Debaran seorang abah



Teringin menitipkan saat-saat cemas melepaskan anak lelaki untuk balik sendiri buat pertama kali dari asrama di Sabak Bernam ke Rawang di usia 13+ tahun.  Hati berat membenarkan tapi sang anak begitu teruja untuk berdikari, berkali-kali memujuk.  Semalam merupakan pertama kali Taufiq balik dari hostel ke Rawang, dan kebetulan hanya dia seorang yang akan menuju ke Rawang.  Bas pukul 6.30 petang dari Sabak Bernam ke Sungai Buluh, dari Sungai Buluh naik komuter ke Rawang.  Resah gelisah me tunggu di stesyen komuter Rawang dari pukul 8.30 mlm sampai lebih kurang 9.40 malam.  Macam2 yang bermain di minda kami tapi terpaksa tidak diluahkan takut menambahkan kegusaran di kepala.  Dari rumah nak ke stesyen komuter Mr E nampak relax shj, me yg a bit worried, tapi naluri sebenar seorang abah mula nampak bila sampai di stesyen komuter.  Satu demi satu komuter sampai, bayang anak belum nampak .. tapi bila komuter ke empat kot sampai, baru nampak Taufiq yang begitu confident jalan dan kami sengaja mengambil sedikit masa mengikutnya dari belakang untuk mengintai .. panikkah dia?  Owh anak mama begitu berkeyakinan menghala keluar sambil mata mencari2 public phone .. di situ mama sentuh bahunya .. dan Taufiq berpaling senyum.  Alhamdulillah ..Tamatlah sudah drama resah kami dan akan bermulalah era baru untuk kami membenarkan Taufiq balik dengan bas setiap kali hari balik bermalam.  Itu janji kami pada Taufiq, jika dia lepas ujian pertama ini, yang sepatutnya balik bersama rakan2, tapi perancangan lain jadinya dan Taufiq terpaksa menempuh saat pertama kali ini sendirian .. maka untuk kali2 yang selepas ini, Taufiq dibenarkan balik sendiri dengan syarat perlu menelefon mama sebelum bas bertolak untuk mama plan masa untuk mama menunggu di stesyen komuter. .... sudah besar anak mama rupanya .... :)


XOXO

Mrs E





posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. Love this post. Syabas utk Taufiq.
    Debaran mak n ayah itu tetap wujud sampai bila-bila. Bimbangnya menggunung tinggi saat keselamatan jadi taruhan. Kita sama.....anak2 dh mula mahu berdikari pulang sendiri ke rumah. Bila lagi mahu biarkan mereka jadi berani kan??

    ReplyDelete