tu.
Balik jer rumah, bagi2 kerja. Kids selalunya kena potong daging kecil2 nak buat kari or sambal cicah ketupat. While, MIL will masak santan & pulut separuh masak, then tunggu sejuk balut ketupat. Till now wpun Tok tak berapa kuat, still akan bangun balut ketupat dgn pembantu2nya. Tugas kari daging or sambal - sejak dulu MIL but lately kdg2 my sis or me buat bergantung kpd apa menu decided. Time ni sepupu2 lelaki yg dah besar akan dapat tugasan mengagihkan beras fitrah, sekurang2nya satu wajib dihantar pada guru Quran kami - Mak Lang Nah.
Suasana hari raya masih ada, cuma yang kurangnya, mcm cakap Lady tiada lagi kesibukan membakar bahulu ikan, membuat kuih loyang, kuih kacang, tekan biskut samprit, oven butterfly yg kena letak atas dapur, kepanasan yg tak sekata & kuih hangit sbb api dapur minyak yg tak sekata. Sekarang kalau nak kuih2 lama banyak juga di Pekan Rabu tapi rasanya proses membuatnya sudah dimodenkan, pembakar bahulupun now, boleh buat macam sandwich maker jer, kuih kapit pun sama. Anak2 me terutamanya Syafiqah minat sangat kuih bahulu.
Cerita pasal raya, rasanya tak sabar pulak nak balik kampung. This year me ambik cuti whole week & Friday half day bcoz nak pergi ambik Syafiqah thari tu lepas tu bawa dia pergi beli baju raya. Baju kurung semua dah siap .. my baju kurung 7 pasang hehehe mcm budak2 bcoz dah lama sgt tak buat baju kurung . Asyiqin cuma sepasang, tupun kalau bertahan sampai thari kira okay kalau tak cuma 2 jam jer dia pakai, orang balik solat Aidil fitri dia dah ganti, Syafiqah lebih kurang 6-7 pasang sbb sekali ganti baju prep kat sekolah, Taufiq & hubby tak beli baju melayu tahun ni bcoz last year Raya my hubby lupa bawa balik baju Melayu, so mlm raya berkejar ke bazaar beli baru & jarang2 pakai lak tu. My hubby is not the type yg pergi kenduri pakai baju melayu. Yg perlu diganti cuma Luqman coz rasanya badan Luqman lagi besar dari abangnya. Hari ni dan esok akan jadi hari memborong baju2 raya budak2 & bapa budak.

Hobi baru

Dah laaaaama (read dari zaman anak2) sgt berminat, but selalunya masa tak mengizinkan. Zaman kanak2 tak mampu, zaman students tak sempat sbb sibuk jalan2 & lari2 kejar assignment, mula kerja baru nak adjust time & life, lepas tu kahwin - anak kecik .. now sibuk dgn meeting & deadline ..cukuplah dgn alasan..have to find time
.
&
terciptalah
aktiviti lunch hour and after sahur
.
beading .. yes I dok menjahit manik now
.
&
.
taraaaaaa...
.
tak leh nak tunjuk gambar clear coz suspen kan ...
baju raya
(cubaan berani mati)
p/s tiba2 nampak cam gambar kerongsang lak .. no..no jahitan bintang manik kay

Ingat2 nak makan ..

Tgh boring2 ni .. fikirkan menu nak order utk buka puasa nanti yek. Decided nak cari kedai makan siam, either Mama or DeAnjung .. nak makan apa yek ..

  1. Nasi .. confirm nasi putih
  2. Daging .. either lidah masak merah (Mama) or daging goreng daun limau (DeAnjung)
  3. Sup Ekor
  4. Sotong goreng cili
  5. Udang petai
  6. Kailan ikan masin
  7. Air buah utk me & kids sure minta milo ais

Hmm cukuplah kot utk 3 org .. kuih2 boleh jengok kat pasar Ramadhan nearby.

Cerita puasa

Hmm syian blog ni dah bersawang ... busy, tak sihat semua ada.

Cerita puasa .. Day 1 & 2 .. ikut selera anak2 .. Day 2 havoc sket sbb 1 hour before buka puasa, rombongan Mak, Sis, MIL, BIL, Nenek & cousin sampai & as usual tetamu harian Izat. Ish..ish silap info, my hubby cakap esok diaorg sampai. Apa lagi, keluarkan balik ayam yg tak sempat beku, marinate & gorenggg.. fav BIL & cousin. Alhamdulillah penangan gulai ikan keli me, MIL yg dah few days tak lalu makan sbb demam, terus berselera, and from day 3 onwards dia take over chef hat .. pesta makanan la every day buka puasa. Meriah mcm kenduri everyday, in fact hari barbeque tu dah rasa mcm raya dah. Alhamdulillah almost everyday tak de left over yg kena buang. Taufiq yg biasanya tak selera makan pun siap bertambah masa berbuka & sahur. Menu .. sebut jer dari laksa, bihun sup utara, nasi ulam, sayur keladi, kari sampaila ke barbeque last weekend. Merasalah mr hubby dengan pulut sekaya air tangan mamanya.
.
Rabu malam diaorg balik & semalam 1st day back to normal .. sahur malam tu Taufiq makan sikit jer, berbuka pun tak selera .. not only Taufiq, me pun terasa kurang selera berbuka & bersahur .. maybe sbb tinggal kitaorg berempat jer, me, mr hubby, syiqin & taufiq. Hmm tak sabar nak tunggu balik kampung 2 minggu lagi .. mesti meriah sbb masing2 dah plan nak barbeque kat kampung pulak.
.
Tonight .. 1st time nak berbuka kat luar after 2 weeks puasa .. only me, Asyiqin & Taufiq coz Mr Hubby berbuka kat Bangi with his team. Tak tau nak pergi mana, maybe kat one of the rest kat Rawang jer kot. Teringat gak nak pegi Kelab tapi tak best kalau hubby tak ikut sekali .. hmm tgklah keadaan.