2 DIGIT TAUFIQ - HAPPY BIRTHDAY (edited 21/11)

Happy 10th Birthday Taufiq
(sorry mama lambat buat entry utk Taufiq)
...
19/11, ten years ago, adalah satu tarikh yang tak mungkin mama lupakan. 4th mth pregnancy, mama dpt tau yg baby dlm perut mama ni boy. Time tu, mama & abah mmg happy habis sbb mmg dok tunggu2 baby boy. Not only mama&abah, Tok, Mak Tok & Nenek also very happy sampai diaorg bernazar kalau baby ni boy, selepas lahir nak mandikan air zamzam.
.
Masa mengandungkan Taufiq jugalah mama was just promoted and very commited dgn career & time tu juga saki baki kegawatan still ada kat tempat kerja mama .. time tu juga we moved to our own house and upgraded our car. And you sisters time tu tgh naik especially Angah yg all the time minta mama pangku. Happy & stress .. kdg2 tu sampai terlupa yg mama pregnant. Konon2 dah anak ke3 .. abt 32 weeks pregnancy .. mama selalu sakit kepala, muka & kaki bengkak sampai tambah 1 size my scholl slipper.
,
One day tak tahan sgt mama pergi klinik kononnya nak MC sbb sakit kepala .. mama terhutang nyawa dgn Dr Zain Azrai, Bukit Idaman. 3-4 kali dia check urine & bp mama, then dia minta panggil abah yg tgh handle kakak2 yg tgh meragam. Dia minta abah terus bawa mama ke hospital, now & jgn singgah mana2.. mama ada tanda2 pre-eclamsia - high protein in urine, high bp 110/145 & kaki & muka bengkak. But kitaorg terpaksa balik juga rumah utk ambik brg mama & hantar ur kakaks kat rumah nenek Cik Limah coz diaorg refuse to tinggal dgn Mak Tok. We then go straight to Pusrawi .. till next day .. nothing happen .. according to Dr baby kecik sgt .. if my situation remains, mungkin kena ceaser & baby kena incubator.
.
Memikirkan baby mama, kitaorg minta tukar ke HUKM sbb mama yakin dgn their facilities. Mama dipindahkan dgn ambulance. In fact mama tak dibenarkan berjalan pun coz diaorg takut mama jatuh .. bp that time terlalu tinggi. Rasa pelik bila naik kerusi roda sedangkan mama rasa mama mampu berjalan.
.
Masuk High Dependecy Ward pukul 12.30, pkl 2.00 pm Dr Seri Suniza & team decided that mama kena ceaser immediately. Mama worried abt Taufiq coz masa scan kat Pusrawi pagi tadi, berat size terlalu kecil .. Then baru Dr terangkan implication kalau tak ceaser... time tu mama rasa dah mcm di hujung nyawa. Nampaknya byk yg mama tak tau pasal pregnancy & risk or mama mmg tak ambik tau. Time tu abah pulak tak de, sbb ada urgent meeting kat office, mama have to sign the form .. mama tak dpt cakap dgn abah before masuk operation room, sedihnya wpun Dr cakap diaorg dah call abah.
.
From HDW to operation room, sorang2, with all the feeling after apa yg Dr cerita tadi (Taufiq, mama tak boleh tahan air mata mama masa mama type this) .. terasa betapa kecilnya kita di bumi Allah ini. Macam2 mama fikir... pasal Taufiq, pasal kakak2 yg mama tak sempat peluk masa nak tinggal tadi sbb takut kakak nak ikut, dan terbayang cukupkah amalan mama andai mama dipanggik etc. Mama dibius half body jer, so mama sedar, in fact mama lihat apa yg diaorg buat thru reflection kat body lampu yg berkilat kat atas.
.
Dlm letih, penat, takut & panik tu .. tiba2 nurse tunjukkan Taufiq yg sebesar gagang telefon .. tak sempat mama pegang & cium diaorg terus bawa Taufiq. Lepas tu mama tertidur .. till diaorg kejutkan kat luar operation room as part of procedure sblm masuk ward .. then mama tidur lagi sampai ward.
.
Bila mama bangun, nampak abah .. mama tanya abah about Taufiq, dia ckp tunggu mama keluar HDW kita tgk sama2. Bila mama tanya Dr & nurses pun jawabannya sama. From the looks, mama rasa mcm something wrong. Few days kat ward tu amat membosankan sbb takde tingkap & no visitors except abah, Dr & nurses. Other patients semuanya on machine .. mama dok kira jam, for next jabs .. one after another sampai habis.
.
Bila keluar, 1st thing yg mama minta is pergi tgk Taufiq .. mama minta tlg kakak trainee nurses tlg bawakan mama sbb mama tak sabar tunggu pergi dgn abah time melawat & mama cannot go alone coz kena naik kerusi roda coz bp tak stabil lagi..
.
1st time tgk Taufiq kat NICU tu, mama rasa nak pitam .... ditambah pula dgn explanation Dr abt your condition .. berat Taufiq cuma 1.2 kg.. Taufiq terkena jangkitan kuman dlm darah .. terpaksa dimasukkan ke isolation room. Ptg tu masa Dr check bp mama, naik mendadak & mama kena balik ke HDW .. mama menangis merayu kat Dr sbb nanti tak dpt tgk Taufiq & no visitors.. Dr minta mama tenang & rehat bagi bp turun balik then baru boleh balik normal ward.
How to rest & relax kalau my mind dok ingat kat Taufiq & kakaks.
.
Few days after that, mama dah boleh balik normal ward & 1st time kakaks visit mama. Angah takut tgk mama, maybe keadaan mama teruk sgt masa tu & dok atas kerusi roda pulak. Masa tu juga mama & abah decided will go all out utk sembuhkan Taufiq .. whatever ubat yg Dr suggested tapi hospital tak provide, abah beli kat luar ... after 2 weeks mama boleh balik tapi berulang ke HUKM tgk Taufiq. Bayangkan time tu, kat KL ada byk tunjuk perasaan atas pemecatan DPM .. kami tawakal redah jer pergi tgk Taufiq.
.
Cukup2 40 hari Taufiq kat NICU, Alhamdulillah .. syukur sgt2 Taufiq boleh balik rumah. Berat Taufiq time tu 1.8kg, no complication .. xray brain, dada, body etc all clear .. alhamdulillah. Lepas tu satu lagi episod bermula .. routine check up, mula2 weekly, pastu monthly pastu every 3 mth pastu every 6 mth .. IQ test, visual test, hearing test etc .. alhamdulillah semua normal till Luqman lahir mama stop bawa Taufiq pergi check up lagi.
And now, baby tu dah 10 tahun ...
.
.. dah pandai posing
..
.. see perangai dia bila org nak ambik gambar
...
bila good mood
...
lagi ..
..
rambut nak ikut style sendiri
..
bila masuk toys dept
...
merajuk dgn abah .. tanak buka mata
...
keluar keta mesti sikat rambut
...
boring la tu ..
simple dinner celebration 19/11/2009
..
if only u know
..
i didnt event expect this
...
.. or this ..
..
only survival
...
Abah tak nak ambik gambar Taufiq kecil2. Katanya nanti Taufiq kecil hati bila tgk gambar Taufiq small. The only photo yg mama ada is masa cukur jambul Taufiq. Itupun ad hoc, tak de baju melayu pun. Apapun, mama bersyukur kerana kelahiran Taufiq adalah satu rahmat pada keluarga kita.
.
Harapan mama, Taufiq membesar menjadi anak yang soleh yang berguna kepada agama, bangsa & negara dan menjadi anak yang berbakti kepada mama, abah, keluarga, masyarakat dan semua di sekeliling Taufiq.

LIFE

Received this from a fren. Till 40 mcm betul jer, yg lepas2 tu me ada ubah sbb ada yg kurang sesuai di publish di blog me ..
...
What is life about?
..
1
At one, YOU are the top priority
..
10
At ten, academic excellence is the top priority
..
20
At twenty, getting laid is the top priority
..
30
At thirty, a good career/family is top priority
..
40
At forty, keeping your body in shape is top priority
..
50
At fifty, health is top priority
..
60
At sixty, grand child is top priority
..
70
At seventy, remembering something is top priority
..
80
At eighty, moving around is top priority
..
90
At ninety, knowing directions is top priority
..
100
At 100, having your portrait on the wall is top priority!
..
Above all .. to me .. ALLAH is my top priority
...
Wishing you all happiness!

.. suda 41 tahun la ...

Me typed few entries yesterday, tapi internet slow sgt .. hancus.. masuk blog org lain boleh baca jer, tak leh nak comment. Sound like nak tukar to maxis or digi lak ler.

Okay, back to my birthday .. looks like a normal day .. Mr Hubby kena balik lambat Thursday & yesterday. My eldest merajuk dgn me & me pun merajuk dgn dia coz of Thursday's incident .. & bcoz me merajuk Taufiq pun tak berani tegur me. Angah called Thursday nite but no wish from her ... penawar on my bday cuma Luqman bangun pagi senyum & pastu nak dok kat pangku mama (mak aih dah besyar la bucuk mama). Hmmm looks like anak2 pun dah tak ingat bday mama .. huhuhu sedih. Hmm belum cukup tua tu nak kecik2 ati dgn anak2 .. hehehe tersangatlah mengada2 .. tapi I'm happy sbb dapat byk wish kat fb & here. Kawan2 yg dah lebh 15 thn tak jumpa, even my fren yg dok katil atas (double decker) masa form one pun wish. Rasa meriah sgt kat situ.

Untuk menceriakan diri me, belanjalah diri sendiri ..........
..

tomyam seafood

..

ayam pandan

..

kerabu daging

..

.. dan semua itu me makan sorang2. Yessss me makan sorang.... Sepatutnya ada company farewell lunch tapi me tak ikut sebab ingatkan nak hantar my eldest pergi sekolah, sekali nak ponteng la pulak dia. Malas nak marah2 .. ikut jer la.

Petang, balik kerja baru la my eldest & Taufiq nak ngendeng2 nak wish .. hati mama biasalah cair .. but since abah tak blk lagi .. mama cuma gi McD drive thru balik makan sama2 sambil tgk TV ...

Nampak mcm sedih kan my 41 bday, tapi sebenarnya me happy.. hehehe .. gambar2 di atas diambil dari my bday present tapi disebabkan kat kedai makan & dok sorg2 me tak pakai flash pun .. me beli hadiah untuk diri sendiri .. let me call it as 'black' - my new toy - a phone with 8.1mp camera, beli 3 in 1, hp-camera-mp4 .. and 'black' is from the brand that i never use before .. sblm ni motorola (ni zaman hp mcm botol air budak sekolah), nokia..&..nokia..&..nokia&..&.., pastu few pda's ..O2.. dopod..htc.. pastu back to nokia .. & last sekali this one. Nampak mcm 'black' akan berlama2 dgn me coz dia menepati apa yg me nak .. reason me pilih dia sbb malas nak bawa 2 sekali .. hp & camera .. & most of the time malas nak ambik gambar sbb malu nak keluarkan camera. With 'black' me tak guna flash pun gambar okay .. MP4 agak jarang me guna sbb tak sempat .. tapi sesekali boring2 apa salahnya.

So .. moral di sini .. anda boleh ceriakan diri anda sendiri ...............

Menjelang 41

41 tahun yg lalu, agaknya di masa ni my mum keresahan membawa perut yg sarat, risau apakah dugaan kelahiran anak ke3 ini. As a mum tak kisahlah anak ke berapa, sudah pastinya kelahiran adalah sesuatu yg dinantikan. Kelahiran me ketika mak dan ayah masih tinggal bersama tok. Me merupakan cucu ke 4 selepas kakak(1965), abang(1966), my hubby(1967) and me (1968) .. unik bukan urutan tahun kelahiran kami.. dan itu menjadikan kami agak rapat bersama, main bersama .. bergaduh pun bersama.
Ingatan me pada kehidupan masa kecil hanyalah bermain sekitar kawasan kampung tok yg dipenuhi pokok2 buah sawa, mempelam(mangga), jambu air, jambu batu, belimbing dan cermai. Satu lagi yang me ingat ialah kutip buah nam-nam jiran sebelah rumah tok, Tok Su Wan namanya. Kejiranan dulu amat rapat malahan kebanyakkannya asal kami bersaudara, Tok Su Wan, seingat me adalah seorang tua yg dah tak berapa sihat duduk di atas rumah .. sesekali kalau nampak me atau kawan2, dia akan panggil dan bagi duit atau buah.
Sewaktu me berusia 3 tahun me dapat adik, tapi sebelum tu kami dah pindah rumah sendiri di belakang rumah tok. Me tak berapa ingat tentang kelahiran adik, tapi yang me tau, ada nurse datang rumah .. me takut dan sembunyi balik pintu .. lepas tu kalau orang datang diaorg akan refer to me yg sembunyi balik pintu.
Selepas dapat adik, rasanya kehidupan me lebih bebas sebab mak sibuk dgn adik yg sakit. Selalu masuk hospital. Me belajar menjadi kakak from there. Me still remember semasa ayah hantar me pergi sekolah darjah satu, me suruh ayah balik tinggalkan me sorang sebab takut adik sakit tapi ayah tetap tunggu sampai waktu rehat. Memang me ada kakak dan abang, tapi abang dan hubby me bersekolah di sekolah lain - kononnya anak lelaki sekolah Inggeris, anak perempuan sekolah Melayu. Me dan kakak masa tu agak kurang rapat sebab masa tu kakak tinggal dengan tok (& tok mmg saaaayang sgt kat dia).
Darjah satu merupakan tahun me menyesuaikan diri dgn kawan2. Me tak tau kenapa rasa rendah diri me amat tinggi. Me selalu merasakan diri ni serba serbi kurang. Persekolahan rendah me dipenuhi dgn rasa rendah diri atas kekurangan sehingga me tidak sedar akan kelebihan diri me. Semangat me datang dari kejayaan Pak Lang yang merupakan anak kampung me yang pertama ke England. Semasa pertandingan pakaian beragam, me memperagakan baju yang Pak Lang beli dari London, me berjaya dapat no 1 wpun tak pandai nak jalan (siap cikgu pegang tangan ajar pusing).
Alhamdulillah Sekolah Kebangsaan Gunung telah berjaya mengurangkan rasa rendah diri me sehingga me berjaya masuk ke salah sebuah sekolah berasrama penuh. Tapi rasa rendah diri itu datang semula bila masuk hostel, abt 50% dormmate me anak staff kedutaan Malaysia di luar negara. Me jadi culture shock bila diaorg speaking. Nasib baik classmate me ramai yg same background. Sedari form 1 me dah belajar balik kampung sendiri, kalau cuti raya or cuti biasa naik bas ke Kulim, lepas tu naik bas dari Kulim ke Butterworth, lepas tu ambik bas express ke Alor Setar, lepas tu tunggu bas balik kampung. Kalau cuti semester, kami dapat tiket train .. bas sekolah akan hantar ke train stesyen kat Bukit Mertajam awal pagi, sampai di stesyen Alor Setar ayah dah tunggu bersama2 ayah kawan2 me. Belajar, main, belajar, main .. gossip, kutuk, gaduh etc .. sudahnya sampai SPM .. di sini baru terasa sedihnya nak berpisah dgn kawan2 yg tidur, makan, gaduh, kutuk etc bersama dlm satu compound selama 5 tahun. Lebih 80% kawan2 me memilih untuk keluar negara, tapi upon ayah's request, me tak isi langsung luar negara dalam borang untuk melanjutkan pelajaran lepas SPM.
To cut the story short, me kemudian sambung lagi matrix kat sekolah lama selama 2 tahun. Kali ni dengan kawan2 baru wpun di asrama yang sama dan kali ni me datang dengan semangat yang luar biasa, keyakinan diri me amat tinggi masa ni. Me sudah mula tau potensi diri, ditambah pula kerana me dapat course yang me minat. 2 thn matrix, 1st year & 2nd year .. alhamdulillah result setanding dgn usaha me.
Nak masuk 3rd year, banyak sgt dugaan .... uum sintok delay dan pembukaan semester baru lambat .. so, kami bercuti agak panjang, dan masa tu me kerja part time kat kedai bata .. bila dah nampak duit gaji .. semangat nak belajar dah kurang, ditambah pula dgn cinta monyet yg setengah jalan .. semangat jadi makin kurang bila mula masuk uum sintok dengan keaadaan serba kekurangan. Hostel yang separa, sebhg masih dlm construction, air tak de, panas terik, kering kontang, hostel & akademik jauh .. transport limited, lori hantu .. nak keluar dari kampus susah .. tgh2 tu ada pula yg tersampuk hantu (yelah kawasan tu hutan tegar b4). Dan paling sedih .. huhuhu.. ex-bf me bertunang .. syahdu. Result semester tu adalah yg paling merudum. Semesters after that me try kejar balik .. nasib baik my 1st 2 yrs result dah agak stabil. Cuti nak masuk semester terakhir me kerja kat library uum .. so jarang2 balik.
Masa tu juga, ayah yang merupakan pendorong kuat me, jatuh sakit. Me ingat tak serius, rupanya ayah pergi meninggalkan kami 2 minggu me register untuk final semester. Hitam, gelap, kelam rasanya dunia me. Semua tu kerana kami tak bersedia, segala2nya sebelum ni di bahu ayah. Abang & kakak berenti kerja semasa ayah sakit .. sekarang kami tak de punca pendapatan. Me almost left uni masa tu. Dalam kepala me cuma ingat nak kerja sebagai guru sandaran jer. Luckily my cousin (my hubby) strongly cuba sedarkan me, wpun masa tu hubungan kami tak lebih dari cousin. Kawan2 terlalu byk membantu. Terasa diaorg mcm saudara sendiri.
My family then proposed me dgn my hubby. Hahaha lagi terkejut .. ada nazar rupanya sebelum kelahiran me. Kami tak janji apa2, but we'll try. Bayangkan dari sepupu yg ber'hang''aku' .. we have to try on serious relationship .. lepas grad me mencuba nasib di kl & my cousin still kat Sintok, alhamdulillah me, after 2 weeks here me dpt kerja .. after two years kerja, we decided to get married. Alhamdulillah .. kami selesa bersama .. ada masa tenang, ada masa hujan renyai2, ada masa ribut kencang .. now kami makin matang bersama2 4 org permata kami. Siapa kata dah kenal tak perlu mengenali. It takes time for us to know each other after marriage wpun dah 25 thn kenal sblm kahwin. And now I'm proud to say that arrange marriage actually can work. Kenal lama bukan alasan untuk kita bosan. Now after 41 years we still have a lot to talk to each other, sampai kdg2 kena tinggal anak2 untuk pergi dating. Semoga Allah merestui perhubungan ini.
Back to me's story, I started my career kat centre kl .. after 3+ years move to Selayang, 3+ years after that transferred to Rawang, 6+ years then transferred to Shah Alam .. a year plus there, me resign and dapat kerja kat Rawang, very nearby my house. Keseluruhannya, 41 tahun ini, setiap detik amat bermakna buat me .. me bersyukur pada Allah untuk 41 tahun yang telah diberikan pada me .....and from now on .. tak de toleh ke belakang .. me will continue with my harapan in next entry tomorrow....

makan..makan..d Sawda

Baru terperasan yg me blm buat review on food from here. 1st time ajak my eldest minum kat situ .. '.. macam kedai ubat je ma .. tanaklah..'. Tapi bila dah masuk kat dlm, termasuk last weekend dah few times makan kat situ .. mmg best and last weekend for the very 1st time bawa Angah makan kat situ .. and 1st time gak me ambik gambar food dia, sblm ni tak sempat, sedar2 dah selesai. Hehehe .. tersenyum2 adik2 waiter tu tgk me ambik gambar, nasib baik tak terus buat entry online ..
.
drinks:
air kuning tu Angah order 2 kali
kopi Sawda abah
& yg paling best oreo shake for Taufiq & Kakak
...
- the food -
nasik goreng chicken wing for Taufiq
baked seafood fried rice abah punya
fried spaghetti seafood - angah
nasi lemak - mama
cheezy chicken - kakak
..
& inilah taufiq sesampainya ke rumah ..
dunno why me suka ambik gambar bebudak ni tidur lately

Sup lagi..

.. our dinner at Ani Sup Utara Kuala Selangor..
Jumaat Malam
...
..
.
sup tulang keting
sup pipi
sup lidah
.. tgk pinggan me .. mmg tak terkira kalorinya..

Alahai anak mama .. Luqman & vicks


Kisah hari Jumaat ..

balik kerja sampai jer rumah ..


.. apasal tegak jer rambut anak mama

..

..

..

..

bau lak semacam

..

..

..

..

.. alahai .. dah dikerjakan vicks kakak dia
p/s perasan tak kalau dok asrama semua benda nak ditulis nama
..
..

.. bila tgk dia tidur cam ni .. sejuk hati mama ..

Resepi Sup Tulang

Dah lama tak titipkan resepi tak kisahlah sup tulang me yg simple nih
...
Gambar dlm periuk lagi
...
SUP TULANG ME
.
Bahan2
1 kg Tulang
Air (agak2 1 1/2 takat tulang)
garam
daun sup & bawang goreng
.
Cara2
Rebus tulang sampai tahap air jadi sama dgn tulang lepas tu masukkan garam & kalau suka boleh masukkan lada hitam yg ditumbuk.
Dah selesai, nak hidang masuk mangkuk tabur daun sup & daun bawang.
...
Me believe by nature ramai yg boleh masak sup diatas.
Ada yg lagi terror buat sup berempah (tapi me kurang minat sbb cepat muak).
...
Back to apa yg me nak sampaikan.. cerita keistimewaan sup tulang atau daging sebenarnya terletak pada tulang atau daging itu sendiri. Lebih sedap tulang atau daging fresh dari lembu muda sbb supnya akan jadi manis. Petua my late grandfather, nak cari lembu muda or yg daging lembut & manis, kat tempat sembelihan cari yg paha lembu (yg tergantung) kecil and dagingnya pink. Lagi satu, lebih elok kalau kita kenal tukang sembelihnya (which susah nak pastikan kalau beli kat pasar esp klang valley) sbb sedikit sebanyak ia mempengaruhi rasa daging itu. Sebab itulah kita selalu rasa daging korban & aqiqah yg di rebus biasa jer tu manis & sedap sgt sbb selalunya tukang sembelihan daging korban & aqiqah ini dipilih dari orang yg tinggi ilmu dan amalannya.

Anak mama & math

Sempat check Taufiq punya math paper 1 .. soalannya rasanya lebih mudah dari yg biasa dia buat dari exercise book yg me beli tapi disebabkan kesenangan itulah dia dah ter 'careless' .. maka jadinya me dah boleh agak result math dia .. tak palah anak mama .. next year kena fokus sikit. Taufiq anak tak cukup bulan sebab me kena pre e (will story abt this on his bday nanti), tapi alhamdulillah he grows normal. Mcm mana dia tak sabar nak keluar mcm tu la juga dia buat kerja .. nak cepat sokmo. Balik dari exam hari tu dia btau 'ma, soalan senang, Taufiq lebih masa byk sgt ..' rupa2nyadia baca soalan separuh je pastu terus tanda...sedangkan math real Q selalunya dok kat belakang. Alahai anak mama ..
.
Being a person yg memang betul2 minat math, me mmg ajar sendiri math my kids wpun cikgu dah ajar kat sek. Me masa sek ren betul2 belajar math dgn my late father. I trust my late father's answer more than cikgu (maaf, mmg me pernah beberapa kali betulkan jawapan cikgu masa sek rendah, siap argue lagi finally cikgu agree w my answer). Masa matrix & uni (infact my lecturer set for A was 95+) my target for math & statistic was always 100% (coz syllabus dia mcm revision SPM math).
.
So far my eldest nampak mcm follow me, but my 2nd one minat dia lebih ke language and Taufiq (as usual anak tak cukup bulan) is a very fast learner tapi selalu nak short cut. Taufiq hafal sifir in 1+ days jer, my system (as teach by my late father) cuma hafal sifir 3,4,6,7,8 jer .. sifir 1,2 by nature selalunya dah boleh hafal .. sifir 5 quite simple just divide the no by 2 kalau takde baki letak 0 blkg kalau ada baki letak 5 blkg .. sifir 9, digit tenth letak multipier less 1, digit ones is 9 less digit tenth (i.e 7 x 9 .. digit tenth 7-1=6, digit ones 9-6 = 3, so 7 x 9 = 63, 6 x 9 = 54 .. total ones & tenth will will always be 9) .. a bit of trick kalau anak selalu blank sifir dlm exam sek ren esp kalau bebudak cepat blank kalau kalut, teach them to do bijak sifir sampai boleh buat abt 2 to 1 minutes. Bijak sifir ni ajaran my kids tuisyen teacher dia akan suruh bebudak buat ni before class start .. sampai bebudak dpt buat cepat, list no 2,3,4,5,6,7,8,9 horizontal & vertical, then ask them to fill in sifir kat tgh2. Gunanya kalau exam math .. selalunya sebelum exam start masa pemeriksa or cikgu bagi arahan dia tak bagi buka buku soalan tapi dia tak cakap jgn tulis apa2, so budak2 boleh buat ni kat muka depan buku soalan (the more they practice lagi cepat diaorg boleh buat, and this exercise juga akan directly set their mental utk jwb soalan math), selalunya soalan mula2 mudah, so student start relax, tapi bila soalan 7 keatas dah start dah .. bila time dah tak cukup esp paper 1 sek ren, student dah mula gelabah .. to cut short any sifir diaorg boleh referla bijak sifir yg diaorg buat kat front page tu .. Cara ni nyata berkesan kat anak sedara I yg selalu gelabah.
.
Mcm mana pula dgn prob Taufiq yg selalu nak cepat & careless tu .. practice & practice la jawabnya ..

Aktiviti org sakit

Hmm best gak sekali sekala terperap dlm bilik gelap .. boring2 buka notebook .. layan fb, farmville & cafe world .. sambil minum milo panas & oreo .. hehehe rupanya sedap gak oreo ni. No wonder my kids suka .. agak menenangkan.. cuma kat bahu still rasa stress .. opps ke i tgh stress.. rasanya tak kot hmm ntahlah. Kdg2 dlm excited buat kerja kita tak tau kita membebankan badan .. insyaAllah month end ada planning for short holiday, mungkin tak dpt balik raya kot sbb En Suami kena ke pantai timur .. langsung bercuti bole. Apapun, hopefully tomorrow I'm ready to be myself back... Thank to all the advice .. best kawan2 cyber nih wpun tak kenal and most of you muda byk dr me sesetgh tu kena panggil I aunty dah .. i dont mind.

pening .. & bertambah pening

Me MC today. Mcm biasa migrain & stress. Actually Dr dah lama advise to go for another round of scan .. rasanya last me buat wave & scan kat Tawakkal more than 10 years ago. My record kat this clinic pun dah almost every other mth me minta injection .. so dah 3 kali rasanya dia advice me. Cuma bertangguh coz nak tunggu hubby free (last time pegi sorg gak) .. & at this age rasanya kalau ada yg pelik2 lebih baik tak tau dari tau.
.. tersangatlah tak laratnya .. lepas balik clinic terus berkurung kat bilik till just now turun nak cari makanan sket .. sekali ternampak Luqman dgn happynya tgh mengerjakan hp abangnya kat depan tv & my maid dok nearby kononnya tgh menjaga Luqman tapi mata kat tv tak sedar semua button2 hp Taufiq dah dicungkil Luqman (his fav kalau jumpa hp or keyboard). Bila me sergah barulah my maid terkejut & ambil hp tu dari Luqman. Leka betul dia dgn tv ... hmm rasanya ada orang akan kena kaunseling nih ... pening..bertambah pening. Apakah me sedang mengharapkan pagar? Me jarang sekat maid kalau nak tgk tv or rest provided cleaning & all selesai .. tapi jgn sampai abaikan anak. What if Luqman terjumpa medicine (read dia nipun suka memanjat & menyelongkar) .. & pagar itu leka dgn tvnya ... omg tak sanggup nak bayangkan. Peningku lagi pening .. siapkah yg perlu di scan.

Nilai Wang

Yesterday, time borak2 . My fren (A) tell me about his conversation with his boss(B)..
.
B: Whats your monthly expenses?
A: Hmm about 3 to 4k per mth not inclusive my car and house installment.
(note : looks okay for a family of 4 plus 1 maid)
B: Wah .. so cheap ah! Mine is more than RM20k per mth
(note : B got 1 wife, 3 kids & 1 maid)
A: Oooo I see
B: My kids education is inclusive, but not the installment yet, how can you maintain such a low monthly expenses.
(Note : 2 of B's kids is studying in boarding school at Melbourne (self finance))
A: As simple as this, if I open your fridge & look at your fruits only, they can easily cost you more than RM500 every time you shop. Thats not count the fresh steak and others yet, and your meals outside.
.
Wah! for fruits only, every time shop, more than RM500, and I know B's wife shop for fruits every week .... If my late father ever heard this conversation, wonder what will be his comment. His income as a padi planter for 4-6 month is less than a month fruit supply to B's family. Teringat my masa kecik2, fruits to us is free, panjat pokok mangga tepi rumah dapat mangga, kalau tak pun tunggu mangga luruh .. Nak buah sawa, just make a sarung or sangkar kat galah then kait pokok tepi rumah tok (now pokok sawa dah tak de), buah jambu batu, jambu air, belimbing besi etc semua kat keliling rumah. Pisang jangan cakapla .. apath lagi kelapa muda. Nak dgn tak nak je. Itu baru fruits, beras mmg tak yah beli just hantar padi baru just upah mesin kat kilang - dpt beras baru lagi, sayur2 memang dah keliling rumah, ayam itik semua hasil bela sendirian berhad, cuma kalau nak makan ikan kena beli. Rasanya cost of living time tu murah sangat as compared to now.
.
Yesterday evening, balik me pergi pasar tani coz last weekend tak pergi pasar. Me tak beli byk coz this weekend nak pergi Kuala Selangor .. ration untuk 3 hari ni ..
.
hasil tangkapan semalam
..
Ayam & ikan .. biasalah .. tulang tu sbb teringin nak makan sup tulang fresh .. hmm memang fresh, kuih2 for kids supper lepas study for exam tomorrow, pisang for Luqman & hmm nyam2 jambu air (huhuhu dulu2 free jer). Me jarang kira bila pergi pasar, coz selalunya beli tak byk, this time terasa nak kira, me keluarkan 4 keping note 50 letak dlm purse, masa balik me tgk cuma tinggal 2,3 keping note merah & seringgit. Meaning that tangkapan yg sedikit tupun lebih 150 hanya di pasar tani. Rupanya selama ni tak perasan, keciknya nilai duit sekarang. Abt 10++ years ago, me boleh beli macam2 kalau bawa duit 50 pergi pasar .. siap berbaki lagi.
..
.. saja nak tunjuk dinner semalam ..
ayam sambal (kids favourite)
sup tulang (memang best & fresh tulang tu)
ikan masin goreng w bawang & cili padi

berladang kat farmville la pulak

Dalam sibuk2 dok course, buat planning for audit & next year, anak exam etc, sempat lagi berladang tu. Actually masa mula2 join fb my fren dah ajak farmville .. manage to control myself till last two weeks bila gift from frens dah penuh box, fv force me to open .. dah open mula la explore, pastu terlekat la pulak. But nama pun game kan.. just set ikut my free time lar. So now fv dah jadi salah satu cara I fill in my free time esp bila tak keluar lunch. Boleh kurus woo kalau berladang virtual pun sbb tak makan hahaha...

Bebel mama

Week ago, singgah bfast with my daug b4 pergi pasar. Time nak balik, ternampak my daug's fren's mom, sitting alone, sugul .. mcm nak nangis pun ada. On d way nak keluar, tegur dia, she sound so upset .. duduk kejap kat depan dia. Then barulah tau sedih dia sbb anak kesayangannya. She is a single parent & just tinggal dgn anak sorg tu jer. So bila dpt tau anak dia buat s'thg yg broke her heart, sedih sgt .. katanya mcm nak lari tinggalkan anaknya kat rumah anak yatim. Dia minta me tlg nasihat her daug... me tgk muka Syiqin, sedih jer .. so me minta Syiqin ajak her fren keluar. Tgklah apa yg me boleh buat.
Last Sat, we all keluar sama2 .. mula2 as usual, me biarkan diaorg jalan sama2 .. enjoy themselves dulu .. then ajak masuk fast food. Me sebenarnya tak tau nak cakap apa bcoz me tau mak dia dah cakap byk dah .. Last sekali apa yg keluar dari mulut me benar2 buat dia nangis & Syiqin pun sedih. Me cuma tanya dia, what if her mother is not around. Confirm no 'bebel' from mak and the makciks & pakciks will definitely hantar pi rumah anak yatim sebab give up nak handle her. Is that what she want? And I tanya dia, agaknya kalau anak dia buat what she did, apa yg dia nak buat? Again I tell her, I wont benefit anything kalau dia jadi baik & I didnt loss anything kalau dia jadi jahat coz she is just a friend to my daug .. but the benefit will go to herself & maybe her mom .. Tapi I minta dia berubah for herself, mum & org2 yg dia sayang.
Sedih sebenarnya, I dont know I can be as strong as her mum if I'm at her place.
P/s .. tak mudah mendidik anak di zaman cyber ni

The Warung

2nd day course pg dgn komuter coz boleh tidur. Lagipun my course start at 9.00 (katanya) .. so tak ler berebut2 dgn org nak gi office. Lepas keluar komuter tu, ternampak ni .. 1st impression eh eh cantik lak warung style kampung kat mid valley. Pastu tgk jam .. hmm still ada abt 20 min lagi .. boleh la try minum kat sini .. hehehe thats me .. suka try try
.
.. sesekali nak merasa makan warung kat Mid Valley
..
.. see nampak sejuk jer .. teringat breakfast kat Langkawi
..
my favourite .. nasi lemak daun pisang
..
.. and the bill ..
yea double than normal warung but okayla
..
overall rating ... the food are nice, setup cantik, view pun okay, service pun okay .. would be better kalau the cashier/waiter can be a bit peramah or mesra pertanyaan (ala2 warung gitu) coz kalau masuk warung ni expectation dia yg peramah2 gitu kan .. Apapun I like the place & will definitely come again kalau nak relax2 ...

Kurusus

I received a reminder from MIA asking me to forward them my CPE proof for 2007 - 2009 (1st time after 15 years membership) .. kira punya kira, opps tak cukup 12 points lagi .. All MIA member have to complete 60 (last time 120) hours CPE. I think I attended byk dah cuma may be my cert byk yg tak jumpa. Check MIA course, mostly dah attend or not related, as a solution I ambik IT course .. hehehe Excel Advance ... IT course as usual .. tadak lunch .. since the place is at Mid Valley .. rasanya lebih baik no lunch coz kat situ byk choice .. so, kita review sikit my makan2 masa kurus..us .. or Kur..usus .. hmm syian usus I
.
1st day lunch .. Bento set
..
2nd day lunch .. me rebus jer
..
sebab
..
.. terjumpa MPH.. so makan kat La Cucor kat situ jer
pas tu window shopping buku.
p/s me mmg hantu buku .. kdg2 tu beli tapi tak sempat bacapun pastu beli lagi

hAPPy bIRTHDAy mR E

Happy Birthday Hubby.. huhuhu sedih coz yest he's still outstation, today baru balik & tonight baru boleh celebrate. Anyway me & kids dah wish him .. actual celebration will be after cuti sekolah kot coz we will celebrate together 3 bday in Nov My hubby 1st, Mine 13th & Taufiq 19th.