41 tahun yg lalu, agaknya di masa ni my mum keresahan membawa perut yg sarat, risau apakah dugaan kelahiran anak ke3 ini. As a mum tak kisahlah anak ke berapa, sudah pastinya kelahiran adalah sesuatu yg dinantikan. Kelahiran me ketika mak dan ayah masih tinggal bersama tok. Me merupakan cucu ke 4 selepas kakak(1965), abang(1966), my hubby(1967) and me (1968) .. unik bukan urutan tahun kelahiran kami.. dan itu menjadikan kami agak rapat bersama, main bersama .. bergaduh pun bersama.
Ingatan me pada kehidupan masa kecil hanyalah bermain sekitar kawasan kampung tok yg dipenuhi pokok2 buah sawa, mempelam(mangga), jambu air, jambu batu, belimbing dan cermai. Satu lagi yang me ingat ialah kutip buah nam-nam jiran sebelah rumah tok, Tok Su Wan namanya. Kejiranan dulu amat rapat malahan kebanyakkannya asal kami bersaudara, Tok Su Wan, seingat me adalah seorang tua yg dah tak berapa sihat duduk di atas rumah .. sesekali kalau nampak me atau kawan2, dia akan panggil dan bagi duit atau buah.
Sewaktu me berusia 3 tahun me dapat adik, tapi sebelum tu kami dah pindah rumah sendiri di belakang rumah tok. Me tak berapa ingat tentang kelahiran adik, tapi yang me tau, ada nurse datang rumah .. me takut dan sembunyi balik pintu .. lepas tu kalau orang datang diaorg akan refer to me yg sembunyi balik pintu.
Selepas dapat adik, rasanya kehidupan me lebih bebas sebab mak sibuk dgn adik yg sakit. Selalu masuk hospital. Me belajar menjadi kakak from there. Me still remember semasa ayah hantar me pergi sekolah darjah satu, me suruh ayah balik tinggalkan me sorang sebab takut adik sakit tapi ayah tetap tunggu sampai waktu rehat. Memang me ada kakak dan abang, tapi abang dan hubby me bersekolah di sekolah lain - kononnya anak lelaki sekolah Inggeris, anak perempuan sekolah Melayu. Me dan kakak masa tu agak kurang rapat sebab masa tu kakak tinggal dengan tok (& tok mmg saaaayang sgt kat dia).
Darjah satu merupakan tahun me menyesuaikan diri dgn kawan2. Me tak tau kenapa rasa rendah diri me amat tinggi. Me selalu merasakan diri ni serba serbi kurang. Persekolahan rendah me dipenuhi dgn rasa rendah diri atas kekurangan sehingga me tidak sedar akan kelebihan diri me. Semangat me datang dari kejayaan Pak Lang yang merupakan anak kampung me yang pertama ke England. Semasa pertandingan pakaian beragam, me memperagakan baju yang Pak Lang beli dari London, me berjaya dapat no 1 wpun tak pandai nak jalan (siap cikgu pegang tangan ajar pusing).
Alhamdulillah Sekolah Kebangsaan Gunung telah berjaya mengurangkan rasa rendah diri me sehingga me berjaya masuk ke salah sebuah sekolah berasrama penuh. Tapi rasa rendah diri itu datang semula bila masuk hostel, abt 50% dormmate me anak staff kedutaan Malaysia di luar negara. Me jadi culture shock bila diaorg speaking. Nasib baik classmate me ramai yg same background. Sedari form 1 me dah belajar balik kampung sendiri, kalau cuti raya or cuti biasa naik bas ke Kulim, lepas tu naik bas dari Kulim ke Butterworth, lepas tu ambik bas express ke Alor Setar, lepas tu tunggu bas balik kampung. Kalau cuti semester, kami dapat tiket train .. bas sekolah akan hantar ke train stesyen kat Bukit Mertajam awal pagi, sampai di stesyen Alor Setar ayah dah tunggu bersama2 ayah kawan2 me. Belajar, main, belajar, main .. gossip, kutuk, gaduh etc .. sudahnya sampai SPM .. di sini baru terasa sedihnya nak berpisah dgn kawan2 yg tidur, makan, gaduh, kutuk etc bersama dlm satu compound selama 5 tahun. Lebih 80% kawan2 me memilih untuk keluar negara, tapi upon ayah's request, me tak isi langsung luar negara dalam borang untuk melanjutkan pelajaran lepas SPM.
To cut the story short, me kemudian sambung lagi matrix kat sekolah lama selama 2 tahun. Kali ni dengan kawan2 baru wpun di asrama yang sama dan kali ni me datang dengan semangat yang luar biasa, keyakinan diri me amat tinggi masa ni. Me sudah mula tau potensi diri, ditambah pula kerana me dapat course yang me minat. 2 thn matrix, 1st year & 2nd year .. alhamdulillah result setanding dgn usaha me.
Nak masuk 3rd year, banyak sgt dugaan .... uum sintok delay dan pembukaan semester baru lambat .. so, kami bercuti agak panjang, dan masa tu me kerja part time kat kedai bata .. bila dah nampak duit gaji .. semangat nak belajar dah kurang, ditambah pula dgn cinta monyet yg setengah jalan .. semangat jadi makin kurang bila mula masuk uum sintok dengan keaadaan serba kekurangan. Hostel yang separa, sebhg masih dlm construction, air tak de, panas terik, kering kontang, hostel & akademik jauh .. transport limited, lori hantu .. nak keluar dari kampus susah .. tgh2 tu ada pula yg tersampuk hantu (yelah kawasan tu hutan tegar b4). Dan paling sedih .. huhuhu.. ex-bf me bertunang .. syahdu. Result semester tu adalah yg paling merudum. Semesters after that me try kejar balik .. nasib baik my 1st 2 yrs result dah agak stabil. Cuti nak masuk semester terakhir me kerja kat library uum .. so jarang2 balik.
Masa tu juga, ayah yang merupakan pendorong kuat me, jatuh sakit. Me ingat tak serius, rupanya ayah pergi meninggalkan kami 2 minggu me register untuk final semester. Hitam, gelap, kelam rasanya dunia me. Semua tu kerana kami tak bersedia, segala2nya sebelum ni di bahu ayah. Abang & kakak berenti kerja semasa ayah sakit .. sekarang kami tak de punca pendapatan. Me almost left uni masa tu. Dalam kepala me cuma ingat nak kerja sebagai guru sandaran jer. Luckily my cousin (my hubby) strongly cuba sedarkan me, wpun masa tu hubungan kami tak lebih dari cousin. Kawan2 terlalu byk membantu. Terasa diaorg mcm saudara sendiri.
My family then proposed me dgn my hubby. Hahaha lagi terkejut .. ada nazar rupanya sebelum kelahiran me. Kami tak janji apa2, but we'll try. Bayangkan dari sepupu yg ber'hang''aku' .. we have to try on serious relationship .. lepas grad me mencuba nasib di kl & my cousin still kat Sintok, alhamdulillah me, after 2 weeks here me dpt kerja .. after two years kerja, we decided to get married. Alhamdulillah .. kami selesa bersama .. ada masa tenang, ada masa hujan renyai2, ada masa ribut kencang .. now kami makin matang bersama2 4 org permata kami. Siapa kata dah kenal tak perlu mengenali. It takes time for us to know each other after marriage wpun dah 25 thn kenal sblm kahwin. And now I'm proud to say that arrange marriage actually can work. Kenal lama bukan alasan untuk kita bosan. Now after 41 years we still have a lot to talk to each other, sampai kdg2 kena tinggal anak2 untuk pergi dating. Semoga Allah merestui perhubungan ini.
Back to me's story, I started my career kat centre kl .. after 3+ years move to Selayang, 3+ years after that transferred to Rawang, 6+ years then transferred to Shah Alam .. a year plus there, me resign and dapat kerja kat Rawang, very nearby my house. Keseluruhannya, 41 tahun ini, setiap detik amat bermakna buat me .. me bersyukur pada Allah untuk 41 tahun yang telah diberikan pada me .....and from now on .. tak de toleh ke belakang .. me will continue with my harapan in next entry tomorrow....