Bingka Ubi aka bengkang



my bingka ubi
 Mr E & Angah's favourite.  Teringat zaman dulu2 kat kampung kalau membengkang (membingka), guna dapur minyak (api sederhana) dan diletakkan bara sabut diatas periuk besar.  Pastu acara memarut kelapa fresh, dan memarut ubi sebesen besar.  Zaman sekarang terlalu mudah, nak dgn tak nak.  Sudahnya jadi terlalu selesa membeli.  Sukar mencari yang mengikut citarasa sendiri sebenarnya ..

Me google resepi utk pastikan sukatan yang hampir sama dgn yang biasa my mak buat.  Inspirasinya dari cikmanggis .. thanks kerana sudi berkongsi.  Tapi disebabkan loyang me 7 x 7, me sesuaikan dgn keadaan dan me tulis apa yang me buat ..

Kuih Bingka Ubi Kayu
(Loyang 7 x 7)
 
Bahan-bahannya:
3 cawan ubikayu parut
90-100 g gula (me buat kurang manis, byk yg me kurangkan dari resipi asal)
1 1/2 cawan santan pekat.
1/4 tsp garam.
75 gm butter
2 biji telur.
2-3 titik pewarna kuning telur

Cara-caranya:
Gaul semua bahan2 di atas hingga sebati.
Tuangkan kedalam loyang 7 x 7
Bakar level paling bwh 180c, 45mins-1jam @ hingga masak , pindahkan ke bhg atas/ tgh bakar lg 10-15 minit supaya bhg atas garing keperangan..
Biarkan sejuk (abt 3 hrs) baru diptg.  

Gambar di atas adalah sebaik sahaja dikeluarkan dari oven.  Gambar dipotong tak sempat ambik sbb sebaik masak dah 1/3 bhg dimakan oleh Mr E dlm keadaan bingka lembik.  Pagi tadi tengok dah tinggal 1/3, kelam kabut nak masuk office tak sempat nak posingkan bengkang yang dah bengkok.  BTW my sis dah janji nak bawa ubi kayu lagi, rasanya sehari dua ni kena buat lagi sebab Angah (her super fav) akan balik petang nie ..

2 comments:

  1. wahh menarik nih..saya pun suka bingka ubi..tapi dalam kepala ni kuih muih bingka2x ni igtkan susah nak buat...

    rupa2xnya bahan2xnya takdelah susah mana yek...

    thank u so much kak kerana menampakkan mudahnya buat bingka ubi ni :)

    terus rasa nak try masak.

    love it!

    ReplyDelete
  2. Yup Hanis. Yg bestnya sbb sukatan gula & kegaringan bhg atas kita blh buat ikut citarasa family. Yg beli kdg2 keras, me agak diaorg campur tepung..

    ReplyDelete