Selesai sudah perjalanan seorang hamba .. Alfatihah

Rasa kurang selesa menulis yang sedih-sedih membuatkan entry ini tertangguh tapi perlu juga ditulis sebagai panduan dan pengetahuan anak-anak cucu nanti.



Tanggal 18 Sep 2013 lebih kurang jam 3.30 Mak Tok Rokiah Hj Ibrahim telah kembali ke rahmatullah di pangkuan anaknya Mr E.  Pengalaman pertama untuk Mr E & Me untuk mengesahkan ketiadaan nadi Allahyarhamah pada ketika itu, hati kedua-dua kami telah mengesahkan, mata saling berpandang tapi mulut berat mengucapkan, menunggu siapa yang mula dulu, akhirnya Me cakap, kita bawa hospital, lepas tu baru Mr E cakap, 'rasanya mak dah tak ada' .. seterusnya kami perlu fikir 'whats next'.  Permintaan Mr E yang ringkas "please be on my side".

Tidak semudah di kampung di mana bila dimaklumkan semua orang kampung akan berkumpul dan menguruskan.  Di sini, semuanya bekerja, tapi alhamdulillah dipermudahkan, mungkin kerana kerjasama semua yang ada, diuruskan oleh kariah setempat setelah Mr E membuat keputusan untuk mempermudahkan perjalanan terakhir ibunya di sini, selesai laporan polis dibuat dan disahkan pada jam 9 pagi, jenazah dibawa ke surau setempat, pengalaman pertama Me mandikan jenazah sebenar, dan seterusnya membantu proses mengkafan dan solat jenazah .. alhamdulillah selesai lebih kurang jam 11 pagi - sesuai dgn para ibu yang menguruskan jenazah perlu pulang untuk menguruskan anak-anak yang akan balik sekolah pula.  Jenazah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Garing lebih kurang jam 12 tengahari.

Pengalaman pertama menguruskan sendiri satu kehilangan, bermula dari mengesahkan hinggalah selesai pengkebumian adalah satu pengalaman yang tak mungkin Me lupakan hingga ke akhir hayat apatah lagi Mr E.

Alhamdulillah di penghujung hayat Allahyarhamah dijaga dan dibelai oleh anakanda-anakandanya walaupun kedua-duanya lelaki  dan Allahyarhamah sendiri telah menjalankan tanggungjawab menjaga ibunya (tok) hingga ke akhir hayat beliau.  Cuma Allah lebih sayangkan Allahyarhamah, beliau pergi dulu sebelum ibunya.  Sedih saat tok melepaskan anaknya, tapi kali ini nampaknya tok lebih redha dan bersedia dari saat tok nak melepaskan mak cik dulu.

Semoga roh Allahyarhamah Rokiah Hj Ibrahim ditempatkan bersama-sama hamba-hambaNya yg beriman.

4 comments:

  1. Takziah dan Al-Fatihah.. Moga rohnya ditempatkan bersama2 org2 yang beriman dan beramal soleh.. Aaammiinn

    ReplyDelete
  2. Qin sayang mak tok, semoga mak tok aman di sana...Al-Fatihah

    ReplyDelete