Semalam asalnya nak marinate jer dulu ayam penyet utk menu hari ni, tapi 'ter'jadi menu semalam atas keinginan tak tertahan.. Marinade in less than an hour .. But the taste sgt2 okay, & sambalnya menjadi spt yg pernah me makan kat Ibu Nor, cuma me buat version kurang pedas so kurang cili padi. Actually my family kalau jenis nasi yang berminyak like nasi tomato, ayam, minyak, beriani etc kalau sekali sekala okaylah tapi tak boleh hari2. Tapi kalau jenis nasi putih berlauk memang favourite. Kebetulan nasi ayam penyet Ibu Nor memang pakai nasi putih so selalulah juga ke sana. Teringin dah lama nak buat sendiri tapi tak terbuat sehinggalah hati rasa betul2 teringin nak makan hasil tangan sendiri semalam. Singgah kedai runcit dekat rumah jer untuk beli ayam fresh 1/2 ekor (itu jer pun yang tinggal) dan sedikit brg2 basah yg dah kehabisan kat rumah .. lepas tu pukul 6.15 pm start kelentang kelentung kat dapur, ngam2 azan kat tv semuanya siap dihidangkan.
Tengah rajin nak gak masuk cerita kelentang kelentung semalam. Sampai jer rumah cuci ayam pastu rebus dulu 10 mins, sambil tu siapkan rempah2, angkat ayam terus marinate, sup teruskan masak dgn tulang2 & masukkan rempah2 sup (kalau ada bunjut kan senang - terlupa), pastu proses untuk cuci & menggoreng bahan2 sambal pulak, lepas goreng masukkan dlm peti ais utk sejukkan ke suhu bilik (kalau tunggu btl2 suhu bilik - lambat), masa ni digunakan utk potong tahu & tempe, cuci/potong ulam2 siap2 letak dlm pinggan. Siap, terus keluarkan bahan2 sambal, blend pastu masak kejap & serve, lepas tu keluarkan ayam terus goreng, tak byk pun 4 ketul dua kali goreng selesai, sambil2 goreng tu masukkan tahu & tempe dalam baki rempah tu, selesai goreng ayam terus goreng tahu dan tempe .. done and served .. dan azan pun berkumandang. Thats me, kalau kelam kabut kat dapur, me suka buat sorang2, tapi before balik dah minta my maid kupas bawang segala, and nasi masak sebelum buat apa2 (2-3 mins jer pun), air cuci beras tu elok utk cuci ayam, masa me masak, maid kena halau gi depan tgk anak2 he3.. nanti byk pertanyaannya dan melambatkan kerja.
Overall komen dari si tukang makan Mr E yang selalu reserved his comment, "wah menjadi, abang memang suka ayam penyet..". satu kepuasan yang tak terhingga ..
Resipi dah mixed few version yang me dpt from internet but mainly me ambik from blogresepi and me copy paste for future ref...
Penyet Untuk Ayam
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup) - me cuma buat 1/2 ekor ptg 4 ..
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup) - me cuma buat 1/2 ekor ptg 4 ..
- ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
- ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
- 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
- 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
- 1 sudu besar Serbuk Kunyit
- ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
- 3 ulas Bawang putih
- 1cm Halia
- Sedikit Air
- 1 sudu kecil Garam
- Minyak masak untuk menggoreng.
1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.- hu3 me cuma perap <1 hour
3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)
4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
[My fren’s version -plan to try this next time : Blend serai, lengkuas, halia, kunyit, ketumbar, bwg putih, then marinade d chicken for 2-3hrs. Add salt 2 taste. Steam@braise d chicken till tender. Then deep fry till golden brown. Penyetkan & tabur rempah2 yg dlm gorengan. Ready to be served]
Untuk Sambal.- (me cuma buat 1/4 - itu pun ada lebih sikit lagi)
- Sedikit minyak masak
- 20 batang Cili merah
- 10 biji Cili padi
- 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
- 3 biji Bawang putih, hiris
- 5 biji Tomato, potong 4
- 5 cm Belacan
- 2 sudu Ikan Bilis
- 3 sudu gula merah/secukup rasa
1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik. - me msk dlm peti ais 10 mins
5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
Untuk Sup.
1. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.- [boleh tambah kayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
2. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.
Untuk Tempe dan Tauhu Goreng.
- 2 keping tahu – potong dadu
- 1 paket tempe – potong nipis - my daug's favourite
- Sedikit tepung beras.
- Minyak masak untuk menggoreng.
1. Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
2. Goreng hingga garing.
Me terjumpa menu ni dari blog lady (antara blog terawal yg me follow), ingat next time nak buat empal/daging pulak. Me copy paste resepi kat sini for my future ref jugak ..
resepi Daging Empal:
Bahan-bahan:-
1kg daging
2 sudu besar ketumbar - tumbuk halus
1 cawan setengah air asam
5 ulas bawang putih - tumbuk halus
1/3 cawan gula melaka - tumbuk halus
Garam secukup rasa
Serbuk perasa daging/ayam Maggie
Cara-cara:-
- Rebus daging hingga empuk. Sambil tu tumbuk serbuk ketumbar hingga halus, kemudian tumbuk gula melaka and finally bawang putih sekali. Dalam satu mangkuk, masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi, air asam, garam, dan serbuk perasa Maggie. Gaul sebati dan ketepikan.
- Setelah daging lembut/empuk, potong nipis dan lebar-lebar kemudian ketuk dengan pengetuk daging(guna bahagian yang tajam-tajam tu). Lepas tu celup daging yang diketuk dalam ramuan tadi dan perap setengah jam atau satu jam.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, dan bakar daging yang diperap tadi. Masa bakar tu kasi hangus-hangus skit baru sedap. Minyak tak perlu banyak, lebih kurang 3-4 sudu besar saja. Done.
Untuk sambal padang, ada yang merah dan ada yang hijau. Saya buat yang merah:
Bahan-bahan:-
Cili merah - belah dua dan buang bijinya
Bawang merah
Tomato
Garam
Gula
Cara-cara:-
- Tumbuk kasar cili merah, tomato dan bawang. Kemudian panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk tadi.
- Perasakan dengan garam dan gula. Masak dengan api perlahan supaya warna sambal tak jadi gelap. Masak hingga naik minyak.
glad u like this daging empal.. btw scrol ke bawah nampak german cookies yang ala2 melt in the mouth ni terus rasa nak cuba.. :)
ReplyDeleteLady, german melt in mouth ni senang sgt buat & sedap. hari2 biasa pun sesuai utk minum petang.
ReplyDeletezaila memang suka makan ayam penyet tapi tak tahu macamana nak buat, ni dah ada resepi ni bolehlah cuba;)
ReplyDeleteZaila, blh try, kalau marinade overnite rasanya lagi sedap ..
ReplyDelete