Masak lemak ketam

Permintaan Mr E. ... Lemak ketam macam ibunya masak. .. Alhamdulillah lulus.

Terasa hilang lelah memasak bila dengar Mr E's cakap 'Ya Allah sedapnya' sebaik lepas suapan pertama.... :-)

b4


setelah masak ... yummy2
posted from Bloggeroid

Durian crepe akhirnya...

1st time makan kat curve... Sedap sgt kata my eldest. After 1 1/2 years org dok ribut2 buat mama pun try test.... Okayla.. Tapi kulitnya perlu diubahsuai lagi kata my eldest. Yg kat curve kulitnya tak rasa tepung langsung.. Sebijik mcm selaput durian yg cover biji durian tu... Huh...


posted from Bloggeroid

My Lunch today

Jumaat tak berkata2....


posted from Bloggeroid

Mee kuah suka hati

Menu Aidil Adha ketiga.... Yummy2. Actually mee ini merupakan hidangan di rumah ini kalau tetamu tiba2 'ter'datang dalam keadaan tergempar. Mudah senang & bahan2 tidak terikat. Blh juga dihidangkan dgn bihun atau spagetti atau macaroni... Sebab itu ia dinamakan mee kuah sukahati (kalau ada udang boleh masukkan udang .. & jadilah mee kuah udang dan sebagainya.  Tapi based on my trial & error dgn daging la sedap especially bila ada lemak yg tak pecah tu hurmmm..yg diet sila control ..



Bahan2
Mee kuning
Daging & apa2 rencah bahan basah lain sesuka hati
Kobis & apa2 sayur lain sesuka hati
Cili blend
Sos cili kimball
Air asam
Garam & gula
Bwg putih utk tumis

Tumis bwg putih masukan cili masak sampai cili masak masukkan sos cili masak lg sampai pecah minyak masukkan air asam sedikit gula & garam. Pastu masukkan daging (dan bahan2 basah lain) & sedikit air.. Renih sampai daging masak atau mendidih dlm 10 minit api perlahan. Masukkan kuah masak sampai mendidih lbh kurang 10 minit juga, masukkan sayur perasakan garam dan gula biar mendidih sekali lagi..... Tarrra boleh dihidangkan dgn mee yg dicelur dan bahan2 hisan spt telur rebus, daun sup, cili potong & bwg goreng.
posted from Bloggeroid

Legally ours..

13 years ago when wr decided to purchase property, we just decide and go. We do not have enough cash as downpayment, borrowed my mum & our uncle's money while waiting the fund from epf just enough for down payment and simple extension for kitchen. Loan was set till Mr E reach 55. .. but who knows, its Allah's plan. .. today Mr E went to epf again and decided to fully settle the balance.

We truly agree that epf money is for 'hari tua' but we believed this house walaupun tidak sebesar orang lain tapi istana Mr & Mrs E & family untuk selamanya...

Satu dari misi 'debt free' telah terlaksana. Syukur Alhamdulillah....

posted from Bloggeroid

Cheese sausage roll with cheese topping

Rumah ini tak pernah jemu dengan roti sejak ber bm. .. Why bread? Sbb kalau buat 'cik tong' tak merasa. ... Kalau kek & cookies terpaksa cari adunan yg paling sikit... Selain lasagna & bsked pasta favourite anak2 kat hostel. .. Roti yg selalu masuk oven...

Melalut pulak kali ni atas permintaan anak dara. . Cheese sausage roll with lots & lots of cheese on top (me guna shreded cheese utk pizza).. The rolls guna my normal dough recipe, pastu rataka n 4 segi tepat sapu butter, pipekan mayonis pastu tabur chopped sausages yg direndam dlm air pana sekejap (thx to my tupperware chopper-sgt mudah) pastu tabur shreded cheese or b4 tabur chopped sausage susun slice cheese. . Gulung & potong 12 (coz my baking pan blh letak 3x4 pieces. Susun dlm baking pan biar 40 min pastu tabur cheese (lg byk lg best) daun sup & black pepper.... Masuk oven 20-25 mins 180c... & siap....


posted from Bloggeroid

Sausage mayo roll + cheese bun

Setelah dua purnama tidak meroti...


posted from Bloggeroid

KFC am bfast....

On half day today... Nak settle fomema maid.

Layan my eldest bfast at kfc. . My fav Crispy Cheezy Bun. . Nyuummmm...


posted from Bloggeroid

So far so good

Just a short note .. hardly write about my study ..
 
Alhamdulillah .. its all started with just a joke now i'm in 3rd semester already .. hu wooow.  Its just like a dream .. and the changes in me, from a 'malu-malu makcik masuk kelas', now i 'dah boleh masuk' dgn the younger student (** and i feel 15 yrs younger .. huh) ... from the old school student who used to find reference books, article and journal in library, now i managed to find in in e-library and google .. clap clap clap.

Office Raya Pot Luck today - My Laksa Penang

Office me cuma 4-5 kerat jer muslim .. so for raya potluck me decided to try Penang Assam Laksa instead of Laksa Kedah.  A bit remeh coz kalau laksa kedah me main campak2 jer, ini ada masuk serai, lengkuas & nenas blend .. but worth trying .. sangat sedap meh .. kalau sendiri tak puji .. siapa lagi kan???


gambar kuah laksa  .. yummy2 ..
 Bahan2 :
Bahan kisar A :
2-3 sudu besar cili kisar
4 biji cili merah
3 biji bawang besar sederhana
1 batang serai
1 cm lengkuas
1 cm belacan
1/2 cawan nenas

Bahan B :
2 kg Ikan kembong
1 tin Ikan Sardin tin
2 kuntum bunga kantan belah 2segenggam daun kesum + 7-8 helai daun pudina
4-5 keping asam gelugur
1 cawan air asam jawa
sesudu besar petis
1-2 liter air
garam secukup rasa (blh tambah gula sedikit)

Bahan Laksa & hiasan:
Laksa secukupnya rendam dan rebus (me suka guna laksa cap cili)
Salad
Timun
Bawang Besar
Nenas dihiris halus
Cili padi & cili merah
Bunga kantan dihiris halus
Limau kasturi
Petis

Cara2:  
Siang ikan kembung cuci & rebus dgn 1 liter air, 2 keping asam keping dan sedikit garam sampai masak. Sejukkan. Asingkan isi dan tulang, kisar tulang tapiskan airnya, kisar lagi (ulang 2-3 kali sampai tulang jadi putih) ketepikan.  
Asingkan ikan sardin dari sosnya, cuci dgn air sedikit, campur dgn isi ikan kembung dan lenyek dgn garfu (supaya ikan tidak terlalu hancur bila di masak).
Tapis air rebusan ikan ke dalam periuk untuk kuah, masukkan air kisaran tulang, ikan yang dilenyek dan semua bahan kisar A di atas.
Masak sampai mendidih, masukkan asam gelugur, jus asam jawa dan lebihan air (balance 1 liter lagi) .. bila mendidih sekali lagi masukkan bunga kantan dan daun kesum.  Masak perlahan dlm lebih kurang sejam.
Sebelum tutup masukkan daun pudina, perasakan garam secukup rasa.

Note:** me masak sehari sebelum sampai mendidih 15 minit sejukkan dan simpan peti ais.  Gambar ni malam tadi masa panaskan semula dalam 1-2 jam biar mendidih lama api slow sambil late dinner santai2 ... dan pagi ni panaskan semula sekali lagi dalam 1 jam gitu .. rasanya sangatlah ummppph ..