Cookies lagi - Choc Chip Cookies



My project last nite. This time I used better grade butter, cocoa & choc chips.. The smell & taste ... walla..

Memenuhi permintaan Diana .. me tulis resepi.  Actually resepi ni dari my friend MrsWongJowo, semoga Allah memberkati ilmu yg dia share, dan mempermudahkan segala urusan beliau ..

Choc Chip Cookies
250 gm butter
130 caster sugar
1 egg yolk
vanilla
230g flour (rose)
20 g cocoa powder
50 gm nestum
50 gm almond nibs
50 gm white choc (chopped) or white choc chip
100 gm choc chip


Me follow exactly as abov, tak tambah tak kurang, cuma 1 adunan tu tak byk sgt, kalau guna mixer besar boleh buat 2 adunan terus.  Utk kepuasan sendiri me guna better grade butter (Anchor or SCS), cocoa and choc chip me guna Hershey, Almond nibs tu me goreng without oil dulu, tepung sifted with cocoa powder.
Beat in butter until smooth and creamy, add in sugar beat until fluffy (about 2 mins), beat in egg, add in vanilla extract, beat until incorporated.  Add in flour+cocoa and nestum, beat until incorporated.  Me guna mixer biasa (tgh bodek Mr E beli Kitchen Aid), me masukkan almond nibs and choc chip last, and fold (kaup balik) guna spatula. Bake about 15-20 mins (ikut oven) in 180c.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

wanita


Ketika diciptakan seorang wanita, untuk menjadi seorang yang istimewa, bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.

Diberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.

Diberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.

Diberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.

Diberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.

Diberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.

Dan akhirnya, diberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlu.

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, 
susuk yang ia tampilkan, 
atau bagaimana ia menyisir rambutnya.
Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, 
kerana itulah pintu hatinya, 
tempat dimana CINTA itu ada.

Cook + kiss = cookies

Uish ada tenaga buruh paksarela...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Buka Puasa Ramadhan 12

ikan mcm2 rasa
sayur bercampur-campur
kerabu togey
last sekali sebelum azan jiran sblh hantar laksa ..
Menu berbuka hari ini dlm tak sampai sejam disiapkan. Mewahlah pulak bila yang mengadapnyanya me & Taufiq jer. Hadoiii.. hajatnya Ramadhan ni nak kurangkan pembaziran.. Hish.sekali sekala 'ter'membazir jugak

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ayam Penyet last minute


Semalam asalnya nak marinate jer dulu ayam penyet utk menu hari ni, tapi 'ter'jadi menu semalam atas keinginan tak tertahan.. Marinade in less than an hour .. But the taste sgt2 okay, & sambalnya menjadi spt yg pernah me makan kat Ibu Nor, cuma me buat version kurang pedas so kurang cili padi.  Actually my family kalau jenis nasi yang berminyak like nasi tomato, ayam, minyak, beriani etc kalau sekali sekala okaylah tapi tak boleh hari2.  Tapi kalau jenis nasi putih berlauk memang favourite.  Kebetulan nasi ayam penyet Ibu Nor memang pakai nasi putih so selalulah juga ke sana.  Teringin dah lama nak buat sendiri tapi tak terbuat sehinggalah hati rasa betul2 teringin nak makan hasil tangan sendiri semalam.  Singgah kedai runcit dekat rumah jer untuk beli ayam fresh 1/2 ekor (itu jer pun yang tinggal) dan sedikit brg2 basah yg dah kehabisan kat rumah .. lepas tu pukul 6.15 pm start kelentang kelentung kat dapur, ngam2 azan kat tv semuanya siap dihidangkan.  
Tengah rajin nak gak masuk cerita kelentang kelentung semalam.  Sampai jer rumah cuci ayam pastu rebus dulu 10 mins, sambil tu siapkan rempah2, angkat ayam terus marinate, sup teruskan masak dgn tulang2 & masukkan rempah2 sup (kalau ada bunjut kan senang - terlupa), pastu proses untuk cuci & menggoreng bahan2 sambal pulak, lepas goreng masukkan dlm peti ais utk sejukkan ke suhu bilik (kalau tunggu btl2 suhu bilik - lambat), masa ni digunakan utk potong tahu & tempe, cuci/potong ulam2 siap2 letak dlm pinggan.  Siap, terus keluarkan bahan2 sambal, blend pastu masak kejap & serve, lepas tu keluarkan ayam terus goreng, tak byk pun 4 ketul dua kali goreng selesai, sambil2 goreng tu masukkan tahu & tempe dalam baki rempah tu, selesai goreng ayam terus goreng tahu dan tempe .. done and served .. dan azan pun berkumandang.  Thats me, kalau kelam kabut kat dapur, me suka buat sorang2, tapi before balik dah minta my maid kupas bawang segala, and nasi masak sebelum buat apa2 (2-3 mins jer pun), air cuci beras tu elok utk cuci ayam, masa me masak, maid kena halau gi depan tgk anak2 he3.. nanti byk pertanyaannya dan melambatkan kerja.
Overall komen dari si tukang makan Mr E yang selalu reserved his comment, "wah menjadi, abang memang suka ayam penyet..".  satu kepuasan yang tak terhingga ..

Resipi dah mixed few version yang me dpt from internet but mainly me ambik from blogresepi and me copy paste for future ref...

Penyet Untuk Ayam
 
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup) - me cuma buat 1/2 ekor ptg 4 ..
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.
1.  Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
2.  Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.- hu3 me cuma perap <1 hour
3.  (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)
4.  Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
5.  Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

[My fren’s version -plan to try this next time : Blend serai, lengkuas, halia, kunyit, ketumbar, bwg putih, then marinade d chicken for 2-3hrs. Add salt 2 taste. Steam@braise d chicken till tender. Then deep fry till golden brown. Penyetkan & tabur rempah2 yg dlm gorengan. Ready to be served]

Untuk Sambal.- (me cuma buat 1/4 - itu pun ada lebih sikit lagi)
  • Sedikit minyak masak
  • 20 batang Cili merah
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
1.  Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
2.  Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
3.  Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
4.  Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik. - me msk dlm peti ais 10 mins
5.  Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
6.  Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
7.  Masukkan gula merah dan gaul rata.
8.  Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Untuk Sup.
1.   Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.- [boleh tambah kayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
2.  Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Untuk Tempe dan Tauhu Goreng.
  • 2 keping tahu – potong dadu
  • 1 paket tempe – potong nipis - my daug's favourite
  • Sedikit tepung beras.
  • Minyak masak untuk menggoreng.
1.  Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
2.  Goreng hingga garing.




Me terjumpa menu ni dari blog lady (antara blog terawal yg me follow), ingat next time nak buat empal/daging pulak.  Me copy paste resepi kat sini for my future ref jugak ..


resepi Daging Empal:

Bahan-bahan:-
1kg daging
2 sudu besar ketumbar - tumbuk halus
1 cawan setengah air asam
5 ulas bawang putih - tumbuk halus
1/3 cawan gula melaka - tumbuk halus
Garam secukup rasa
Serbuk perasa daging/ayam Maggie

Cara-cara:-
  1. Rebus daging hingga empuk. Sambil tu tumbuk serbuk ketumbar hingga halus, kemudian tumbuk gula melaka and finally bawang putih sekali. Dalam satu mangkuk, masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi, air asam, garam, dan serbuk perasa Maggie. Gaul sebati dan ketepikan.
  2. Setelah daging lembut/empuk, potong nipis dan lebar-lebar kemudian ketuk dengan pengetuk daging(guna bahagian yang tajam-tajam tu). Lepas tu celup daging yang diketuk dalam ramuan tadi dan perap setengah jam atau satu jam.
  3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, dan bakar daging yang diperap tadi. Masa bakar tu kasi hangus-hangus skit baru sedap. Minyak tak perlu banyak, lebih kurang 3-4 sudu besar saja. Done.
TIPS: Tak perlu bakar lama, bila dah hangus skit-skit tu boleh angkat, lagipun daging ni dah direbus. Saya bakar 4-5 minit jer.

Untuk sambal padang, ada yang merah dan ada yang hijau. Saya buat yang merah:

Bahan-bahan:-
Cili merah - belah dua dan buang bijinya
Bawang merah
Tomato
Garam
Gula

Cara-cara:-
  1. Tumbuk kasar cili merah, tomato dan bawang. Kemudian panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk tadi.
  2. Perasakan dengan garam dan gula. Masak dengan api perlahan supaya warna sambal tak jadi gelap. Masak hingga naik minyak.
TIPS: Sambal padang ni biasanya rasa manis dan masin tu tak terlalu ketara. So pandai-pandai adjust kasi cukup rasa


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

My German melt-in-mouth




Testing kuih raya. Jumpa recipe nie while google for sugee yg melt in mouth .. tajuknya sungguh menarik sesedap kuihnya.. I like.. Ada sikit2 mcm suji masin, manis butter & lembut tepung kentang..tapi tak mudah hancur dipegang and it really melt in the mouth ... rasanya me akan buat ni for this raya ganti sugee.
recipe from here.. me copy paste untuk kegunaan masa depan ..


Melt-in-mouth German Cookies [credit to Small Small Baker]

Ingredients (makes 60 pieces)

125g butter [me guna SCS - taste & smell better]
40g icing sugar, sifted
125g potato starch [me guna Windmill brand same as Small Small Baker beli kat Tesco]
80g superfine flour [me guna tepung gandum cap Sauh]
2 sudu serbuk choc [optional me tambah kalau nak perisa choc]

Method

1. Beat butter and icing sugar till fluffy and lighter in colour.
2. Sift in potato starch and flour, mix to form a soft dough.
3. Roll into small balls (about 2cm in diameter)
[kalau doh lembik & sukar dibentuk balut dlm plastik simpan dlm petiais 10-20 mins]
4. Arrange on lined baking pan and press lightly with a fork (dip the fork in water after each press to prevent cookie dough from sticking to the fork).
4. Bake in preheated oven at 170 deg C for 15 mins, upper rack (need not bake till cookies turn brown).


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Happy Birthday Angah

Happy 15th Birthday Angah. Semoga Allah memakbulkan segala impian Angah & menjadi hambaNya yg beriman dan anak yg solehah.... Aaamin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

My 1st Red Velvet Cupcake

... on d way 

Actually family me kurang menggemari cake unless ada special occassion like birthday, sbb tu kalau me hv to bake cake, i choose cupcake  .. tak payah buat byk.  But for this Red Velvet advisable buat big cake the last step soda & vinegar tu, u have to quickly divide the batter to the cups and the rich red color tu blh buat keadaan jadi sememeh.  But Alhamdulillah my cake menjadi & keluar jer dari oven Mr E makan 5 cups (he is not a cake fan) .. sangat sedap katanya ..

inspirasi dr my fren Ms WongJowo but me guna resepi Joy of Baking siap khatam video lagi. 

Red Velvet Cupcakes:
 
1 1/4 cups (125 grams) sifted cake flour
1/4 teaspoon baking powder
1/4 teaspoon salt
1 tablespoons (10 grams) regular or Dutch-processed cocoa powder [me guna Hershey]
1/4 cup (57 grams) unsalted butter, at room temperature [me guna SCS]
3/4 cups (150 grams) granulated white sugar
1 large egg
1/2 teaspoon pure vanilla extract
1/2 cup (120 ml) buttermilk*
*[ me campur 120 ml susu cair dgn 1/2 tbsp cuka]
1 tablespoon liquid red food coloring
1/2 teaspoon white distilled vinegar
1/2 teaspoon baking soda

Cream Cheese Frosting:
8 ounces (227 grams) cream cheese, room temperature [ me guna philadelphia cream cheese]
1/2 teaspoon pure vanilla extract
1/2 cup (60 grams) confectioners' (icing or powdered) sugar, sifted
2/3 cup (160 ml) cold heavy whipping cream (double cream) (35-40% butterfat)

Red Velvet Cupcakes
Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C) and line 12 muffin tins with paper cupcake liners. [ me takde muffin tin so i use muffin paper cup]
In a large bowl sift together the flour, baking powder, salt, and cocoa powder.
In the bowl of your electric mixer, or with a hand mixer, beat the butter until soft (about 1-2 minutes). Add the sugar and beat until light and fluffy (about 2-3 minutes). Add the egg and beat until incorporated.  Scrape down  the sides of the bowl. Add the vanilla extract and beat until combined.
In a measuring cup whisk the buttermilk with the red food coloring. With the mixer on low speed, alternately add the flour mixture and buttermilk to the butter mixture, in three additions, beginning and ending with the flour.
In a small cup combine the vinegar and baking soda. Allow the mixture to fizz and then quickly fold into the cake batter. 
Working quickly, divide the batter evenly among the 12  muffin cups and smooth the tops with an offset spatula or the back of a spoon. Bake in the preheated oven for approximately 18 - 23 minutes, or until a toothpick inserted in the center of the cupcakes comes out clean.
Cool the cakes in their pans on a wire rack for 10 minutes and them remove from pan. Let cool completely before frosting. Either spread the frosting with a knife or offset spatula, or use a large 1M Wilton open star decorating tip to pipe the frosting.
Cream Cheese Frosting: In the bowl of your electric mixer, or with a hand mixer, beat the cream cheese until smooth. Add the vanilla and confectioners sugar and beat until smooth. Using the whisk attachment, gradually add the heavy cream and whip until the frosting is thick enough to pipe. Add more sugar or cream as needed to get the right consistency.
Makes 12 cupcakes.

[credit to Joy of Baking]

 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

everything happens for a reason ..




mata insan yang melihat
telinga insan yang mendengar
deria insan yang merasa
kekuatan & daya tahan insan berbeza
usahlah mencemuh yang lemah
kerana ujian kita tidak sama
hakikatnya
jangan mendabik sebelum diduga
wallahualam
.....
...
.

confused ..





YaAllah aku mohon petunjukMu, pilihan dan jalan terbaik untuk kutuju.  Berilah aku keyakinan dan ketabahan atas petunjuk dan ujianMu.  Permudahkan perjalananku, dan andai masaku sampai, aku mohon Kau tetapkanlah imanku.