Penghujung 2012

Hari terakhir 2012. ... hantar hero mama balik.




I'll miss my kids. Tomorrow turn Angah... & rumah ini kembali sunyi till next school holiday.

Kedatangan 2013 dinanti dgn 1001 harapan. InsyaAllah yg akan datang semua yg baik2.... Aamiin..

posted from Bloggeroid

Alahai...

Setelah hampir setahun dgn pinky.... Baru tau tak enable javascript thats why tak dpt comment. haish.... But i do read most updates from the blog i follow.....

posted from Bloggeroid

Salam Maal Hijrah


Banyak yang berlaku sepanjang tahun lepas dan di penghujung tahun, semoga yang baik2 di terima Allah dan yang tidak baik diampunkanNya.  Semoga tahun depan semuanya yang baik2 sahaja.  Wallahualam.


SPM Kakak

Esok hari penentu hala tuju kakak selepas 5 thn sek men 6 thn sek ren & 2 thn tadika.

Mama ampunkan kakak sedari lahir hingga kini & selama2nya, halalkan segalanya. Semoga Allah memberi kesihatan & ketenangan pada kakak sepanjang peperiksaan, diberikan ingatan yg jelas atas apa yg dipelajari, dikurniakan kecerdasan fikiran dan kepintaran berfikir untuk menjawab semua soalan dengan baik. semoga kejayaan menjadi milik kakak dan semoga kakak dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang impian kakak seterusnya berjaya dlm kerjaya pilihan kakak & mendapat keberkatanNya. Aamiin...


posted from Bloggeroid

Masak lemak ketam

Permintaan Mr E. ... Lemak ketam macam ibunya masak. .. Alhamdulillah lulus.

Terasa hilang lelah memasak bila dengar Mr E's cakap 'Ya Allah sedapnya' sebaik lepas suapan pertama.... :-)

b4


setelah masak ... yummy2
posted from Bloggeroid

Durian crepe akhirnya...

1st time makan kat curve... Sedap sgt kata my eldest. After 1 1/2 years org dok ribut2 buat mama pun try test.... Okayla.. Tapi kulitnya perlu diubahsuai lagi kata my eldest. Yg kat curve kulitnya tak rasa tepung langsung.. Sebijik mcm selaput durian yg cover biji durian tu... Huh...


posted from Bloggeroid

My Lunch today

Jumaat tak berkata2....


posted from Bloggeroid

Mee kuah suka hati

Menu Aidil Adha ketiga.... Yummy2. Actually mee ini merupakan hidangan di rumah ini kalau tetamu tiba2 'ter'datang dalam keadaan tergempar. Mudah senang & bahan2 tidak terikat. Blh juga dihidangkan dgn bihun atau spagetti atau macaroni... Sebab itu ia dinamakan mee kuah sukahati (kalau ada udang boleh masukkan udang .. & jadilah mee kuah udang dan sebagainya.  Tapi based on my trial & error dgn daging la sedap especially bila ada lemak yg tak pecah tu hurmmm..yg diet sila control ..



Bahan2
Mee kuning
Daging & apa2 rencah bahan basah lain sesuka hati
Kobis & apa2 sayur lain sesuka hati
Cili blend
Sos cili kimball
Air asam
Garam & gula
Bwg putih utk tumis

Tumis bwg putih masukan cili masak sampai cili masak masukkan sos cili masak lg sampai pecah minyak masukkan air asam sedikit gula & garam. Pastu masukkan daging (dan bahan2 basah lain) & sedikit air.. Renih sampai daging masak atau mendidih dlm 10 minit api perlahan. Masukkan kuah masak sampai mendidih lbh kurang 10 minit juga, masukkan sayur perasakan garam dan gula biar mendidih sekali lagi..... Tarrra boleh dihidangkan dgn mee yg dicelur dan bahan2 hisan spt telur rebus, daun sup, cili potong & bwg goreng.
posted from Bloggeroid

Legally ours..

13 years ago when wr decided to purchase property, we just decide and go. We do not have enough cash as downpayment, borrowed my mum & our uncle's money while waiting the fund from epf just enough for down payment and simple extension for kitchen. Loan was set till Mr E reach 55. .. but who knows, its Allah's plan. .. today Mr E went to epf again and decided to fully settle the balance.

We truly agree that epf money is for 'hari tua' but we believed this house walaupun tidak sebesar orang lain tapi istana Mr & Mrs E & family untuk selamanya...

Satu dari misi 'debt free' telah terlaksana. Syukur Alhamdulillah....

posted from Bloggeroid

Cheese sausage roll with cheese topping

Rumah ini tak pernah jemu dengan roti sejak ber bm. .. Why bread? Sbb kalau buat 'cik tong' tak merasa. ... Kalau kek & cookies terpaksa cari adunan yg paling sikit... Selain lasagna & bsked pasta favourite anak2 kat hostel. .. Roti yg selalu masuk oven...

Melalut pulak kali ni atas permintaan anak dara. . Cheese sausage roll with lots & lots of cheese on top (me guna shreded cheese utk pizza).. The rolls guna my normal dough recipe, pastu rataka n 4 segi tepat sapu butter, pipekan mayonis pastu tabur chopped sausages yg direndam dlm air pana sekejap (thx to my tupperware chopper-sgt mudah) pastu tabur shreded cheese or b4 tabur chopped sausage susun slice cheese. . Gulung & potong 12 (coz my baking pan blh letak 3x4 pieces. Susun dlm baking pan biar 40 min pastu tabur cheese (lg byk lg best) daun sup & black pepper.... Masuk oven 20-25 mins 180c... & siap....


posted from Bloggeroid

Sausage mayo roll + cheese bun

Setelah dua purnama tidak meroti...


posted from Bloggeroid

KFC am bfast....

On half day today... Nak settle fomema maid.

Layan my eldest bfast at kfc. . My fav Crispy Cheezy Bun. . Nyuummmm...


posted from Bloggeroid

So far so good

Just a short note .. hardly write about my study ..
 
Alhamdulillah .. its all started with just a joke now i'm in 3rd semester already .. hu wooow.  Its just like a dream .. and the changes in me, from a 'malu-malu makcik masuk kelas', now i 'dah boleh masuk' dgn the younger student (** and i feel 15 yrs younger .. huh) ... from the old school student who used to find reference books, article and journal in library, now i managed to find in in e-library and google .. clap clap clap.

Office Raya Pot Luck today - My Laksa Penang

Office me cuma 4-5 kerat jer muslim .. so for raya potluck me decided to try Penang Assam Laksa instead of Laksa Kedah.  A bit remeh coz kalau laksa kedah me main campak2 jer, ini ada masuk serai, lengkuas & nenas blend .. but worth trying .. sangat sedap meh .. kalau sendiri tak puji .. siapa lagi kan???


gambar kuah laksa  .. yummy2 ..
 Bahan2 :
Bahan kisar A :
2-3 sudu besar cili kisar
4 biji cili merah
3 biji bawang besar sederhana
1 batang serai
1 cm lengkuas
1 cm belacan
1/2 cawan nenas

Bahan B :
2 kg Ikan kembong
1 tin Ikan Sardin tin
2 kuntum bunga kantan belah 2segenggam daun kesum + 7-8 helai daun pudina
4-5 keping asam gelugur
1 cawan air asam jawa
sesudu besar petis
1-2 liter air
garam secukup rasa (blh tambah gula sedikit)

Bahan Laksa & hiasan:
Laksa secukupnya rendam dan rebus (me suka guna laksa cap cili)
Salad
Timun
Bawang Besar
Nenas dihiris halus
Cili padi & cili merah
Bunga kantan dihiris halus
Limau kasturi
Petis

Cara2:  
Siang ikan kembung cuci & rebus dgn 1 liter air, 2 keping asam keping dan sedikit garam sampai masak. Sejukkan. Asingkan isi dan tulang, kisar tulang tapiskan airnya, kisar lagi (ulang 2-3 kali sampai tulang jadi putih) ketepikan.  
Asingkan ikan sardin dari sosnya, cuci dgn air sedikit, campur dgn isi ikan kembung dan lenyek dgn garfu (supaya ikan tidak terlalu hancur bila di masak).
Tapis air rebusan ikan ke dalam periuk untuk kuah, masukkan air kisaran tulang, ikan yang dilenyek dan semua bahan kisar A di atas.
Masak sampai mendidih, masukkan asam gelugur, jus asam jawa dan lebihan air (balance 1 liter lagi) .. bila mendidih sekali lagi masukkan bunga kantan dan daun kesum.  Masak perlahan dlm lebih kurang sejam.
Sebelum tutup masukkan daun pudina, perasakan garam secukup rasa.

Note:** me masak sehari sebelum sampai mendidih 15 minit sejukkan dan simpan peti ais.  Gambar ni malam tadi masa panaskan semula dalam 1-2 jam biar mendidih lama api slow sambil late dinner santai2 ... dan pagi ni panaskan semula sekali lagi dalam 1 jam gitu .. rasanya sangatlah ummppph ..

Semi Wordless Wednesday

 My new hobby, kitchen gadget online purchase ...


Sunbeam Mini Cupcake maker bake perfect cupcake in 5 minutes .. taraaa

on d way .. Rachel Allens Double Pie Maker ..

and

my wish list (hope Mr E read this)


Kenwood Kmix - waaa on offer now .. but still in midst of soft pujuking

mini pizza maker - this one is just to complete my collection - he3



10 portion grill or 7 portion grill will do .. eh..

the price is slightly higher than the small red one that i purchase before ... huwaaa


Everything must have target .. 
the kitchen further renovation should be the 1st in my wishlist

i wish i could have build in oven to complete my kitchen ..  

 enough with my semi wordless wednesday ..


Sweet 16 Angah


Happy Birthday Angah

Semoga Allah memakbulkan segala impian dan doa angah
dan
semoga Angah menjadi hambaNya yang solehah.


We will always luv U
Mama & Abah


roti jala hijau kuning ... step by step

 Menjala lagi di hari minggu .. kali ni sesaja buat kaler hijau kuning 
and the step by step for my kids reference (in future)

bahan-bahan

blender semua bhg 2 letak dlm dua botol

the step by step

now tgh supper dgn roti jala

si merah chocolate melter ..


Buah2an segar di petik dari ladang AEON juadah berbuka dihari ke 8

mula-mula potong2 semua buah, susun cantik2 dalam piring

lepas tu letak cucuk dia ..


on your mark
.....
...
..
.

get set
.....
...
..
.
GO
.....
...
..
.

yeah .. jom cicah2 chocolate


 dan terrasmilah gadget terbaru di dapur
chocolate melter

Sesuai utk kegunaan 2,3 orang cicah2 .. niat sebenar senang nak buat london almond nanti .. tapi tak taulah jadi ke tak nak ke London.

Kalau berminat boleh risik2 di sini kat sini (no comission kay) cuma sizenya agak comel, besar sedikit dari soup bowl tapi kecil sedikit dari bowl corelle .. cukup utk 100++g choc.


lebih baik melempeng dari melempang .. ramadhan 4

wahh .. tajuk tak boleh belah.  Actually hati terasa sedikit panas di penghujung hari semalam.  Tak payahlah kita kisahkan yang tak elok baik kita tengok hasil panas hati semalam.  Tak seekor nyamuk pun kena lempang .. tapi hasilnya me dapat berbuka makan lempeng yang sangat yummy2...

nampak cam telur dadar pun ada .. he3


Me copy paste utk kegunaan di masa depan ...

Bahan2nya
1 1/2 cawan tepung gandum
1 3/4 cawan air atau secukupnya (me tambah sket sbb pekat)
1 biji telur
1 camca besar mentega, cair dan sejukkan (tak sempat sejukkan agaknya sbb tu nampak berkilat sket)
Garam secukup rasa
1 genggam bawang goreng, diramas hancur
3 tangkai daun sup, hiris halus
Sambal tumis atau sos kegemaran anda sebagai pencicah

Satukan bahan2 diatas kecuali mentega, garam dan bahan pencicah. 
Kacau hingga sebati, masukkan mentega dan perasakan dengan garam secukupnya. 
Kacau rata dan rehatkan 5 minit.
Panaskan non-stick pan bersaiz 10 inci atau ikut saiz non-stick pan yang anda ada. 
Lenser dengan sedikit minyak (me brush butter). 
Tuang 1 1/2 senduk adunan dan ratakan.
Masak hingga permukaan lempeng nampak pucat, kemudian terbalikkan dan masak lagi hingga kuning keemasan. 
Angkat dan lakukan kaedah sama dengan baki adunan tadi. 
Buat hingga siap dan boleh hidangkan bersama sambal atau sos pencicah kegemaran anda...

Me makan dengan baki sambal ikan bilis dan sambal sotong ... pun sedap kalau makan dgn kari ikan. 


Dah dua hari berbuka tak makan nasi, day 3 makan roti jala dengan kari, day 4 makan lempeng .. satu perubahan dari biasanya nak berbuka dengan nasi jer .. kalau gini boleh kurus kot heee .. coz kalau makan nasi bertambah2 banyaknya ..

Menjala di Ramadhan ketiga

Ramadhan pertama me ada kelas sampai petang, Mr E masak kurma, dah buat posting tapi tak keluar entry, akan di post semula.  Ramadhan ke dua semalam makan dekat2 sekolah Angah .. buffet termurah RM13 shj, pun untuk entry akan datang .. entry terkini dulu untuk Ramadhan ke tiga.  Balik office pukul 7, zass sukat bahan2 masuk blender, trrrr, pastu masuk botol, panaskan plate, mula menjala tikar ini.  Kuah kari istimewa ini hasil masakan anakanda Iqin dgn pantauan Mr E yg demam & sakit2 lama yg dtg kembali akibat kurang menjaga pemakanan ...




Resepi & cara2 dari one of my favourite blog 
http://www.dapurkakjee.com/2011/06/roti-jala-selepas-4-tahun.html 
(antara blog wajib singgah kalau buka internet)

BAHAN2NYA: 

2 cawan tepung gandum
1 cawan santan (me guna susu cair susu cair)
1 cawan air
1 biji telor
secubit garam
beberapa titis pewarna kuning telur



(me buat half adunan (kec telur me guna sebiji kecil) dpt about 15 jala size kecil sbb me guna botol yg kecil beli kat daisho)

CARA:
Masuk semua bahan dalam blender dan blender about 3-4 minit sambil sebati. Tuang dalam botol acuan.  Pastu panaskan non stick pan dan oleskan mentega ke seluruh kuali. Biar kuali panas dan mulalah menjala. Bila sekeping sudah masak (me sapu sikit butter kat atas tu supaya nampak berminyak), alihkannya ke pinggan, terbalikkan supaya permukaan atas yang licin mengadap ke bawah. Me jala yg seterusnya kemudian gulung ketat2 yg di angkat tadi, by the time siap gulung, yang di jala sedang elok masak, angkat & jala yg seterusnya. Ulang sampai habis.
(Kena simpan dalam bekas kedap udara supaya tidak menjadi kering dan keras).  Sesungguhnya resipi ini sangat mudah, lembut & sedap.

Red + White = Lasagna ..

7 set of lasagna - 3 for Taufiq, 2 for Angah, 1 for my sister and 1 for iqin & abah huh !!!! .. start at 12.45pm (plus time off luka jariku tersepit pintu kereta) .. have to finish and pack by 2.30pm  .. baking hour itself for each set 45 minutes not including preparation of the sauces and 3pm have to make a move to Kuala Selangor & Sabak Bernam.  So can imagine how me melompat in the kitchen .. but finally i'm satisfied, coz both Taufiq & Angah happy (their friend also) and the one in the house also clear just now.


3 ready for packing another 4 in the oven


the cheating white sauce, hee .. opp forgot to add here, i also put in quarter bar mozarella cheese and a cup of milk


the walla red sauce .. half cheat coz also use prego traditional can


Dont ask me for the exact recipe .. the ingredient is as per photo above.  For 7 sets of lasagna, i use 2 cans or prego cheese & herb, 2 cans of prego traditional, 2 x 400g mince meat, 1 can of mushroom .. the rest is what is left in the stock and for oil- enough to cover the bottom of the pot, salt-to the taste ...opps forgot cheedar cheese & parmesan cheese for the topping

Another cheating, or may be this is the reason why the kids love my lasagna .. i only use one lasagna sheet per container to divide the two layer  .. 1st layer red sauce, 1st layer white sauce, lasagna sheet, 2nd layer red sauce, 2nd layer white sauce, cheedar cheese, parmesan cheese  .. meanings that more meat and sauce .. kalau meniaga susah mau untung .. heee...

Happy Birthday Adik

She loves cinnamon rolls and as a good sis hee.. me try to come out with something different. Being a baker who never been to cinnabon and just learn about cinnamon bread from internet..... Me google internet for variety of topping, and tried cream cheese topping + choc & d only nut left in d stock. ... Macadamia nut .. and good things is .. it taste wallaaa..... tak caya cuba try test tengok

yummy2 .. 

Cream cheese
60g cream cheese
40g butter
30g icing sugar
(mix till cream)

1tbsp butter
1/4 cup chop choc
(i didnt measure actually.. Main agak2 heee)
Melt via double boiling

1/2 cup macadamia nuts/pecan/walnut



posted from Bloggeroid

Menunggu anakanda di Pantai Bagan Nakhoda Omar

Kalau begini suasana.. Hari2 menunggu tak jemu


posted from Bloggeroid

Monday Black but not Black Monday

Monday blues??? no .. no ..  today Monday black .. early morning blackout at home .. went office a bit early .. have to print a report today's meeting .. semangat weih ... ha2 walla office also blackout.  Even worst coz one of the fuse at main tnb point at office need to be replaced and it will take time .. so me take this opportunity to ask for permission to service my office car .. and .. i fall in love with toyota service center .. wait, work, eat, fb & tv .. ha3 ..

Monday Black but not black Monday ... enjoyyyyy



The story of my Roti : Part 2 (The Trial & Error Recipe)

Aiyooo part 1 suda basi part 2 belum keluar ..  thats me

Okay back to me & my roti .. after the two failure, one with my own kederat and another one with my Bread Maker (BM) .. i google around and noted that with BM, i have to put in all liquid ingredient first, then flour then the rest, finally the yeast. (**ilmu paling berguna utk yg baru nak berkecimpung dlm BM). 

Tried a other recipe lembikla pulak tapi roti okay cuma tak pandai nak bentukkan ...  finally jumpa satu recipe sweet bun from Lovely Kitchen as follows .. and the recipe not only comes with tips but menjadi and the Bun name Sweet Soft Bun Source : http://e-nalovelykitchen.blogspot.com/2011/10/sweet-soft-bun-dan-tips.html.

Being a lazy 'me' ... nak me 'water roux' pun malas finally me jumpa balik the recipe yang originally me buat lembik but this time dah terror sikit.  Petua utk doh lembik .. 1) guna marble top or glass top (me beli kat tesco) 2) sapukan butter on the glass top & kat tangan.  3) keluarkan dough, sambil tumbuk2 buang angin tu belai2/uli lah dough tu seadanya .. insyaAllah selepas few minutes ia akan kenyal dan mudah dibentuk.

A part from Sweet Soft Bun di atas, me  letak few recipe link yang dah me try dan menjadi seperti di bawah:

Recipe nie yg byk me guna especially utk bun and roll cuma me kurangkan kuantiti air sikit http://www.tiffinbiru.com/2012/01/jommm-sarapantuna-cheese-roll.html.  Kat blog nie juga me dah try recipe pizza gebu http://www.tiffinbiru.com/2011/07/pizza-gebu-lagidan-lagidan-lagi.html and pau gebu http://www.tiffinbiru.com/2011/07/pau-gebu-montok-tembamlembuttt.html.  Insya Allah ketiga2 recipe tu menjadi.

Roti bunga dalam page before this is my 1st trial for bun/roti paung.  The recipe is from here http://www.jintanmanis.com/roti/53-rotipaun.  Rasanya juga menepati selera me.

Step by step bread recipe from this blog http://emiliaputeri.blogspot.com/ also not bad.  

Omelan me and Mr E last night .. if i didnt start with roti keras, we will still be the loyal customer to kings bakery .. now we will have at least every other day fresh roti from the oven.

Thanks to Mr E for the BM .. ha3 .. tak boleh ingat his face when i reveal the price of the BM .. "haa tu dah dpt few mth roti supply dah" .. but he never regret refund the price as i really have patient in roti.  Its part of my therapy after a long tense day in the office.


Siapa yang tidak teruja melihat permainan ini:


dari begini: 






diuli dan dibentuk jadi begini

pembakaran beramai2



hasilnya begini

 p/s gambar kurang jelita .. masih dalam proses berkenalan dgn pinky



The story of my Roti : Part 1

The story of my roti actually started few years back when Mr E requested a me to make it.  As usual i google thru few sites and blog finally found a recipe that i think i can do, but it turns out to be 'something' that you can throw to the wall and since that i just ignore any posting about bread.  One day at a bakery, again, Mr E voice out his wish that one day he can eat roti from my 'air tangan'.  Again Mrs E have to google, this time she found a creature name 'bread maker'.  Informed Mr E about it, and as usual he agree but i have to search for it, he'll refund the cost.  Walla ... Mrs E happily search found Kenwood BM (some call it bibik melayu, i prefer to call it japanese helper) .. bought, bring back and immediately tried white bread.... but ...huwaaaaa still baling dinding .. nak claim harga pun takut.  Google again 'why .. why .. why' .. i think i found the answer at cari.com.  Haa the BM recipe already stated put in ingredient in order .. yg dok pi gatai tangan buat mcm uli tgn tu sapa suruh .. siap campur yis dgn air dulu bagai .. haish.

Next :  The trial & error recipe



 

240ml air
20g susu tepung
Sebiji telur A
500g tepung roti
40g butter
100g gula caster
1st garam halus
1/2st bread improver
1/2st bread softener
1 pack yeast (11g)




Antara subway dgn nasi lemak

Tajuk tak boleh belah.

Pagi tadi me breakfast nasi lemak lauknya paru sambal kecil2 dlm 6-7 ketul,telur ptg 6 &2 hiris timun harganya RM7.50 tak masuk air



Mlm ni dinner subway BMT sbb special of d day with abt 8 slice pepperoni, 2 slice chicken & another slice apa ntah... Full veggies pun RM7.50 tak msk air. Gambar tak sempat sbb sgt berselera.

Hurmmmm.....

posted from Bloggeroid

same me with new face

Oppps you are right.

Hijrah from BLACK "life begins at 40" to PINK "me + you = us" ..

This blog is about me, about you and about us.... :)


Tuna cheese roll lagi



Blm selesai khatam pinky. Kali ini edit gambar. I thought only me was excited w this pinky, Mr E pong. Sanggup pi low yat cari accesories pinky. Me pun tak tau ada cable that can connect pinky to pen drive.. Now pergi kelas suda eksyen. Blh buka notes kat pinky.

Okay back to my promise stlh me try test few dough recipe, me rasa this is thhe best... Ambik dr blog CMG. . me double his recipe & kurangkan sket air and the recipe as below:-

Resipi dough roti (jadi abt 1 kg dough)

240ml air
20g susu tepung
Sebiji telur A
500g tepung roti
40g butter
100g gula caster
1st garam halus
1/2st bread improver
1/2st bread softener
1 pack yeast (11g)

Masukkan semua dlm Bread maker ikut urutan. Onkan tunggu siap.. Dah siap keluarkan dough tumbuk2 buang angin... Kalau lembik sapu papan pencanai (lebih senang guna marble top) dgn butter, jari2 pun sapu butter or oil pastu canai kejap blh bentuk2kan. Perap 45 mins pastu sapu telur atas or hias pastu bakar 20-25min. Tarraaaa ..... dah blh makan roti panas.

Adunan diatas me dpt 9 bun yg me timbang 70g dough each msk dlm loyang 9 x 9 dan 10 rolls mcm di atas. Utk bun, just bulat2kan susun dlm loyang. Utk roll sila ke page ini on how to roll. .. Blh buat tuna, cinnamon, or anythg u like ikut cretivity masing2.

Lastly... Harap dgn pinky me akan lbh rajin menulis.....
posted from Bloggeroid