Nuzul Quran with family & jalan2 lagi

Salam Merdeka. Ini cerita long weekend Nuzul quran, Mr E ambil kesempatan bercuti sekali sebab angah balik. So few golden moment has been captured ...
Mr & Mrs E with Kakak & Angah
(Hitam Putih Kehidupan)
...
Ini betul2 golden moment.
Teramat payah untuk ambil gambar me & Luqman coz dia selalu tak nak duduk diam or tak boleh stay di peluk lama.
...
me & angah
...
me & kakak
...

me with angah & kakak
...
me w angah shopping @ Tesco Rawang
.....
...
.
dan
gambar paling mahal
.
...
.....

me & hubby
...
If my readers notice, dah lama me tak ambik gambar full body. Selalunya me publish gambar muka jer. This is bcoz diri sendiri pun tak sanggup tgk gambar sendiri ..
.
Now, I'm proud to announce, dgn makan yg sederhana (me makan nasi tau .. tapi dlm kuantiti separuh) dibantu dgn puasa dua minggu berat me dah di bawah 64 kg. If you've read this diet entry, and for info, berat me bermula dgn 75kg November tahun lepas .. dgn diet biasa berjaya turunkan ke 71.3 sehingga awal bulan April, selepas detox turun 2.8 kg ke 68.5 and last timbang last week mid August about 63.5. Kalau mampu me nak keluarkan 3.5kg lemak lagi from my body before November 13th ... penurunan 15 kg dlm masa setahun di usia 40an tanpa bantuan supplement atau ubat. Yessss .... MERDEKA

Jalan2 Ramadhan

Sat 21 August 2010, hubby ada training dan terus berbuka kat IOI, so me bawa kakak & Taufiq keluar jalan2 cari pasal kat Jalan TAR. Hajat beli baju melayu Luqman, alhamdulillah jumpa exactly colour yg dicari. Kakak nak berbuka kat KFC tapi kedua2 outlet pertama & Jln TAR penuh. At last, naik sogo, berbuka kat Restaurant Siang (the only one yg tak penuh). Food not bad but terlalu byk la .. ambik set for two, makan 3 org tak habis, siap boleh pack bawa balik sahur lagi. Taufiq suka makan kat sini coz ada aquarium kat dinding rest .. errmm lepas raya boleh dtg try the dim sum pulak...
Taufiq yang amat berselera, siap makan dgn tangan lagi.
...
Next day, Sunday, sessi mencari baju the girls & Me pulak. Inilah padahnya last minute tukar planning family theme. This time bergerak ke Shah Alam pulak. As usual the kids dgn perangai masing2 .. gaduh & merajuk .. letih agaknya bulan puasa. Dan hasilnya ...
tara.......
..
..

angah pose dgn baju raya

surprise .. kakak yg pilih baju penuh labuci ni

& the girls

Tak kisahlah baju raya kakak & adik dah basi, coz raya nanti tak sempat dah nak posing baju raya .. sibuk dgn ketupat & lauk pauk. Banyak planning tapi cutinya sekejapan sahaja .. entahlah.
...

dan menu berbuka minggu lepas yg sempat di snap

kurma daging yg kekeringan kuah
...

daging masak merah

Cute

Hi .. My name is cute.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ramadhan Day 4

Sudah masuk hari ke empat puasa. Rasanya macam baru semalam countdown untuk menyambut Ramadhan. Intai2 kerja orang dapur di hari ke 4.
.

Sup Telur Puyuh & Cendawan
...
Resepi tumis air yg simple untuk orang yang mengadu tak sedap perut. Bila mendidih masukkan bahan utama telur puyuh rebus & cendawan. Me masukkan tofu & fishball (sesuka hati apa yg ada dlm fridge), last sekali bila mendidih, tutup api dan masukkan daun bawang & cili.
.
Bawal Tiga Rasa

Menu untuk anak yang baru balik dari asrama .. esok dah nak balik semula.
.
Resepi Bawal Tiga Rasa

Bahan2:
Ikan bawal (goreng kunyit biasa)
.
Bahan2 A (blend)
Cili
Halia
Serai
Bawang putih
Bawang merah
.
Bahan2 lain
Halia (potong memanjang)
Bawang Besar (potong bulat)
Cili merah @ capsicum
Carrot
Serai (ketuk)
Sedikit daun sup/bawang
garam secukup rasa
air asam
.
Tumis serai dan halia, masukkan bahan A yg telah diblend, kacau sampai rempah masak, masukkan air asam dan garam secukup rasa, masukkan bawang besar, carrot dan cili merah/ capsicum, kacau sekejap, matikan api dan masukkan daun sup/bawang. Sedia untuk dihidang.
.

Kerabu Mangga dan Daging Bakar

Resepinya dari blog Tertunailah Hasrat Hati - Kak Ina KL (kak ke? he3)

Saya suka resepi dari blog ni .. selalunya tak mengecewakan.

Daging Bakar
Me just marinate 15 minit dgn Sos Life oriental dan sedikit kicap manis pastu bakar.
.
dan lawannya air asam.
.
Me start masuk dapur jam 6 ptg .. rasa mcm tak sempat jer. Nasib baik, ngam2 jam 7.15 semuanya selesai termasuk shooting .. he3. Pastu yang kat dalam sinki macam tongkang pecah tu biar maid la pulak selesaikan. Yang bestnya semuanya berselera dan tinggal sikit jer untuk sahur. Alhamdulillah tak membazir, penat tapi puas hati tgk anak2 & Mr E makan berselera.

Ramadhan Day 2

Ingin kembali aktif tapi tak tau kat mana nak start. Sawang2 dah dicuci, lantai dah mop, dinding masih dgn cat lama tapi rasanya still cantik .. nanti2 boleh touch up.
.
Lets start with makan2 & recipe ..
.
Day 1, menjelajah pasar Ramadhan.. beli lebih kurang.. tapi selera tak menepati tekak. So Day 2, bermulalah sessi main masak-masak semula...

Gulai Ikan Kembung & Bendi
(teruja dgn posting my fren kat fb)
.
Hati Lembu Goreng Jintan
Resepi dari blog Lady of Leisure .. mmg ummph
tapi bila buka semula nak link to the entry dia tak jumpa pulak.
Me tulis semula
.
Resepi Hati Lembu Goreng Jintan
.
500 gram hati lembu (dipotong)
2 tangkai serai (diketuk)
1 inci halia (potong mancis)
1 biji bwg merah (blend)
2-3 biji bawang putih (blend)
sedikit jintan putih, jintan manis & ketumbar
2-3 tangkai cili merah & hijau
5-10 biji cili padi (belah dua - me tak letak)
1 biji bawang merah (potong bulat)
2 sudu besar kicap pekat manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar cili kisar
garam secukup rasa
.
cara-cara:
Tumis serai, halia, jintan manis, jintan putih dan ketumbar hingga wangi. Masukkan bahan blend(me tumbuk jer) dan tumis lagi sampai wangi. Masukkan cili kisar dan gaul sampai rempahnya garing. Masukkan hati lembu, goreng sehingga hati masak (keras). Masukkan cili hijau, cili merah, bawang, kicap pekat, serbuk lada hitam, cili padi dan garam. Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan. Hmm nyum nyum nyum .. thanks Lady for sharing.
.
ikan bakar
this time me bakar tawar - kata org Kedah
just lumurkan ikan tu dgn asam utk hilangkan hanyir
pastu terus masuk oven
.
.
dan terakhir air asam .. fuhh menyelerakan wpun simple



Salam Ramadhan

SALAM RAMADHAN

UNTUK SEMUA

MAAF ZAHIR BATIN