Ayam Grill Madu



My cousin cakap Ayam Golek versi Dayang Senandung
Selalunya kalau me beli ayam, semua me minta cut in pieces tapi hari tu sengaja minta sekor jangan dipotong utk buat ayam grill.  Dont play2, seminggu punya ration ayam at least 4 ekor (he3 S size).  Since Mr E selalu complaint tak sempat lunch & selalu lunch makan biskut, me bekalkan dia kasih sayang food for breakfast and lunch.  So malam2 me main masak2, masuk peti ais pagi bangun panaskan and buat simple breakfast (too early to eat at home).  Sebenarnya me lebih terikut2 blog2 kekawan yg dok overseas bekalkan the husband food.  Kat sana may be sebab susah nak dapatkan halal food, but to me its practical.  Jimat masa dan duit and masa selebihnya boleh take a nap kejap.  Me pun tumpang bawa bekal juga walaupun kerja dekat coz malas nak keluar balik ke rumah tengahari, panas boleh menyebabkan saya cair migrain and kurang focus pada kerja.  Eh melalut ke bekal la pulak .. sebenarnya nak cerita kenapa weekly shopping barang2 basah kena banyak.

Okay back to honey grilled chicken weekend lepas .. lets look at the recipe..

Ayam Grill Madu
  • 1 ekor ayam size M
  • 1 kiub ayam
  • 3 sudu besar kicap pekat manis
  • 3 sudu besar sos tiram 
  • 2 sudu besar sos mee goreng (me guna pes Char Kuey Teow he3)
  • 3 sudu besar madu
  • 4 ulas bawang putih(tumbuk)
  • 1in halia(tumbuk)
  • 1 sudu kecil lada hitam 
  • Sedikit olive oil
Cara-cara
1.  Bersih ayam. Kemudian gaul dengan semua bahan-bahan di atas.
2.  Perap 30 minit atau lebih (Lina perap semalaman, me perap sejam stgh).Kemudian bako dlm oven suhu 180 darjah selama 1jam
3.  Lina lapik alumium foil atas dulang pembakar (me tak lapik pun he3) , letak ayam.  Lumurkan sedikit myk(olive oil)
4.  Curahkan sekali air lebihan perapan ayam tadi ke atas ayam. (me panaskan balik air perapan tu sampai pekat baru curahkan separuh kat atas ayam - suka ayam tu nampak garing & berminyak)
5.  Selepas setengah jam, terbalikkan ayam dan simbah ayam dengan air perapan dalam dulang, (sebab kuah yg me curahkan tu pekat, takde lebihan tapi me curahkan baki air perapan yg dicurah no 4) supaya ayam tidak kering.

Hasilnya sangat superb ... kalau makan dengan nasi ayam pun okay.

No comments:

Post a Comment