Nasi beriani Johor

Menu hari raya haji yang diulang cetak dengan penambahbaikan sendiri, dan me berpuas hati untuk menyimpan menu ini untuk rujukan diri sendiri dan anak2 di masa depan.  Resipi nasi beriyani diubahsuai mengikut citarasa sendiri sumbangan dari resipi rakan2 di facebook dan daging briyani adalah dari mrs dayat @ myresipi.com.  Kesimpulannya me & family berpuas hati dengan resipi ini, nasinya lembut dan sedap, begitu juga dagingnya, cuma kena sedikit berlembut dengan nasi agar beras yang panjang tidak patah hatinya.  Daging pulak semakin lama di renih akan menjadi semakin sedap.


Bahan-Bahan:

  • 8 cawan beras Basmathi Faieza Kohinor
    9 cawan air (termasuk untuk mesin bawang & rempah)
  • ½ cawan daun pudina *(mesin)
    3 batang cili hijau *(mesin)
    10 biji bawang merah kecil @ 1 biji bwg besar ( *(mesin)
    10 biji bawang putih *(mesin)
    2 inci halia *(mesin)
    (mesin dgn 1 cwn air dr 9 cwn di atas)
  • 1 camca besar (1 pack kecil) rempah Beriani Faieza
  • 2 sudu makan minyak sapi
  • 2 senduk minyak masak
    5 tangkai bunga lawang
    5 biji buah pelaga
    2 batang kayu manis
    5 biji bunga cengkih
  • 1 cawan susu cair
    ½ cawan bawang goreng
    ½ tin kecil tomato puree
  • Gula & garam secukup rasa (boleh ditambah beberapa ketul tulang)


Untuk hiasan

  • Sedikit pewarna kuning telor
  • Sepokok daun ketumbar (potong 1")/sup/bawang
  • Segenggam kismis/biji gajus (goreng)
Cara:
  • Cuci beras & rendam 10 minit.Kemudian toskan.
  • Kisar bawang merah/besar, bawang putih,daun pudina,lada hijau,halia dengan secawan air. Bancuhkan rempah beryani kedalam bahan yang dimesin tadi.
  • Panaskan minyak sapi dan minyak masak kedalam periuk, masukkan bahan tumis diikuti dengan rempah yang telah dibancuh tadi.
  • Apabila telah naik baunya, masukkan air, susu, bawang goreng dan tomato puree (& daging/tulang jika suka). Tutup periuk.
  • Bila mendidih, masukkan beras. Kacau sebentar dan rasa garam gula secukup rasa. Pindahkan ke rice cooker. Alas dengan sehelai kain bersih di penutup periuk untuk mengelakkan wap keluar.
  • Bila air kering (rice cooker off) kacau nasi supaya baki air turun ke bawah & on rice cooker sekali lagi sehingga nasi masak, kemudian, kacau nasi perlahan2 dgn chopstick agar beras tidak patah. Letakkan sedikit-sedikit pewarna kuning dicelah-celah nasi sambil mengacaunya (perlahan). Taburkan daun ketumbar,tomato,daun sup,bawang goreng dan buah gajus. Tutup semula lebih kurang 10 minit.
Daging beriyani

 Bahan-bahan

  • 2 kg daging lembu + tulang (potong kiub)
  • 1 cup kecil yogurt
  • *15 ulas bwg merah / 2 biji bawang besar(blend)
  • *15 ulas bwg putih (blend)
  • *3 "halia (blend)
  • sedikit ghee
  • sedikit rempah tumis
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 4 biji tomato saiz besar (belah 4)
  • 10 biji cili hijau (tak perlu hiris)
  • 8 tbsp tomato puree
  • 4 tbsp sos tomato
  • 1 cwn susu cair
  • 12 tbsp (5 pack kecil) rempah baryani faieza
  • garam,gula secukup rasa
  • sedikit daun sup,daun bawang,daun pudina

Cara-cara

  • gaul daging dgn yogurt, perap sekejap
  • panaskan minyak sapi (anggaran rata bwh periuk) tumiskan rempah tumis dan bawang yg dihiris biar bwg agak garing sedikit
  • masukkan bhn2 yg diblend, kacau sampai naik bau
  • masukkan daging, gaulkan.
  • masukkan tomato dan cili hijau.
  • masukkan pula daun-daun, garam dan gula.kacaukan sebati
  • tutup periuk, biarkan lebih kurang 1/2 jam minit supaya daging lembut. (pastikan kuah tu sama rata ngan daging, kalau tak rata,tambah air)
  • bila daging dah agak2 empuk,masukkan sos tomato, tomato puree dan susu cair. Kecilkan api, kacaukan dan biar atas dapur.
  • Akhir sekali, masukkan rempah baryani dan kacaukan sebati..
  • Daging boleh diganti dengan kambing atau ayam (goring skjp)


Acar Mentah

  • 1 biji timun ( ptg memanjang)
  • 2 batang karot (ptg memanjang)
  • 1 labu bawang besar ( hiris nipis)
  • 1 biji cili merah & hijau ( dihiris nipis)
  • 2-3 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam
  • 4-5 sudu besar cuka makan ( jika tak suka cuka boleh guna jus limau nipis atau Sunquick mandarin ½ cwn)


Cara membuatnya

  • Satukan semua bahan. Sesuaikan rasa kemudian simpan dalam peti sejuk  selama 1/2 jam atau lebih sebelum menghidang.

Angah SPM 2013



Semoga Allah memberi ketenangan, kekuatan ingatan & ketajaman fikiran untuk Syafiqah menjawab spm kali ini dan semoga mendapat keputusan yang cemerlang seiring usaha gigih Angah dan akhir sekali semoga segala usaha Angah untuk menjadi muslimah cemerlang dunia dan akhirat diberkatiNya... aamiin.

posted from Bloggeroid

Aidil Adha 2013

Agak kurang meriah kali ini sebab:
1) suasana sedih atas kehilangan arwah mak tok masih teraaa
2) Kakak akan menghadapi exam akhir sem 1 hujung bulan & Angah akan menghadapi SPM awal Nov nanti... kedua2nya menghabiskan masa dirumah hampir 50% di meja study, selebihnya tidur & makan.. 10% tgk tv ... okay lah untuk masa depan mereka

Tinjau2 menu aidil adha yg simple


Cuma briyani set untuk breakfast &lunch


Dan sup daging korban untuk dinner

Tiada family photo sebab semua tidak di dalam mood berhari raya.
Hari raya kedua disibukkan dgn aktiviti menghantar mereka balik.

posted from Bloggeroid

My 1st Florentine Cookies

Merasa cookies ni kat rumah my relative masa makan-makan raya, huish sedaplah sangat.  Teringat seorang rakan pernah post buat cookies ni, message and tanya dia, she ask me to look for florentine cookies mix kat kedai barang2 kek. Lepas tu me google for the recipe terjumpalah recipe ni kat blog Azlita Masam Manis.

Oleh kerana loyang me 12 x 12, me terpaksa sesuaikan sukatan dengan loyang agar tidak terlebih tebal ..


FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND
Rujukan : Azlita Masam Manis

(me sesuaikan dengan loyang 12 x 12)

150 gm tepung Florenta
150 gm badam keping
75 gm kuaci

15 gm bijan hitam

Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama lebih kurang 10 minit (ikut oven masing2).  Satukan semua bahan dalam bekas, gaul hingga semuanya bersalut sempurna.  Panaskan oven pada suhu 160C. Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis.  Bakar dalam oven selama 10-15 minit (ikut oven masing2).  Adunan ini cukup untuk satu loyang 12 x 12 - sederhana tebal & tak terlalu nipis.
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan. Simpan dalam bekas kedap udara.

dan kejadiannya :

bahan2nya

proses pembakarannya

 dan hasilnya tidaklah mengecewakan
Mr E sangat2 suka





Selesai sudah perjalanan seorang hamba .. Alfatihah

Rasa kurang selesa menulis yang sedih-sedih membuatkan entry ini tertangguh tapi perlu juga ditulis sebagai panduan dan pengetahuan anak-anak cucu nanti.



Tanggal 18 Sep 2013 lebih kurang jam 3.30 Mak Tok Rokiah Hj Ibrahim telah kembali ke rahmatullah di pangkuan anaknya Mr E.  Pengalaman pertama untuk Mr E & Me untuk mengesahkan ketiadaan nadi Allahyarhamah pada ketika itu, hati kedua-dua kami telah mengesahkan, mata saling berpandang tapi mulut berat mengucapkan, menunggu siapa yang mula dulu, akhirnya Me cakap, kita bawa hospital, lepas tu baru Mr E cakap, 'rasanya mak dah tak ada' .. seterusnya kami perlu fikir 'whats next'.  Permintaan Mr E yang ringkas "please be on my side".

Tidak semudah di kampung di mana bila dimaklumkan semua orang kampung akan berkumpul dan menguruskan.  Di sini, semuanya bekerja, tapi alhamdulillah dipermudahkan, mungkin kerana kerjasama semua yang ada, diuruskan oleh kariah setempat setelah Mr E membuat keputusan untuk mempermudahkan perjalanan terakhir ibunya di sini, selesai laporan polis dibuat dan disahkan pada jam 9 pagi, jenazah dibawa ke surau setempat, pengalaman pertama Me mandikan jenazah sebenar, dan seterusnya membantu proses mengkafan dan solat jenazah .. alhamdulillah selesai lebih kurang jam 11 pagi - sesuai dgn para ibu yang menguruskan jenazah perlu pulang untuk menguruskan anak-anak yang akan balik sekolah pula.  Jenazah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Garing lebih kurang jam 12 tengahari.

Pengalaman pertama menguruskan sendiri satu kehilangan, bermula dari mengesahkan hinggalah selesai pengkebumian adalah satu pengalaman yang tak mungkin Me lupakan hingga ke akhir hayat apatah lagi Mr E.

Alhamdulillah di penghujung hayat Allahyarhamah dijaga dan dibelai oleh anakanda-anakandanya walaupun kedua-duanya lelaki  dan Allahyarhamah sendiri telah menjalankan tanggungjawab menjaga ibunya (tok) hingga ke akhir hayat beliau.  Cuma Allah lebih sayangkan Allahyarhamah, beliau pergi dulu sebelum ibunya.  Sedih saat tok melepaskan anaknya, tapi kali ini nampaknya tok lebih redha dan bersedia dari saat tok nak melepaskan mak cik dulu.

Semoga roh Allahyarhamah Rokiah Hj Ibrahim ditempatkan bersama-sama hamba-hambaNya yg beriman.

selesai sudah perjalanan MBA

Alhamdulillah, selesai sudah perjalanan MBA me, yang bermula dengan niat untuk menyelesaikan hajat yang 20 tahun terpendam dan hampir terkubur.

Teristimewanya kesudahan ini sungguh indah bila diiringi keputusan luar jangkaan me.  My target is just to complete the MBA and done.  Aturan Allah sungguh indah, selesai sem 1, 2, & 3 result seolah2 menyebelahi dan merayu me meningkatkan usaha untuk mengekalkan result itu.  Syukur yang tidak terhingga, sem 4 masih mampu mengekalkannya dan awal pagi tadi bila kawan me sms result dia untuk satu subject debaran dan dia tak dapat A, me mula rasa cuak, gagahkan juga check thru hp, finally yesssss  final CGPA 4.00 - full result 10A & 4A+ .. Alhamdulillah

& from Mr E ...


Thank you Dear ... 

Ramadhan kali ini

Ramadhan kali ini sunyi sekali. Peneman setia mama sudah bergelar perantau. Tak sabar menunggu hujung minggu ni.. InsyaAllah semua berkumpul sekali.

Salam Ramadhan buat semua. Maaf Zahir Batin andai ada kesalahan.

Buat anak2 mama, moga ibadah dan perjalanan menuntut ilmu diimbangkan sebaiknya dan semoga anak2 mama sentiasa di bawah lindunganNya. InsyaAllah kejayaan dunia akhirat milik kita bersama.... Aamiin..
posted from Bloggeroid

16.06.2003-16.06.2013 - Luqman is 10


Yeay .. Luqman is 10 .. Happy birthday dear. Semoga menjadi anak yang soleh dan beriman.  Mama, abah, Kakak Iqin, Angah Fiqa & Abg Taufiq always love your - our baby forever ............

Perjalanan kakak seterusnya

Catatan ini untuk anak sulung mama Nurul Asyiqin binti Khairi Muhar. Pengalaman  pertama mama menguruskan anak selepas usia persekolahan.

Kakak di plkn 2 bulan, tanggal 27 May 2013, kakak diberi pelepasan awal atas alasan mendapat tawaran ting 6 Sek Men Sri Garing.  Itu tawaran pertama yang kakak dapat untuk meneruskan pengajian selepas spm, dgn tawaran berkenaan bermakna kakak telah gagal mendapat ambilan pertama di matrik sebagaimana impian kakak sejak sekolah. Semangat yang kakak dapat di plkn telah menjadikan kakak seorang yang begitu positive, kakak pasrah dan sanggup meneruskan pelajaran di ting 6 sambil menunggu keputusan UPU dan rayuan matrik.

Tawaran kedua yang kakak terima adalah dari Multimedia college, Diploma In Accounting, mama & abah di saat ini bersedia untuk memasukkan kakak ke Multimedia college dengan merayu pihak college agar membenarkan kakak mendaftar lewat seminggu dari pelajar2 lain iaitu pada 30 May 2013.

Tidak lama selepas tawaran Multimedia college, kakak mendapat tawaran Diploma in Accounting di Kolej Professional Mara B Penawar di bawah tajaan Mara.  Mama kemudian merayu kepada pihak Mara agar di pindahkan ke kolej yang lebih dekat, dan rayuan mama di terima dan kakak dapat dipindahkan ke KPMAM Melaka. Alhamdulillah.  Persediaan peralatan dan minda mama adalah untuk kakak mendaftar di KPMAM pada 3 July 2013.  Yuran penerimaan juga telah dibayar kepada pihak mara.  

Tanpa mama sedari kakak masih menyimpan hasrat untuk memasuki matrik.  Masih mama ingat, kakak suarakan pada malam 6 June 2013, sempat tak keputusan rayuan matrik sebelum kakak masuk ke KPM.  Mama jawab 'mungkin hujung bulan kot'.  Kakak diam.

7 June 2013, hari Jumaat pagi mama berborak dengan jiran yang anaknya sebaya dengan kakak, mengenai pelajaran anak2.  Dihujung perbualan mama ter'sebut' mama ada memberitahu beliau hasrat kakak untuk ke matrik walaupun persiapan borang dan lain-lain adalah untuk ke KPM hujung bulan, tapi mama beritahu keputusan ke KPM seolah2 muktamad untuk kita.  Tengahari selepas makan, mama seperti biasa, sambil berborak dgn rakan office, buka web keputusan rayuan matrik, key in no ic, click tanpa apa-apa pengharapan (sebab kebiasaan mama sejak kakak di plkn mama hampir setiap hari check keputusan rayuan matrik dan upu), rupanya hari ini keputusannya berbeza dari hari-hari lain.  

Keputusannya yg keluar kat screen hari ini, kakak dpt Matrik Melaka Mama terus watsapp abah dan kakak.  Lepas tu mama call kakak, tanpa mama sedar kakak ketika itu baru sudah solat zohor dan antara doa kakak selepas solah adalah agar rayuan matriknya di terima.  Di hujung talian, suara kakak sangat ceria, mama tanya "macammana" kakak jawab "nak nak nak".  Mama call abah, seperti mama, abah agak kurang yakin untuk mengizinkan kakak ke matrik.  Mama & abah memutuskan untuk berbincang semula malam nanti.  Mama call acik untuk memaklumkan keputusan ini, kebetulan acik cuti.  Acik dan tok seolah-olah menyokong kakak ke matrik.

Malam 7 June 2013, sessi perbincangan nampak agak berat sebelah di mana mama & abah berharap kakak ke KPM tapi kakak masih tidak berganjak dengan keputusannya, dan nampak sedikit kecewa sehingga terkeluar keluhan "mama & abah macam tak percaya kat iqin saja".  Akhirnya mama & abah pasrah, plkn benar2 mengubah anak mama menjadi begitu yakin dengan keputusan sendiri.  Mama bangga.

8 & 9 June 2013, mama perlu ke kelas sampai lewat petang.  10 June 2013 mama terpaksa ke pejabat menyelesaikan kerja2 urgent yang tak pernah selesai.  Sebenarnya tuntutan kerja mama tidak membenarkan mama bercuti minggu ini, tapi melihatkan keyakinan dan kesungguhan kakak, mama bertegas untuk bercuti 11 & 12hb June 2013

11 June 2013, mama meluangkan masa bersama-sama kakak, mendapatkan barang-barang keperluan kakak.  Kakak tak pernah ke asrama, baju kurung pun tak banyak, kalau adapun dah kecik, apatah lagi keperluan lain.  Hujung minggu sebelumnya janji dengan tailor, nak ambik baju semua 10 pasang yang ditempah pada 22 June 2012, tapi sebaik mendapat tahu keputusan matrik mama minta dia siapkan separuh untuk diambil pukul 6 ptg 11 June, nasib baik dapat, dan 5 pasang lagi mama beli yang dah siap, kebetulan terjumpa baju kurung siap yang sesuai dengan size kakak.  Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan, dan seolah-olah menyokong pendirian kakak.

12 June 2013, jam 6.30 pagi bertolak dari Rawang, singgah minum di RnR Dengkil, terus ke Alor Gajah, dan kemudian ke Masjid Tanah, jam 9.30 dah di sana. Singgah minum di warung tepi kolej, sambil meredakan debaran kakak, kemudian terus masuk untuk pendaftaran, segalanya seperti sudah di atur.  Kakak selesai pendaftaran sebaik mama & abah selesai dengan taklimat, terus menuju ke bilik dan kemas semua barang. Keluar ke pekan Masjid Tanah untuk makan tengahari.  Jam 2, hantar kakak ke asrama, kami bertolak balik dalam jam 2.30 ptg, tepat jam 4.30 petang mama dan abah sampai balik ke Rawang.


terlalu yakin dengan keputusannya

Perjalanan yang tidak dirancang asalnya, tapi dipermudahkan dan harapan mama perjalanan kakak di sini juga dipermudahkan dan diberkati.  Walaupun ambilan kedua mama yakin semangat anak mama kelas pertama dan kakak akan berusaha bersungguh2 kerana kakak telahpun maklum yang kehidupan di matrik memerlukan kakak untuk benar-benar focus dan berusaha, dan inilah kali pertama kakak benar-benar mempertahankan pilihan kakak.

18 tahun kakak bersama mama, sentiasa ada mama untuk membantu kakak membuat keputusan, tak seperti adik-adik yang ke asrama di usia 12 tahun, kakak agak bergantung pada mama.  Berat hati mama untuk melepaskan kakak tapi mama yakin dengan kakak, insyaAllah.
Doa mama anak mama Nurul Asyiqin bt Khairi Muhar akan mendapat kejayaan yang cemerlang di sini, di dunia & di akhirat, insyaAllah .. Aamiin. 

Kakak ke PLKN






Sebulan sudah kakak ke PLKN Princess Haliza, mama baru berkesempatan update blog.  Weekend life jadi bertambah hectic.  If weekdays with audit and datelines, weekend terkejar2 'on d road' either menghantar Taufiq on alternate weeks or menjenguk kakak.  Perjalanan ke Kuala Selangor menjemput, menjenguk dan menghantar Angah jadi dekat sebab yang dua lagi, kakak di selatan Selangor, Taufiq di utara.  Hujung minggu ni masuk sebulan kakak kat PLKN setelah 17 tahun menjadi penghuni setia rumah tanpa masuk mana2 asrama.  Paling2pun balik bercuti panjang kat kampung but still dengan family member. Awal2 kakak agak excited, minggu kedua mula homesick .. ditambah pula dengan demam selsema dan batuk seiring penyesuaian diri dengan kawan2, minggu lepas alhamdulillah, nampak kakak dah mula membiasakan diri hidup sendiri.

Banyak juga perubahan positif kakak dan mama yakin PLKN akan membentuk kakak berdikari dan menjadi insan yang lebih positive.

Luv
- mama me -

Wahai Pengkaji Bahasa

Post ini khas pada pengkaji bahasa, yang mengunjungi dan meninggalkan jejak mengenai bahasa dalam blog ini.  Wahai Sang Bijaksana, maaf, saya tidak memerlukan guru untuk meletakkan pemarkahan di sini, apatah lagi meng'highlight' kesalahan2 bahasa di sini.  Rajin sungguh sang pendita meng'copy-paste' ayat2 campuran.  Sekali lagi, blog ini bukan untuk kelas bahasa either English, Bahasa Malaysia, Chinese, Tamil, Urdu etc.

datang walaupun tidak diundang
dialu2kan walaupun tanpa kompang
mohon jejak silaturrahim positif yang ditinggalkan
hidup kita seadanya
sebelum dijemput ke Sana
andai berniat mencari salah
sila tinggalkan dengan rela
di mana2pun pasti anda jumpa.


Selesai sudah



Menanti dgn penuh kesabaran keputusannya. Moga yg terbaik.. Usaha sudah yg sehabis baik mungkin. Now tinggal doa menanti keputusan dariNya dan penantian untuk timetable next sem... Pun penting coz me kena ambik dua elective. Moga2 subject yg me request ada... InsyaAllah.

♡ d ♡

-me-

posted from Bloggeroid

Ujian di dunia

I wll be back. Next kena bawak vacum cleaner or i-robot to clean all sawang2.. Iskkk

Mean time tlg doakan saya..




♡ d ♡

-mas-

posted from Bloggeroid

Air Tangan anakanda

Finally air tangan Angah. Alhamdulillah, terbuka hati Angah nak belajar masak lasagna.
♡d♡
-me-

♡ story 20 years ago

Anniversary gift. .... as good as a time machine.... Feel like 20 years ago... The smell & the memory.... So sweet...




♡ d ♡

-me-

posted from Bloggeroid

Alhamdulillah. .. 19 years

Moga kekal bahagia hingga ke syurga. .. Aamiin


-me- 

Colors of Life

Mr & Mrs E 's color in office. .... Green for me & Orange for him. ... He3


-me- 

Untukmu Guru

Selesai sudah debaran kakak untuk SPM. Keputusan kakak, me kategorikan sebagai cemerlang di tahap tersendiri. Syukur di saat2 akhir kakak temui momentum & keinginan untuk berjaya.
Anak sulung me ini sangat 'cool' orangnya. Sukar menduga apa di hati dan fikirannya. Walaupun tidak tersusun semuanya A tapi alphabet dalam keputusan kakak lebih baik dari target me. Tahniah kakak & syukur Alhamdulillah kepadamu Ya Allah kerana sentiasa memberi ruang dan peluang kepada kami yang selalu terleka.
Hari ini kakak tunaikan hajatnya untuk memberi hadiah buat cikgu yang telah membantu kakak mengubah G kepada A. Tidak mudah untuk seorang cikgu mendidik anak murid se'cool' kakak, kerana kakak tidak prrnah memberi respon negative walaupun dia tidak faham atau rasa 'tertinggal' dlm proses belajar. Tapi andainya cikgu berjaya menarik minat kakak, latihan menjadi mudah buatnya.
Terima Kasih yang tidak terhingga dari kami sekeluarga buat Cikgu Azrin Zakaria yang sanggup mengenepikan masa untuk keluarga demi memastikan anak kami Nurul Asyiqin bt Khairi Muhar terdidik sempurna. Mungkin tulisan ini tidak sampai kepada Cikgu Azrin tapi insyaAllah doa kami sekeluarga untuk kebahagiaan, kesejahteraan & rezeki yg murah lagi diberkati buat cikgu yg gigih lagi ikhlas. Hanya Allah yg benar2 membalas jasa guru2 yg berdedikasi sebegini. Aamiin.




-me- 

Lelaki Ini

Lelaki ini yang dulunya kecik comel kini sedang meningkat dewasa. Tak pernah terfikir untuk mama melepaskan lelaki ini sejauh ini sendirian di usia begini... Tapi rupanya itu hajat terpendam lelaki ini. Mama pasrah & redha andai ini terbaik untukmu sayang.
Mode- rindu anak2 dlm2
xoxo
Me

Terharu...

Sangat2 terharu di awal pagi bila dapat tag kat instagram dari anakanda.  Betul la kata kata yg menggalakkan kita melayan anak bagai kawan di usia 15-21 thn.  Sangat indah hubungan ini.

Semoga Allah memberikan lebih peluang untuk kami menikmati nikmat kekeluargaan ini.

Selangkah lagi

Banyak lagi yang belum di explore pinky ni... Haish. Tadi baru dapat mcm mana nak capture screen dgn s pen. Now just get to know ada blogger for android... Huh blm blh menukar phone lagi la gamaknya.
Rindu-rindu anakanda, pergi jengah sicomel angah sekejap minggu lepas...



-me- 

Orang memberi kita merasa..

Me on mc today. Sakit kepala, pinggang & bahu. .. Mungkin kurang rehat.

Balik klinik dpt call from Mr E. .. He just got his new salary adjustment letter. .... Alhamdulillah.. Syukur Ya Allah untuk rezeki awal tahun ini after few years dia pasrah berada di tangga gaji mati.
. Alhamdulillah juga untuk scale gaji yang dipinda.

posted from Bloggeroid

Debaran seorang abah



Teringin menitipkan saat-saat cemas melepaskan anak lelaki untuk balik sendiri buat pertama kali dari asrama di Sabak Bernam ke Rawang di usia 13+ tahun.  Hati berat membenarkan tapi sang anak begitu teruja untuk berdikari, berkali-kali memujuk.  Semalam merupakan pertama kali Taufiq balik dari hostel ke Rawang, dan kebetulan hanya dia seorang yang akan menuju ke Rawang.  Bas pukul 6.30 petang dari Sabak Bernam ke Sungai Buluh, dari Sungai Buluh naik komuter ke Rawang.  Resah gelisah me tunggu di stesyen komuter Rawang dari pukul 8.30 mlm sampai lebih kurang 9.40 malam.  Macam2 yang bermain di minda kami tapi terpaksa tidak diluahkan takut menambahkan kegusaran di kepala.  Dari rumah nak ke stesyen komuter Mr E nampak relax shj, me yg a bit worried, tapi naluri sebenar seorang abah mula nampak bila sampai di stesyen komuter.  Satu demi satu komuter sampai, bayang anak belum nampak .. tapi bila komuter ke empat kot sampai, baru nampak Taufiq yang begitu confident jalan dan kami sengaja mengambil sedikit masa mengikutnya dari belakang untuk mengintai .. panikkah dia?  Owh anak mama begitu berkeyakinan menghala keluar sambil mata mencari2 public phone .. di situ mama sentuh bahunya .. dan Taufiq berpaling senyum.  Alhamdulillah ..Tamatlah sudah drama resah kami dan akan bermulalah era baru untuk kami membenarkan Taufiq balik dengan bas setiap kali hari balik bermalam.  Itu janji kami pada Taufiq, jika dia lepas ujian pertama ini, yang sepatutnya balik bersama rakan2, tapi perancangan lain jadinya dan Taufiq terpaksa menempuh saat pertama kali ini sendirian .. maka untuk kali2 yang selepas ini, Taufiq dibenarkan balik sendiri dengan syarat perlu menelefon mama sebelum bas bertolak untuk mama plan masa untuk mama menunggu di stesyen komuter. .... sudah besar anak mama rupanya .... :)


XOXO

Mrs E





posted from Bloggeroid

Todays breakfast - grilled beef pepperoni with vege


Salah satu azam tahun baru me is to eat healthy and kalau boleh nak get myself and Mr E tapau homecook food to office.  Selain dari amat menjimatkan, we can control what we eat.  Alhamdulillah Mr E is not a 'cerewet' type of person when it come to food, and now due to his latest health condition, he has to control the food he take.  When his blood pressure shows slightly below critical level, i do tapau him soup only and of course with small quantity of rice.  Now that his BP level turns to normal leaving only sugar level to be controlled .. kena la variety sikit kan? Kalau tak nanti tak pulak merasa nikmat air tangan sang isteri yang mithali ini .. hehehe

Mr E prefer simple breakfast, senang bagi  gardenia multigrain bread with sunflower seed tu and margarine and also ready pack no sugar oats .. and for lunch, normally we cook extra either curry, sambal  or soup for dinner and freeze some in the freezer, morning just panaskan jer .. add with simple peria goreng cili or ikan/ayam goreng, and for afternoon tea, he will normally eat balance of bread tu, coz selalunya balik for dinner sangatlah lambat.  Our dinner also takdelah banyak two to max three dish (at least satu berkuah) cukuplah coz only three of us (including maid) yang makan.  Our little Luqman "must" have curry or sambal .. so maid akan ensure Luqman's meal memang ada every day.  Kalau me terlambat beli groceries, me will ensure the sardine 'mesti ada'.  For Emergency .. Luqman tak boleh kalau takde kuah gravy.

As for me, sebab office dekat dan masuk lambat (masuk awal pun balik lewat jugak kan .. so bila ada option masuk lewat - flexy hour nie gunakan sebaiknya) .. kadang2 sempat juga me mengerjakan dapur tu .. i.e the above breakfast and my lunch today ada grilled beef ball ... hohoho beef day.  Tak susah pun .. campak semua dalam oven naik atas siap2 nak gi kerja .. turun bawah tarra siap & pack.

I will slot in some entry on the tapau menu, simple dinner idea for working mum for the benefit my kids in future.  Kot2 husband minta masak yang simple2 bolehla belek blog mama .. yer anak2ku ...

Uish .. terbanyak pulak membebel today .... 

XOXO (terkenan istanbul aku datang .. ha3)...

- Mrs E -