Yeay dah pandai buat Pizza

Dah lama berangan nak buat pizza tapi tak kesampaian .. sehinggalah terbaca kat blog Eynda pasal express pizza, then ternampak link to one of her posting cara2 nak buat Pizza.
.

finally...


.
cubaan pertama .. sempat ambik gambar kat dlm oven jer. Selesai sebaik sahaja keluar dari oven. See my pizza pan tu lagi besar dari oven .. mula2 ingat nak masuk microvawe tapi takut melawan ajaran kang tak menjadi pizza pertamaku. Biar jelah .. nanti kena cari pan kecik sket.
.
.
Cubaan kedua .. pun selesai sebaik sahaja gambar diambil. Maybe my sukatan utk tepung kurang sikit (bukan std cup) dari sukatan sebenar, atau my pizza pan besar, utk 2 keping pun jadi nipis. Tapi sedap ... nyum nyum nyum. Can try sbb simple, cepat & mudah sesuai utk org yg tak berapa rajin like me.
.
.
RESEPI (credit to Eynda):
.
Bahan:
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar butter
1 sudu besar gula
1 peket Mau-ripan (instant yeast)
1 cawan air suam
Cara:
1) Masukkan 3 cawan tepung, 2 sudu besar butter di dlm bekas uli.
2) Masukkan sepeket Mau-ripan, satu sudu besar gula di dlm secawan air suam, kacau sebati.
3) Masukkan air yg dikacau tadi ke dlm adunan tepung, uli hingga menjadi doh.
4) Biarkan lebih kurang 15 minit utk doh tu mengembang.
5) Bila doh sudah mengembang, bahagikan kepada beberapa doh kecil (kalau nak nipis bahagi 3. Kalau nak tebal skit bahagi 2) ~ Ukuran size regular pizza.
6) Ratakan doh di dlm pizza pan...(sapu pan dgn sedikit butter) letak bahan2 di atas doh...ikut citarasa masing2.
7) Bakar hingga masak. (190c selama 20 minit)

2 comments:

  1. bleh sy try resepi nieh kak ... prnh buat tp cam tebal plk ..

    ReplyDelete
  2. Diana .. apa salahnya. I pun ambik resepi dari blog Eynda.

    ReplyDelete