Aidil Adha 2013

Agak kurang meriah kali ini sebab:
1) suasana sedih atas kehilangan arwah mak tok masih teraaa
2) Kakak akan menghadapi exam akhir sem 1 hujung bulan & Angah akan menghadapi SPM awal Nov nanti... kedua2nya menghabiskan masa dirumah hampir 50% di meja study, selebihnya tidur & makan.. 10% tgk tv ... okay lah untuk masa depan mereka

Tinjau2 menu aidil adha yg simple


Cuma briyani set untuk breakfast &lunch


Dan sup daging korban untuk dinner

Tiada family photo sebab semua tidak di dalam mood berhari raya.
Hari raya kedua disibukkan dgn aktiviti menghantar mereka balik.

posted from Bloggeroid

My 1st Florentine Cookies

Merasa cookies ni kat rumah my relative masa makan-makan raya, huish sedaplah sangat.  Teringat seorang rakan pernah post buat cookies ni, message and tanya dia, she ask me to look for florentine cookies mix kat kedai barang2 kek. Lepas tu me google for the recipe terjumpalah recipe ni kat blog Azlita Masam Manis.

Oleh kerana loyang me 12 x 12, me terpaksa sesuaikan sukatan dengan loyang agar tidak terlebih tebal ..


FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND
Rujukan : Azlita Masam Manis

(me sesuaikan dengan loyang 12 x 12)

150 gm tepung Florenta
150 gm badam keping
75 gm kuaci

15 gm bijan hitam

Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama lebih kurang 10 minit (ikut oven masing2).  Satukan semua bahan dalam bekas, gaul hingga semuanya bersalut sempurna.  Panaskan oven pada suhu 160C. Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis.  Bakar dalam oven selama 10-15 minit (ikut oven masing2).  Adunan ini cukup untuk satu loyang 12 x 12 - sederhana tebal & tak terlalu nipis.
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan. Simpan dalam bekas kedap udara.

dan kejadiannya :

bahan2nya

proses pembakarannya

 dan hasilnya tidaklah mengecewakan
Mr E sangat2 suka





Selesai sudah perjalanan seorang hamba .. Alfatihah

Rasa kurang selesa menulis yang sedih-sedih membuatkan entry ini tertangguh tapi perlu juga ditulis sebagai panduan dan pengetahuan anak-anak cucu nanti.



Tanggal 18 Sep 2013 lebih kurang jam 3.30 Mak Tok Rokiah Hj Ibrahim telah kembali ke rahmatullah di pangkuan anaknya Mr E.  Pengalaman pertama untuk Mr E & Me untuk mengesahkan ketiadaan nadi Allahyarhamah pada ketika itu, hati kedua-dua kami telah mengesahkan, mata saling berpandang tapi mulut berat mengucapkan, menunggu siapa yang mula dulu, akhirnya Me cakap, kita bawa hospital, lepas tu baru Mr E cakap, 'rasanya mak dah tak ada' .. seterusnya kami perlu fikir 'whats next'.  Permintaan Mr E yang ringkas "please be on my side".

Tidak semudah di kampung di mana bila dimaklumkan semua orang kampung akan berkumpul dan menguruskan.  Di sini, semuanya bekerja, tapi alhamdulillah dipermudahkan, mungkin kerana kerjasama semua yang ada, diuruskan oleh kariah setempat setelah Mr E membuat keputusan untuk mempermudahkan perjalanan terakhir ibunya di sini, selesai laporan polis dibuat dan disahkan pada jam 9 pagi, jenazah dibawa ke surau setempat, pengalaman pertama Me mandikan jenazah sebenar, dan seterusnya membantu proses mengkafan dan solat jenazah .. alhamdulillah selesai lebih kurang jam 11 pagi - sesuai dgn para ibu yang menguruskan jenazah perlu pulang untuk menguruskan anak-anak yang akan balik sekolah pula.  Jenazah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Garing lebih kurang jam 12 tengahari.

Pengalaman pertama menguruskan sendiri satu kehilangan, bermula dari mengesahkan hinggalah selesai pengkebumian adalah satu pengalaman yang tak mungkin Me lupakan hingga ke akhir hayat apatah lagi Mr E.

Alhamdulillah di penghujung hayat Allahyarhamah dijaga dan dibelai oleh anakanda-anakandanya walaupun kedua-duanya lelaki  dan Allahyarhamah sendiri telah menjalankan tanggungjawab menjaga ibunya (tok) hingga ke akhir hayat beliau.  Cuma Allah lebih sayangkan Allahyarhamah, beliau pergi dulu sebelum ibunya.  Sedih saat tok melepaskan anaknya, tapi kali ini nampaknya tok lebih redha dan bersedia dari saat tok nak melepaskan mak cik dulu.

Semoga roh Allahyarhamah Rokiah Hj Ibrahim ditempatkan bersama-sama hamba-hambaNya yg beriman.